Oleh H FANSURI
Pada Jumaat lalu, 24 Jun ketika sebuah aksi demonstrasi berlangsung di Masjid Jamek Kg Baru, maka terjadi suatu keanehan. Sebenarnya, 'keanehan' ini mungkin bukanlah sesuatu yang baru berlaku. Bagi sesetengah yang sudah faham, maka ia bukan lagi aneh.

Masjid ini terkenal sebagai masjid demonstrasi, di mana setiap kali wujudnya isu-isu yang membabitkan rakyat termasuk yang bersangkutan hal ehwal Islam dan Muslimin, maka akan wujudlah demonstrasi.
Tapi, seolah-olah ada percanggahan antara demonstran dan pihak pentadbiran masjid. Contohnya, ketika berucap, maka pembesar suara pun dikuatkan seolah-olah dengan niat menenggelamkan pidato dalam kalangan demonstran. Andaian awal ini mungkin salah. Tapi, kalau hal ini benar maka beberapa persoalan di bawah ini perlu dijawab.
Pertamanya, ada nama Najib Razak yang tertera di dalam jawatankuasa tersebut bersama adiknya Nazir Razak. Jadi adakah kerana ini maka pihak masjid berasa resah sehingga cuba kelihatan seolah-olah cuba menenggelamkan suara demonstran itu?
Kedua, bagaimanakah pendirian pengurusan pihak masjid berhubung isu setempat seperti pengambilan tanah penduduk Kg Baru itu oleh Raja Nong Chik dan Najib Razak? Adakah mereka restui atau mengambil sikap berdiam diri kerana di dalam masjid itu juga, nama Najib Razak tertera sebagai salah satu anggota pentadbiran masjid itu?
Kalau benar, maka barangkali inilah masalah yang mirip kepada sikap Umno Pulau Pinang yang menguasai masjid sehingga memaksa kerajaan negeri Pulau Pinang membuat pilihan raya masjid. Apakah penduduk Kg Baru sedia membuat pilihan raya masjid Kg Baru? Hal ini menarik juga jika dibahaskan?
Umno berdepan dengan masalah yang sangat parah dalam memahami demokrasi dan pilihan raya itu apa. Misalnya, Naib presiden Umno, Mohd Shafie Apdal baru-baru ini menyeru empat negeri di bawah naungan Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing kalau tidak yakin dengan proses pilihan raya selama ini.
Katanya, tidak wajar Pakatan Rakyat terus memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan tapi pada masa sama mempertikai kewibawaan SPR yang mengendalikan pilihan raya di negara ini. Sekali lagi, agak aneh pola pemikiran Umno ini. Orang lain buat salah, orang lain yang disuruh menyerah.
Cara berfikir seperti ini ternyata sangat dangkal. Jika SPR diragui, sepatutnya SPR itulah yang perlu dirombak melalui pilihan raya juga. Pelantikan SPR itu mesti diangkat dalam pilihan raya. Inilah yang mesti difahami oleh Shafie Apdal termasuklah Reezal Merican Ketua Penerangan Umno yang menamakan kumpulan mereka sebagai Patriot (untuk melawan Bersih), sekali gus mengesahkan bahawa jiwa dan pemikiran mereka ini adalah penjajah Inggeris.
Baik Reezal Merican, Shafie Apdal dan sesiapa sahaja perlu melihat kecelaruan ini dalam gambaran yang menyeluruh. Isu di Kg Baru misalnya, penduduk di kampung itu jadi marah-marah apabila suara kebanyakan mereka telah dinafikan. Adakah Nong Chik, Najib Razak mendengar suara teramai di situ?
Segala kecelaruan dan pergolakan hari ini berkait-kait daripada Bersih, pilihan raya tidak adil, pengambilan tanah Kg Baru termasuk tanah di lain-lainnya adalah bermula daripada sikap tidak ingin mendengar pandangan orang-ramai sekali gus menafikan suara-suara dalam pilihan raya.
Sebab itu, dalam kes pengambilan tanah di Kg Baru misalnya, baru-baru ini Mahfuz Omar melihat layanan ke atas penduduk Kampung Baru ini bagai PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Malah, katanya, layanan ini lebih buruk daripada PATI.
"Sepatutnya mereka mewarisi kampung yang dihuni selama 100 tahun sedangkan dua juta PATI yang datang ke Malaysia dilayan baik dengan pemutihan dan diberi pengampunan. Ini seolah-olah layanan yang penduduk Kampung Baru ini lebih buruk dibandingkan PATI.
"Jadi, kami sangat bersetuju dengan hasrat penduduk di kampung ini supaya kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Kg Baru," katanya dalam suatu sidang media yang diadakan di lobi parlimen.
Beliau juga mencadangkan agar diwujudkan sebuah jawatankuasa khas dalam Parlimen yang memungkinkan penduduk kampung itu dapat berbincang dengan ramai pihak berhubung hal ehwal pembangunan di Kg Baru.
Sejauh manakah Nong Chik dan Najib Razak bersetuju dengan cadangan 'Kaukus Parlimen' Kg Baru ini, saya tidak begitu pasti. Tetapi, cadangan dan usul akan dibuat daripada semasa ke semasa dan kita akan lihat sejauh mana Najib Razak akan mendengar keluhan rakyat.

Banyaklah hal yang perlu kita semak semula dalam masyarakat kita hari ini. Daripada pilihan raya kampung-kampung, pilihan raya masjid kita termasuk pilihan raya Masjid Jamek Kg Baru untuk mengeluarkan ahli qaryah daripada bebanan ketakutan mereka terhadap Najib Razak yang menjadi anggota AJK di masjid tersebut sehinggalah kepada usaha membuat pilihan raya ke atas badan SPR itu sendiri.
Semua tantangan ini mestilah kita hadapi dengan penuh kejujuran, keikhlasan dan keberanian. Tentang kelahiran dua puak; Bersih dan Patriot. Saya fikir kita sudah dapat menilai berdasarkan nama mereka ini. Bersih setidak-setidaknya perkataan yang memang asli dari Malaysia. Walhal patriot itu berasal daripada kalimat Inggeris. Nak 'perjuangkan' negara pun terpaksa pinjam kalimat penjajah. Nampak sangat pemuda Umno ini tidak 'patriotic'.
No comments:
Post a Comment