Oleh RUHI HAYATI THANI
Tiada siapa yang tahu bagaimanakah video seks Ariel dan Luna boleh disebar secara menyeluruh ke internet. Mengikut laporan, hanya mereka berdua sahaja yang melakonkan aksi panas itu. Tiada orang ketiga yang merakam gelagat aksi panas mereka. Pada mulanya mereka pun tidak mengaku.
Bagaimanapun, aksi senggama Ariel dan Luna tidaklahj sama dengan kes Eskay Dato' T merakam aksi senggama di Thailand hingga membabitkan jam Omega itu. Kini, riwayat dan hikayat jam Omega pun sudah hilang entah ke mana?
Eskay mengaku dialah yang berada dalam video seks itu ketika penggambaran itu dilakukan. Tidak diketahui apa motif penggambaran itu dibuat? Mustahil ketua pembangkang merelakan dirinya dirakam dalam keadaan sebegitu rupa?
Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka telah dihukum dengan hukuman yang tentu sahaja menyebabkan mereka akan tersenyum; denda RM3,000 ke bawah atau 3 bulan penjara dan tidak lebih daripada itu. Ia sebuah 'hukuman' berbaloi bagi Dato' T kerana denda itu bukan suatu angka yang besar sangat bagi mereka.
Terbaru, dua pakar dari Dartmouth College, Amerika Syarikat, Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani mengesahkan bahawa rakaman video yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara Mac lalu adalah tulen.
Kenyataan dua pakar luar negara ini timbul setelah polis menyatakan bahawa pihak mereka mengenal siapakah pelaku seks itu, tapi menolak untuk dedahkan siapakah lelaki yang berada dalam itu. Oleh kerana enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut, maka polis mencetak kenyataan lain pula, iaitu video seks itu adalah tulen.
Bagi mengesahkan kenyataan itu, maka pakar-pakar daripada luar negara pun dipanggil bagi mengesahkan kenyataan kerana butiran percakapan polis tidak dipercayai rakyat. Najib Razak dan polis sangat sedar hakikat ini. Pengajaran daripada kes Teoh Beng Hock itu mereka ambil, iaitu betapa pentingnya 'orang luar' dijemput untuk mengeluarkan kenyataan bertujuan menyokong pendirian mereka itu.
Bagaimanapun, mahkamah tetap sahaja tidak memutuskan siapakah lelaki dalam video itu. Cuma Eskay dan gandingan Dato' T saja yang masih setia dan bersedia berdepan dengan tohmahan bahawa kononnya ketua pembangkang adalah lelaki dalam video tersebut.
Serentak dengan itu, Eskay, Shuib dan Abdul Rahim (Trio Dato' T) menjadi wira yang sedia dikorbankan dengan denda hanya RM3,000 yang paling tinggi.
Semua itu dilakukan atas nama 'jihad' memerangi Pakatan Rakyat di negara ini. Yang diserang kelihatan cuma Anwar tetapi sejurus selepas serangan itu, media terus melaksanakan tugas 'jihad' mereka melalui kenyataan-kenyataan berikut.
Pertama, seruan Umno adalah betapa perlunya PAS menilai semula hubungannya dengan PKR kerana tokoh pemimpin itu sudah terjebak dengan perilaku seks. Ini bermaksud, serangan peribadi terhadap Anwar melalui video seks itu disusuli dengan idea terselit dalam fikiran mereka bahawa ikatan PAS, PKR dan DAP itu perlu dileraikan.
Kedua, dengan menjejaskan nama baik Anwar sebagai Ketua Pembangkang itu (termasuklah sikap Utusan mencemar nama baik pemimpin Islam melalui lakaran kartun baru-baru ini), maka turut dikecam perhimpunan Bersih juga. Kononnya, Anwar dan Pakatan Rakyat sedang menjadikan isu Bersih sebagai usaha melenyapkan perbahasan mengenai video seks tersebut.
Dan banyak lagi tohmahan yang tercipta dengan sebab video Dato' T itu. Dan, bukannya tiada jalan untuk menafikan kedudukan ketua pembangkang itu. Setidak-tidaknya, ada dua teori yang boleh dibangkitkan guna menafikan penglibatan ketua pembangkang itu.
Pertama, teori Nabi Isa. Iaitu, si pengkhianat Judas Escariot (asalnya pengikut Nabi Isa a.s; Al-Hawariyyun) yang memberitahu Roman berhubung hal keberadaan Nabi Isa a.s di sebuah tempat, telah diubah wajahnya oleh Tuhan lalu dimiripkan dengan wajah Nabi Isa a.s.
Dalam hal ini, Eskay itu dikatakan mulanya rapat dengaan Anwar, tetapi mengkhianati beliau. Bezanya di sini, Eskay tidak diubahkan wajahnya tapi ada orang yang punya sosok wajah, perawakan dan ketinggian seiras Anwar telah diupah berlakon dalam video seks itu.
Kedua, teori pengubahan wajah. Ini bermaksud, ada seseorang yang memiliki ketinggian dan perawakan yang sama dengan Anwar, lalu wajahnya diubah untuk menjadikannya seiras Anwar. Hal ini boleh fahami jika kita menonton filem Face-Off lakonan John Travolta dan Nicholas Cage. Rupa polis ditukar menjadi rupa penjahat dan rupa penjahat ditukar menjadi rupa polis melalui suatu pembedahan.
Lakonan yang termuat dalam video seks itu dibuat di Thailand. Jadi, bukanlah sesuatu yang mustahil jika pembedahan wajah dilakukan di sana supaya si lelaki tadi diubah sehingga wajahnya mirip Anwar.
Ketiga, teori Mission Impossible. Iaitu, sebagai mana watak penyamar di dalam drama bersiri Mission Impossible, kita dapat melihat bagaimana sejenis acuan getah yang digunakan untuk dilekapkan ke wajah penyamar tadi. Mungkinkah Eskay yang dikatakan rapat dengan Anwar itu sudah mengambil gambar Anwar lalu diletakkan getah itu ke wajah sesiapa sahaja agar wajah orang itu mirip Anwar?
Apakah Apco Israel juga terlibat secara halus dalam usaha menjebak Anwar yang kini dilihat sebagai seteru Yahudi antarabangsa? Saf pimpinan turut dikaitkan dengan isu seks. Mungkin Najib Razak yang mengupah Apco Israel ini ada jawapannya?

No comments:
Post a Comment