Oleh BOESTAMAM SARI
Jika benar Anwar yang berada dalam rakaman itu, maka tentu sahaja pelacur wanita yang dikatakan dari China itu dipanggil untuk disiasat, tetapi kelibat wanita itu pun tidak kita ketahui. Setakat ini, hanya Anwar yang berani tampil membuat laporan bahawa beliau bukan lelaki yang dimaksudkan trio Dato' T dalam video seks tersebut.
Perkara yang paling jelas polis 'bersekongkol' dengan Umno dan BN ialah Dato' T kini masih berleluasa dan tidak ditahan dan tidak ditangkap polis untuk kesalahan mengedar dan menayangkan video itu.
Nilai-nilai murni yang kita kembangkan kepada anak-anak sekolah, remaja hari ini runtuh kerana mereka yang selalu dijebakkan dengan seks kini terpinga-pinga melihat kerajaan merestui pengedaran video lucah semata-mata kerana nafsu buas politik.
Terbaru, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Acryl Sani Abdullah Sani hanya berkata, polis percaya wanita dalam rakaman video seks itu adalah rakyat China.
"Setakat ini maklumat kita mempercayai wanita (dalam) video itu sebagai warga China tetapi belum disahkan secara pasti dan setakat ini tiada perkembangan yang sensasi," kiriman SMS beliau kepada agensi berita Bernama dipetik.
Jelasnya hingga kini polis belum menemui wanita pelacur itu, sambil menafikan laporan akhbar yang memetik kenyataan Ketua Polis Negara Ismail Omar bahawa polis kini sudah mengambil keterangan wanita dalam video itu. Acryl Sani bagaimanapun enggan dedahkan identiti wanita itu kepada Bernama.
Sebelum ini, KPN Ismail Omar berkata polis sudah mengenal pasti identiti lelaki, wanita dalam rakaman video seks itu berdasarkan bukti dan fakta dalam siasatan sebelum ini. Kenyataan yang saling bercanggah ini tentu sahaja mencurigakan dan meragukan.
Mengenai jam tangan Omega pula, hingga catatan ini ditulis, polis cuma menunggu syarikat pengedar mahal memberi maklumbalas.
Namun, sehingga catatan ini ditulis, syarikat itu masih belum memberi maklum balas. Kelihatannya, banyak benar kenyataan yang mencurigakan jika kita cuba merasionalkan semua kenyataan ini.
Yang mencurigakan dan kelihatan saling bercanggah antara kenyataan ini adalah KPN dan pegawai-pegawai bawahan yang menyisat kes tersebut. Hanya yang jelas setakat ini, ialah gambar 'Anwar' berperut boroi, dengan misai dan janggutnya sudah bercukur. Walhal, Anwar tiada ciri-ciri sedemikian pada hari rakaman itu dibuat.
Trio Dato' T pula, untuk meyakinkan orang-ramai bahawa tuduhan dan dakwaan mereka ini benar, maka penipuan itu mestilah dibuat penuh yakin. Baru masyarakat akan menjadi ragu-ragu, seolah-olah trio Dato' T ini berada di pihak yang benar.
Sebenarnya, daripada manakah datangnya keyakinan Dato' T ketika melakukan tipu daya ini? Inilah rahsianya yang gagal difahami masyarakat hari ini.
Keyakinan trio Dato' T tiba daripada rasa selamat bahawa mereka tidak dihukum
Jadi, biar kita pecahkan rahsia ini. Jawapannya - Dato' T berasa terlalu yakin itu bukanlah kerana mereka benar, tetapi kerana mereka memiliki keyakinan yang sungguh kuat bahawa dalam apa juga keadaan sekali pun, tiada mana-mana kuasa, termasuk polis dan mahkamah akan mendakwa mereka bertiga atau menahan mereka berikutan penayangan video seks tersebut.
Hal ini terbukti benar sehingga ke hari ini. Kita sendiri boleh melihat - adakah gabungan trio Dato' T ini telah ditahan polis atau didakwa di mahkamah? Sebab itulah trio Dato' T ini menjadi yakin untuk terus membuat tipu daya dan tipu helah kerana mereka begitu yakin bahawa dalam apa juga keadaan sekali pun, nescaya mereka akan bebas daripada dakwaan dan tidak akan ditangkap polis.
Tetapi sifir rumusan ini sukar disuapkan dalam fikiran rakyat juga. Ia memerlukan masa untuk mengubah cara berfikir masyarakat. Maka, masyarakat pun jadi terpedaya dengan keyakinan trio Dato' T kerana selama ini nilai-nilai murni rakyat diasuh pepatah - "Berani itu kerana benar, takut kerana salah."
Oleh itu, rakyat perlu disedarkan dengan sungguh-sungguh bahawa keyakinan trio Dato' T ini bukanlah bermuara daripada pepatah berani kerana benar, takut kerana salah. Tapi, ia timbul daripada pepatah baru yang berbunyi... "Benar jika berani, kalau salah tak pernah takut!"
Maksudnya, dengan sebab trio Dato' T menjadi berani mempersembah kepalsuan itu, maka dengan tiba-tiba mereka dilihat sebagai seseorang yang kini sudah berada di pihak benar. Dan, kalau mereka bersalah sekali pun, nescaya mereka tak pernah berasa takut.
Oleh itu, apabila tiba waktunya keseluruhan majoriti rakyat sudah menolak kewibawaan polis dalam skandal video seks ini, maka rakyat sudah bersedia untuk diajak merempuh ke Putrajaya. Kempen-kempen dan ceramah wajib ditingkatkan untuk menyedarkan masyarakat bahawa kewibawaan polis sudah hancur lebur dan hangus rentung akibat gara-gara penangan video seks lucah anjuran trio Dato' T di Carcosa itu.

No comments:
Post a Comment