Oleh H FANSURI
Salam revolusi kepada rakan-rakan revolusioner! Ada seorang mahasiswa dan pensyarah daripada kuliah sastera yang terjebak dengan arus pergolakan politik dan revolusi. Namanya Soe Hok Gie.

Sekitar 40 tahun lalu, dia siswa komunis Indonesia yang pergi meninggalkan kita dengan nyawanya yang tak panjang. Dalam catatan diari yang diberi judul Catatan Seorang Demonstran, beliau seakan-akan dapat mengerti kehadiran ajalnya ketika muda itu.
Soe adalah antara bahan bukti kepada kita semua bahawa lapangan dunia kesusasteraan ini tidak lepas daripada arus deras pergolakan politik kepartian dan lapangan sastera ini tidak dapat dipisahkan dengan revolusi, jihad dan 'martyr'!
"Nasib terbaik adalah tidak pernah dilahirkan," catatan fikiran beliau yang dituang curah di diarinya dipetik oleh Andy, seorang pengacara saat berbicara mengenai garis hidup perjuangan anak muda itu. "Yang paling tersial adalah mati ketika usia tua."
Bagaimanapun ungkapan 'yang paling tersial ialah mati ketika usia tua' ini mungkin layak juga dinisbahkan kepada Dr Mahathir yang kerap menimbulkan kesulitan ke atas rakyat, dan bukanlah terhadap semua orang tua di mana-mana belahan dunia ini yang tidak berbuat dosa-dosa terhadap orang lain.
Ada juga kisah seorang lelaki yang selalu mencela seorang sahabat Rasulullah s.a.w sehingga dia dikurniakan usia yang cukup panjang sehingga dia pun menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan mengganggu gadis-gadis di tepian jalanan. Saat ditanya orang mengenai kehidupan masa lalunya, dia berkata, "Bahawa aku sudah terkena sumpahan doa seorang sahabat nabi yang pernah kucela pada usia mudaku."
Barangkali Dr Mahathir terkena sumpahan musuh dan seteru politiknya pada hari tua beliau agar dirinya selalu dikutuk rapat serapi-rapinya sehingga dia terpaksa melihat kejatuhan Umno-BN sebelum menutup mata. Mungkin, itulah azab seksa di dunia pada hari tua beliau sebelum 'menjamah' selera azab kubur dan neraka di akhirat kelak. Jadi, sebelum Umno-BN belum dijatuhkan, maka selagi itulah beliau dikurniakan umur panjang.
Jika kasihankan Dr Mahathir, revolusioner mestil keras berusaha menggulingkan Najib Razak jika tidak berhasil menjatuh Umno secara revolusi agar dia boleh menutup mata setelah melihat kejatuhan parti Umno baru yang diasaskan beliau sejak berlakunya pergeseran Team A dan Team B itu.
Soe mencurahkan fikiran dalam catatan hariannya bahawa orang-orang perjuangan sepertinya dan rakan-rakannya tidak pantas mati di atas tilam. Maka, hal ini mengingatkan kita kepada Khalid bin Al-Walid ketika hampir nazak. Beliau mengeluh kerana akan mati di atas katil bagai seekor singa tua. Beliau sebenarnya mengimpikan syahid ketika berjihad di gelanggang perang.
Alangkah nikmatnya mati muda dengan tidak membawa banyak dosa, alangkah besarnya pahala ketika gugur di medan perang, gugur di jalanan sebagai demonstran dan mati sebagai revolusioner dibanding kematian di atas tilam empuk!
Soe turut mencatat kata-kata hikmat, "Hidup keterasingan lebih baik daripada tunduk menyerah kepada kemunafikan." Tapi, berapa ramai yang boleh bersikap sebegini? Sebaliknya, ramai yang tunduk menyerah kalah kepada kejahatan.
Kita boleh bariskan sosok yang diburu, dibunuh gara-gara penulisan yang tajam dan keras menyinggung pemerintahan; Ismail Faruqi, Ali Shari'ati, Hasan Al-Banna dan lain-lainnya. Di luar sana, memang ramai ilmuan pintar cerdas, tapi khuatir menyanggah ratu zalim.
Bukanlah ilmuan yang diimpikan jika simpulan tali kekusutan dan keraguan masih kuat mengikat, membelit jiwa. Rakyat tidak perlukan si pintar cerdas, sebaliknya mereka perlukan ilmuan berani mati dan hadir dengan sejumlah teori yang boleh diperjuangkan.
Revolusi, jihad dan demonstrasi tak akan pernah lekang di mana-mana belahan dunia yang bergolak. Bumbung madrasah Utusan Melayu pernah digegar puisi protes Usman Awang dalam Mogok Utusan 1961. Ketua pengarangnya; wartawan sasterawan Said Zahari turut mengepalai protes itu.
Kini seorang sasterawan negara; A Samad Said menyalakan lampu hijau ke atas protes Bersih 2.0. Sebaliknya sebelum ini, pimpinan nombor satu Gapena mencela protes PPSMI yang turut melibatkan pejuang bahasa dalam kalangan sasterawan tanah air. Umat adalah juri hakim ke atas suatu hal, iaitu siapa sebenarnya pejuang kental. Hati nurani rakyat yang bersih dapat menilai dalam himpunan aman Bersih 2.0.

No comments:
Post a Comment