Oleh H FANSURI
Bulan Ramadan itu bulan pembalasan dan kirafat ke atas dosa-dosa yang pernah Najib Razak lakukan sebelum ini. Najib tentu ingat apakah yang dia lakukan ke atas Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu pada 9 Julai lalu dalam himpunan Bersih 2.0.

Bom kanister Israel meletup dengan kuatnya lalu mencederakan pengawal peribadi Anwar manakala sebutir skru pula terbenam ke dalam lutut Mohamad Sabu.
Umat tidak boleh lupakan penipuan besar Dr Mahathir ke atas Anwar yang dituduh melebam matanya sendiri demi mendapat sokongan rakyat. Penipuan pada era internet berkembang inilah satu kesilapan yang sangat besar. Akhirnya, Dr Mahathir terpaksa berundur kerana menyedari helahnya tidak berjaya.
Pemimpin selepas Dr Mahathir masih juga berhelah pada zaman internet ini. Abdullah Ahmad Badawi rebah dengan kuasa internet. Dan Najib masih juga meneruskan penipuan ini dan tidak meminta maaf setelah jelas kelihatan betapa FRU telah bertindak seperti haiwan atas alasan pihak atasan (kerajaan).
Menipu pada ketika arus deras Youtube, Twitter dan Facebook sedang bergelora amat buruk padahnya kepada kerajaan. Tapi pilihan lain seperti bercakap jujur sudah tidak ada lagi. Akhirnya, Hishammuddin cuba menafikan wujudnya keganasan polis itu. Demikianlah juga halnya dengan Najib.
Setiap kejahatan pasti ada pembalasannya. Pipi dibalas pipi. Lutut akan dibalas lutut. Pada 3 Ogos lalu contohnya, Najib baru sahaja dibenarkan pulang selepas membuat pembedahan lutut kiri di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Lutut kiri Najib Razak itu dilaporkan tercedera kerana sukan futsal.
Semua ini tentu sahaja berlaku di atas kekuasaan Allah s.w.t sebagai denda, kifarat pembalasan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Najib pun dibawa ke hospital sejak Isnin 1 Ramadhan bagi menjalani pembedahan 'arthoscopic' di lutut kirinya. Tiada pula akhbar arus perdana yang mengaitkan peristiwa kecederaan lutut Najib ini dengan kifarat, karma ke atas dosa Najib terhadap peserta Bersih 2.0 lalu.
Laporan berita itu kering, 'dry' daripada menyebutkan kisah-kisah iktibar, pengajaran dan teladan yang seharusnya diambil oleh Najib Razak agar tidak menganiayai rakyat seluruhnya selepas ini.
Bersempena Ramadhan ini, kita perlu menilai semua ini dengan mata rohani. Kenapakah tidak terkena ke atas Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri merangkap sepupunya itu? Agak-agaknya, alam sedar bahawa Najib yang memberi arahan kepada polis yang bertindak bagai haiwan yang zalim itu.
Najib itu adalah sebahagian daripada alam. Darah yang mengalir dalam tubuh adalah bahagian dari air di dunia dan daging, urat sarat yang berselirat melekat di tubuhnya adalah bahagian daripada tanah di dunia ini. Jika darah dan daging memberontak dan melakukan revolusi ke atas Najib, itu bukan perkara luarbiasa. Alam ini bernyawa dan boleh melepaskan geram dan dendam ke atas kejahatan Najib itu.
Apakah Najib Razak sedar bahawa peringatan ini datangnya daripada Allah s.w.t untuk mengingati hal kekejamannya selama ini, khasnya dalam hal mengeluar arahan agar polis mengganyang Bersih 2.0? Di sini, Ramadhan nampaknya belum bawa perubahan. Kita perlu tunggu sehinggalah ke penghujungnya.
Manakala itu di Pulau Pinang, anak-anak asuhan Najib, iaitu sekumpulan manusia biadap tajaan Umno masih juga bersikap di luar batas fikiran. Persatuan Suara Anak-anak Malaysia Negeri menghadiahkan dua coli, seluar dalam bercorak harimau bintang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Semua ini, dikatakan sebagai sebagai lambang untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pentadbiran beliau. Persatuan itu diketuai Mohamed Ghani Abdul Jiman, seorang Muslim. Sikap ini tak bermoral sekali gus bercanggah dengan tabiat kesopanan orang Melayu di negara ini.
Tapi, setidak-tidaknya, beliau beragama Islam. Perkara ini berlaku ketika hampir masuknya Ramadhan. Kalau pun ada pertikaian politik, maka ia hendaklah dibuat dengan cara betul, bukanlah bersikap liar di luar batasan. Sikap kumpulan ini tentulah sahaja merosakkan imej baik umat Islam dan Melayu apatah lagi dengan jelas meletakkan pakaian dalam di dalam rapat umum yang mereka anjurkan.
Tidak kedengaran polis akan mengganggu himpunan NGO pro Umno ini. Tiada lagi kedengaran Wahabi Umno Literalis akan bersungguh-sungguh menasihatkan mereka ini supaya tidak berkumpul di jalanan untuk melawan kerajaan negeri. Apa pun, jalan masih panjang. Sikap buruk orang bawahan Umno ada kaitannya dengan 'salah asuhan' Najib Razak. Pimpinan borek, orang bawahannya rintik.
Sempena Ramadhan ini, atas nama kecederaan lutut Najib ini, kita tertanya-tanya juga, adakah Najib pernah menziarahi peserta demonstrasi Bersih 2.0 yang terlantar di hospital itu? Adakah Najib menziarahi Anwar dan menziarahi Mohamad Sabu di hospital yang lututnya dicederakan skru sebelum ini?

No comments:
Post a Comment