Oleh BOESTAMAM SARI
Beberapa kerat pemimpin Umno masih teringat 'nasi merdeka' ini. Tetapi, 'nasi merdeka' ini bukan budaya Umno. Ia datang daripada budaya PKMM iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya, lalu terseludup masuk ke dalam Umno dengan kehadiran ahli-ahli PKMM yang mencari parti baharu lepas Umno sudah diharamkan oleh British.
Dalam novel Tulang-Tulang Berserakan (Usman Awang), peristiwa makan 'nasi merdeka' ini disebutkan juga oleh novelis berkenaan. Maka, budaya 'nasi merdeka' ini bermungkinan datang daripada PKMM lalu ia terseludup masuk dalam Umno sebab sebelum ini Umno tidak mendengungkan kata 'merdeka' sebaliknya Hidup Melayu!
Menjelang Perhimpunan Agung Umno, lahir kenyataan berhubung dalam kalangan ahli veteran parti itu yang bimbang dengan masa depan Umno apabila melihat semangat perjuangan asal merdeka semakin luntur dalam kalangan ahli Umno.
Ahli-ahli lama itu menyamakan perjuangan lama sebagai semangat 'nasi merdeka' jua. Jadi menurut mereka, Umno sekarang telah leka dengan kejayaan yang dicapai oleh parti sehingga mereka sudah ada kepentingan diri.
Bekas Setiausaha Perhubungan Umno Perlis, Selamat Saad berkata 'orang dulu' berjual nasi lemak, lalu untungnya dimasukkan untuk tabung Tunku Abdul Rahman ke London dalam merundingkan kemerdekaan. Namun veteran Umno berusia 76 tahun itu juga berkata, Umno telah berubah. Ini kerana, katanya, selain wujud puak-puak, ahli Umno juga telah meletakkan kepentingan diri mereka sendiri melebihi perjuangan parti.
Jadi, diharapkan kekuatan semangat 'nasi merdeka' dapat dipulihkan demi masa depan Umno juga. Namun akankah ia terlaksana di dalam keadaan 'nasi merdeka' itu sendiri bukannya budaya asal Umno?
Apa pun yang paling penting ialah, veteran Umno itu menasihatkan sedemikian rupa kepada Umno bukanlah kerana ketiadaan isu yang melatarinya. Yang terbaru, Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil berkata, beliau tiada kaitan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC). Lalu katanya, beliau tak akan menggunakan medan Perhimpunan Agung Umno untuk menjawab isu itu.
Rakyat tahu, kalau beliau tidak bersalah, nescaya beliau berani dan berjuang habis-habisan bagi mempertahan maruahnya dan maruah keluarga sendiri. Tapi sebaliknya kata Shahrizat dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 lalu, "Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan kepada Pergerakan Wanita Umno."
Namun, Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan membahas isu mengenai NFC dalam perhimpunan agung wanita kali ini. Sebenarnya, memang beliau tidak boleh menafikan sesiapa pun bercakap mengenai isu tersebut.
Ke manakah Shahrizat mahu berlari? Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan kegagalan NFC dalam memenuhi matlamat penubuhannya. Ia bertambah kronik berikutan dakwaan Pakatan Rakyat, iaitu wujud penyelewengan peruntukan kerajaan sejumlah RM250 juta untuk NFC di mana suami Shahrizat, Dr Mohamad Salleh Ismail telah menjadi Pengerusi Eksekutif badan berkenaan.
Bagi mengelak rasa malu, maka isu NFC ini dituduh Shahrizat sebagai senjata di pihak pembangkang walhal ia juga sedang diperhatikan rakyat. Bernama memetik kenyataan Shahrizat sebagai berikut, "Di dalam politik (parti) mana tiada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental."
Nampaknya, semangat asal 'nasi merdeka' telah luntur. Ahli-ahlinya sudah tidak menghiraukan batas susila dan sudah ingkar dengan teguran suci orang lama dalam Umno itu sendiri. Puak-puak Shahrizat tentu akan mempertahan tindakan beliau walau berkemungkinan besar salah itu.
Umno veteran Mohd Zain Hamzah, 76, yang juga bekas Naib Ketua Umno Arau, mengeluh tentang amalan berpuak-puak dalam Umno, "Dahulu ahli Umno memikirkan perjuangan untuk memerdekakan negara tapi sekarang negara dah merdeka. Ada yang hanya memburu peluang melalui parti.
"Namun perkara itu sudah tidak berlaku sekarang kerana wujudnya unsur puak yang menyebabkan ada calon ditolak kerana bukan dari puaknya," katanya sambil menyentuh perbezaan antara sikap ahli Umno pada peringkat awal kemerdekaan dibanding sekarang.
Umno dahulu, katanya, tidak mementingkan wang ringgit. Manakala peluang diangkat sebagai pemimpin itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara. Ringkasnya, Umno dahulu semangatnya 'nasi merdeka', namun Umno kini 'nasi kangkang'.

No comments:
Post a Comment