Oleh H FANSURI
Jika kita menonton lebih banyak hujah SPR, di sana terbit lebih banyak bongkah keraguan yang belum dapat dipecahkan oleh pendokong Bersih 2.0 itu sendiri. Perang pemikiran dan aksi perlawanan hujah akan terus-menerus terjadi, sedangkan kesedaran itu ditumpaskan oleh media berulangkali.
Terdahulu, sebelum ini, timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar berkata, prasangka ke atas suruhanjaya sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan suatu tangapan baharu bahawa pilihan raya hari ini memang boleh ditipu.
"Ramailah yang percaya bahawa pilihan raya boleh ditipu termasuk ahli keluarga saya sendiri," katanya sambil berkata, bahawa ekoran daripada tanggapan salah itu, telah membuatkan ramai pengundi yang mengundi pembangkang seperti yang berlaku di dalam pilihan raya umum Mac 2008.
Maklumat berhubung penipuan dan kenyataan SPR kini berlegar di peringkat atasan dan tidak dibahas di peringkat bawahan, seperti orang-orang kampung.
Tidaklah ramai orang yang mengetahui tentang cara-cara menjawab ketika berdepan dengan penipuan kerajaan dan SPR ini. Walhal, peperangan fikiran masih juga terjadi. Ia melibatkan hujah-hujah di pihak orang-orang bawahan di dalam blog khususnya Facebook.
Ketika SPR masih jua berbolak-balik dengan kebenaran, sepatutnya rakyat telah pun bersedia menukar kepemimpinan SPR itu dengan membuat lantikan baru dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
Tetapi, hal itu masih belum benar-benar terjadi. Dan, oleh sikap peserta Bersih yang masih berlembut itu, maka para pegawai tertinggi SPR itu masih juga mengikut peraturan Umno sambil terus menipu.
Kalau pun ada penemuan-penemuan terbaru berhubung pengundi hantu, yang dimajukan oleh wakil rakyat, maka terhadap semua itu, SPR berdalih seperti biasa. Kes ditutup lalu dilupakan begitu saja.
Contohnya, dakwaan berhubung kewujudan 'pengundi hantu' seperti yang ditimbulkan ahli parlimen Gombak, Azmin Ali, maka SPR akan menjawab hal itu sekali lalu dan kemudian ia 'selesai' begitu saja.
Wan Ahmad, ketika mengulas dakwaan mengenai kewujudan 'pengundi hantu' di Kampung Klang Gate Baru itu (termasuk yang ditemui di rumah ibu wakil rakyat itu sendiri ), berkata hal itu mungkin terjadi sebelum SPR menguatkuasa peraturan baru pada 2002.
Menurutnya, peraturan baru pada 2002 itu mewajibkan pengundi didaftarkan mengikut alamat yang tertera di dalam kad pengenalan masing-masing.
"Maka pendaftaran sebelum 2002 banyak tak ikut alamat dalam MyKad. Sebelum itu boleh daftar siapa saja, di bawah pokok, kedai kopi, di mana saja," kata beliau dalam dialog pada Jun lalu mengenai lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0.
Sebenarnya, jawapan ini tetap tidak memuaskan hati. Bagaimana boleh 'tersangkut' alamat pengundi itu dengan alamat di rumah kita? Adakah SPR sudah ada senarai alamat lalu menyangkut nama-nama 'pengundi hantu' di alamat rumah kita tanpa kita sedari.
Kalau pendaftaran sebelum 2002 tidak ikut alamat dalam MyKad, tidak bolehkah alamat orang lain itu tidak diletak langsung bagi mengelakkan kekeliruan? Dan banyak lagi soalan yang boleh dibangkitkan.
Tapi, bagaimana kita ingin membawa suara-suara bawahan yang berlegar di bawah ini agar disuarakan secara terbuka di pihak atasan, khasnya SPR itu?
Sebenarnya telah pun ada persetujuan di pihak pendokong Bersih ini bahawa pada hari Sabtu, mereka akan berpakaian serba kuning ataupun memakai terus 't-shirt' Bersih itu ke mana-mana pun.
Maka, ruang kesempatan pada hari Sabtu itu boleh dimanfaatkan untuk melakukan 'usrah' pertemuan di mana-mana tempat seperti warung-warung kedai kopi sambil menegakkan syiar kuning Bersih itu.
Ketika wujudnya 'usrah' kuning di tempat awam, maka berbuallah mengenai politik isu negara khasnya mengenai perkembangan terbaru Bersih sepanjang minggu itu sambil anda menukar-nukar maklumat antara laporan yang tersiar di Harakah, Malaysiakini, Suara Keadilan dan lain-lain akhbar PR.
Keraskan suara anda dalam usrah itu biarlah semua orang melihat perkumpulan anda dan biar mereka pasang telinga terhadap perkembangan terkini Bersih 2.0 yang akan menuju Bersih 2.1 selepas ini. Biar rakyat tahu bahawa Bersih 2.1 akan diteruskan kerana SPR Umno mahu melengahkan tuntutan itu.

No comments:
Post a Comment