Oleh BOESTAMAM SARI
Najib Razak dikelilingi oleh ramai pakar-pakar agama. Sayangnya beliau tidak diajar dengan baik oleh kalangan agamawan dan cendekiawan Umno itu. Satu-satunya ucapan Najib yang boleh dimanfaatkan oleh agamawan Umno ini ialah ketika beliau menyelar pluralisme dalam kehidupan beragama.
Lalu kenyataan itu diputarbelit oleh agamawan dan cendekiawan Umno untuk menyelar Anwar. Kata agamawan dan cendekiawan Umno yang curang itu, "Lihatlah Anwar menyokong Pluralisme, walhal Najib itu faham dan jelas agama lalu Najib menentang pluralisme pula. Siapa yang lebih berwibawa untuk tampil membela agama?"
Sebetulnya, pimpinan Pakatan Rakyat itu sudah pun meminta maaf dan menarik balik kenyataannya, namun oleh sebab kedengkian dan tumbuh rasa hati yang tetap ingin melihat kejatuhan gabungan parti yang menjadi saingan BN ini, maka isu pluralisme itu tetaplah jua didengungkan. Khabar-khabar yang tidak benar tetap juga digemakan.
Tapi, ketika Najib Razak membenarkan penyebaran Alkitab yang tersangkut di Pelabuhan Klang itu, agamawan cendekia Umno membisu sebagai syaitan bisu pula. Demikian juga ketika Najib Razak bercadang menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam, tiada bantahan besar-besaran dalam Umno.
Dalam hal inilah maka kita boleh berbangga dengan PAS kerana sekurang-kurangnya amalan demokrasi dan kebebasan bersuara dan berucap hadir juga dalam parti ini. Mana-mana parti pun bergolak termasuklah PAS. Dan, hal inilah yang menyebabkan PAS itu selamat daripada terumbang-ambing dipukul samudera fitnah bergelora.
Dan, baru-baru ini - seorang teman Umno bertanya, "Kenapa Bersih itu mesti kuning? Kenapa iktiraf kuning yang menjadi lambang kepada agama lain?"
Kita faham bahawa ajaran sesat dan salah asuhan Umno ini gagal dipulihkan oleh agamawan cendekia Umno yang berfikiran selapis ini. Fikiran selapis adalah satu bentuk cara berfikir yang hanya melihat suatu perkara itu daripada suatu sudut pandangan sahaja dan tidak melihatnya daripada arah yang berbeza. Jadi, yang pertamanya, Najib Razak perlu melaksanakan revolusi pemikiran setidak-tidaknya ketika mahu diajak bertempur di medan fikiran.
Maka, saya menjawab bahawa kuning itu tidak semestinya merujuk kepada lambang agama lain. Ia mungkin warna diraja. Dan, malah kuning itu disebut di dalam Al-Quran sebagai warna yang suka dipandang orang.
"Ya kah? Mana buktinya?" rakan Umno itu semakin galak bertanya.
Saya membuka lembaran Al-Quran, lalu tiba ke ayat 69 daripada Surah Al-Baqarah yang mencatatkan peristiwa sembelihan lembu ketika Bani Israel telah berada dalam keadaan ragu-ragu berhubung pembunuhan misteri.
Pembunuhan itu mirip mendiang Beng Hock barangkali. Tidak diketahui siapakah pembunuhnya dan tidak pula diketahui apakah motif pembunuhannya?
Akhirnya datang perintah dan wahyu Tuhan untuk menyembelih seekor lembu betina dan ketika Bani Israel sedang berbalah dan asyik bertanya itu, maka tibalah kepada ayat di bawah ini ketika mereka bertanyakan kedudukan warna lembu betina itu.
Mereka berkata: "Mohonkanlah untuk kami kepada Rabb (Tuhan) engkau agar diterangkan kepada kami apakah warnanya?" Dia (Musa) menjawab: "Sesungguhnya Dia (Allah) berfirman bahawa ia adalah seekor lembu betina berwarna kuning yang bersangatan, lagi menyenangkan orang yang memandangnya."
KUNING; WARNA YANG MENYENANGKAN
Jadi, jelaslah di sini betapa warna kuning itu sebenarnya lambang warna yang baik dan menyenangkan penglihatan insan sendiri. Fikrah Najib Razak dan Umno banyak menyimpang daripada fikiran Qur'ani.
Tapi kita tidak boleh menyalahkan Najib Razak seratus peratus. Rosmah juga tidak boleh dipersalahkan kerana beliau tidak belajar agama tinggi. Peruntukan waktu ber'shopping', berbelanja mewah di Dubai, Abu Dhabi atau di Kazakhstan mungkin sudah menarik peruntukan masa untuk beliau belajar agama.
Maka, agamawan cendekia Umno itu juga yang mesti kita persoalkan sekarang. Baik mereka daripada aliran Wahabi yang kemudiannya mendakwa diri sebagai Salafi, ataupun agamawan cendekia moderen yang bertali leher daripada luar negeri dan belajar dari negara atas angin (Barat), mereka ini tidak dapat menjawab persoalan warna-warna yang diperihalkan Tuhan di dalam Al-Quran.
Suatu ketika dahulu ketika pejuang bahasa mengangkat isu kepengunaan bahasa baku, maka Umno pun menyelar mereka dan menyerang mereka sebagai kononnya pejuang bahasa itu berkiblat kiri, komunis.
Kata Umno, ada sebuah tempat yang bernama Baku di Rusia. Oleh kerana Rusia itu negara komunis, maka dituduhnya pejuang bahasa yang ingin menegakkan bahasa Melayu baku itu sebagai komunis.
Lalu, inilah yang sedang dilaksanakan oleh Umno kini. Dituduhnya Bersih 2.0 didalangi Kristian dan Komunis. Malangnya, muslihat, helah dan tipu daya ini berlangsung ketika umat sudah rancak berfikir dan fikiran mereka didewasakan Facebook, dimatangkan dengan Twitter. Rugilah agamawan cendekia Umno yang tidak meluruskan fikiran tuan-tuan Umno mereka.

No comments:
Post a Comment