Oleh H FANSURI
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur." --- {Al-Baqarah: 185}
Salam buat warga revolusioner. Nama bulan Ramadhan disebutkan secara khusus di dalam Al-Quran. Kerana terjadinya hal sedemikian, (Ramadhan ini disebut namanya dalam Al-Quran) adalah kerana ia adalah bulan di mana Al-Quran diturunkan.
Oleh kerana Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadhan, maka untuk menyambutnya, maka hendaklah kita semua berpuasa. Contoh ini pernah berlaku ketika Nabi Musa a.s berpuasa di Bukit Sinai untuk menerima 10 Rukun (Ten Commandments) sebagai pedoman Bani Israel.
Lalu, kita semua umat Nabi Muhammad s.a.w diperintahkan berpuasa kerana mengingati detik peristiwa penantian Al-Quran (sebuah kalam Tuhan) yang penuh sasterawi ini diturunkan ke atas semua kita. Dan, menyebut kedudukan Al-Quran yang penuh sasterawi diturunkan pada bulan Ramadan ini, maka fikiran kita dijerut dengan hal yang mengejutkan juga mutakhir ini melibatkan badan-badan kesusasteraan kita; DBP - Dawama.
Kontroversi ini pula kebetulan terjadi pada 1 Ramadhan ini, iaitu pemberhentian ratusan pekerja Dawama oleh sebab salah urus tadbir. Jika dibuat suatu siasatan, maka akan berpanjanganlah siasatannya sehingga membabitkan Muhyiddin Yassin dan Najib Razak pula. Kemelut Dawama ini, melibatkan 12 tahun kontrak bersama DBP yang akan tamat pada tahun 2014.
Kini, bukanlah masa seruan 'sastera untuk rakyat' didengungkan kerana kaum penulis sendiri perlu memikirkan periuk nasi mereka sendiri dibandingkan usaha menyatakan kepentingan rakyat seluruhnya. Apa pun yang terjadi, kita lebih melihat kepada nasib para pekerja itu. Apa ertinya Ramadhan, Syawal bakal menjelang ke atas para pekerja Dawama yang terpaksa dan dipaksa mengambil cuti tanpa gaji sejurus tibanya Ramadhan ini?
Benar-benarlah Ramadhan ini bulan ujian! Ya kritikan ke atas Dawama bukan perkara baharu. Warga DBP sudah lama membangkitkan semua perkara ini. Kesan dan akibatnya baru dapat dirasai menjalar pada bulan Ramadhan, bulan pembersihan ini.
Syarikat Dawama diberi tugas mencetak dan mengedar bahan terbitan DBP, kini terpaksalah mengarahkan semua pekerjanya, (sekitar 400 orang) bercuti tanpa gaji bermula 1 Ramadan gara-gara masalah kewangan yang mereka hadapi.
Khabarnya, ada notis yang dikeluarkan dengan menyebut perihal pertikaian Dawama dengan DBP ini. Dan, alasannya, agensi DBP yang terletak di bawah urusan Kementerian Pelajaran adalah punca terhadap tindakan 'pemberhantian' kerja itu.
Tindakan itu mengejutkan! Ia lewat dimaklumkan sehingga terbabas maklumat itu menjelang tibanya Ramadan. Kebanyakan pekerja Dawama itu pula beragama Islam.
Dalam salah satu laporan akhbar, ada disebutkan tentang suatu notis yang mereka terima pada 28 Julai lalu. Notis tersebut menyatakan, bahawa semua pekerja perlu bercuti tanpa gaji sehinggalah pertikaian dengan DBP akan menemui titik akhirnya.
Namun, bilakah 'pertikaian' itu akan selesai, dan bilakah mereka boleh kembali semula bekerja, ia tetap kekal sebagai teka-teki. Mereka hanya diminta mengambil cuti tanpa gaji. Ini bermakna tiadalah gaji dan tiada pula disebutkan bilakah tarikh bila masalah itu dijadualkan berakhir.
Zainal, salah seorang wakil kesatuan sekerja di Dawama dilaporkan berkata, berdasarkan notis yang dikeluarkan terhadap kesemua pekerja, Dawama menyebut bahawa pihaknya sedang berdepen dengan kemelut pertikaian ekoran keingkaran DBP mematuhi konsesi yang dimeterai sedekad lalu.
Tambah Zainal, sehingga pertikaian ini berlangsung, pekerja itu diminta mengambil cuti tanpa gaji. Beliau bertanya, sampai bila? Sedangkan, esok, lusa sudah pula tibanya bulan Ramadan, dan kemudian disusuli hari lebaran. Beliau turut terkejut bagaimana majikannya boleh berdepan dengan masalah kewangan walhal pihaknya dimaklumkan bahawa 'syarikat ini sepatutnya membuat keuntungan sehingga RM60 juta setiap tahun.'
“Dawama mencetak dan mengedarkan buku teks, buku dan majalah, di mana ia sepatutnya tidak rugi. Tetapi kami difahamkan ia berhadapan dengan masalah termasuk tidak mampu membeli kertas,” kata beliau yang mengakui pernah mengadu isu itu kepada Kementerian Pelajaran.
“Tetapi, disebabkan tindakan itu, saya telah digantung tugas selama 14 hari dan apabila saya mula balik untuk bekerja Khamis lalu, kami terima notis ini,” katanya lagi. Ini bermaksud, Zainal dan rakan-rakannya tidak percaya bahawa syarikat itu tidak boleh membuat untung kerana tender itu selalunya membabitkan permintaan di pihak kerajaan sendiri.
Betapa zalimnya. Ketika Zainal dan rakan-rakan membuat laporan dan aduan untuk membetulkan keadaan maka mereka ini pula yang terpaksa berdepan dengan risiko penggantungan tugas. Ada kewajaran mereka semua berhimpun di kawasan ibu pejabat Dawama di Hulu Klang itu baru-baru ini.
Sememangnya, bulan Ramadhan ini bulan perjuangan, bulan jihad dan bulan revolusi buat mereka sendiri. Tepat-tepat diberhentikan pada 1 Ramadhan. Ia tentunya lebih dramatik. Tetapi, kita tidak boleh tinggal berdiam diri menonton kezaliman dan penindasan ke atas warga-warga pekerja ini.
Pada Ramadhan inilah berlakukan usaha membersihkan jiwa-jiwa dalam kalangan kakitangan jabatan awam dan swasta setelah Bersih 2.0 menjalankan usaha membersihkan semuanya di jalan raya. Semoga mereka kekal tabah dan bersabar dengan apa jua musibah yang berlaku mutakhir ini.

No comments:
Post a Comment