Di Fatehpur Sikri, merencana revolusi! |
Oleh ALI BUKHARI AMIR
Sekumpulan anak muda telah menyerahkan kepada saya sehelai kertas yang termuat di dalamnya suatu perisytiharan. Mereka namakan perisytiharan itu sebagai Perisytiharan Bangkit 2012. Berikut di bawah ini, diperturunkan salinan penuh isi perisytiharan tersebut.
Menginsafi firman Allah s.w.t, "Dan jagalah diri kamu daripada fitnah (kemudaratan) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim antara kamu secara khusus (teapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab hukuman-Nya." (Surah Al-Anfal, ayat 25).
Tugas menentang kezaliman dan kefasadan adalah tugas rakyat. Dengan ini, kami melancarkan revolusi minda untuk mengangkat kuasa rakyat menentang kezaliman demi menegakkan kebenaran. Arus revolusi ini mesti disambut. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia melancarkan kebangkitan.
Maka, kami menyeru seluruh rakyat agar bangkit melakukan perubahan total yang pantas dan radikal terhadap perkara-perkara berikut.
PERTAMA: Kebangkitan untuk menegakkan Hak Asasi Manusia berdasarkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan. Kami percaya bahawa hak-hak asasi dan kebebasan sejagat ialah elemen yang melengkapi agama dan bahawa tiada seorang pun secara prinsip berhak menangguhkannya secara keseluruhan atau sebahagian atau melanggar atau mengabaikannya.
KEDUA: Kebangkitan untuk menegakkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia, bebas dari penyalahgunaan kuasa dan rasuah, yang akan membolehkan semua rakyat tanpa sekatan kaya miskin dapat memenuhi keperluan hidup yang sama termasuk makanan dan pakaian yang baik,tempat tinggal mampu milik, pendidikan yang sempurna, rawatan yang berkualiti dan persekitaran yang bebas pencemaran kimia dan radioaktif.
KETIGA: Kebangkitan untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi melalui pilihan raya yang adil dan bersih. Kekuasaan adalah satu amanah, dan mendapatkan kuasa melalui eksploitasi dan penipuan adalah satu bentuk kekejian yang mesti dihapuskan.
KEEMPAT: Kebangkitan untuk memperjuang keadilan ekonomi, dengan merapatkan jurang kaya miskin. Cukai dan wang zakat, mesti digunakan untuk membantu yang lemah bukan untuk kepentingan segelintir golongan elit. Peluang ekonomi mesti dibuka luas dengan adil tanpa meminggirkan golongan marhaen.
KELIMA: Kebangkitan untuk merevolusikan minda rakyat agar bijak menilai baik buruk dasar-dasar pemerintahan dan perilaku pemimpin, sama ada kerajaan yang memerintah atau pembangkang, termasuk raja-raja dann sultan agar kuasa sebenar terus berada di tangan rakyat. Rakyat berhak meruntuhkan kerajaann yang zalim dan membina semula kerajaan yang adil selaras dengan peruntukan perlembagaan.
Dengan ini, kami berikrar akan terus membina momentum kebangkitan rakyat dan menyeru pihak-pihak berwajib agar insaf dan kembali kepada prinsip-prinsip keadilan yang sebenar sebelum rakyat menunjukkan jalan keluar. Semoga tahun 2012 ini membawa satu perubahan yang bermakna buat negara.

SEKRETARIAT BANGKIT 2012
Tamat isi kandungan perisytiharan tersebut. Mereka menamakan perisytiharan tersebut di atas nama jawatankuasa Sekretariat Bangkit 2012. Baru-baru ini, dengan kejayaan yang dicapai secara revolusi oleh kalangan revolusioner di Mesir, maka Ikhwan Muslimin telah berhasil memetik buah kejayaan itu.
Hal ini bermakna, jika Revolusi Mesir yang ditukangi oleh kalangan ulamak berjiwa revolusioner Ikhwan dapat menuai hasil pulangan yang baik, tentulah sahaja revolusi Malaysia atau 'Malaysia Spring' akan membuahkan hasil yang terbaik juga.

Rakyat mesti dibangkitkan kesedaran bahawa revolusi hari ini tidak akan mencetuskan huru-hara, sebaliknya akan membuatkan rakyat semakin pulih jiwanya, selaras dengan semangat kebenaran yang sejati.
Ini kerana, kebanyakan ulamak berjiwa haraki dan agamawan berjiwa revolusioner sudah lama menerima sentuhan, asuhan didikan di bawah madrasah dakwah dan tarbiyah Ikhwan Muslimin yang lama dibentuk oleh Imam Hasan Al-Banna di Mesir itu.
Syahadan, Penggulingan Najib Razak secara aman di Putrajaya termasuk usaha pengusiran Rosmah Mansor secara teratur ke 'benua' Mongolia atau pun Kazakhstan itu perlu dirancang sebaik mungkin dengan debat-debat ilmiah yang berterusan. Moga umat makin bersedia menuju ke arah revolusi bangkit!

"Revolusi! Sampai Mati!"
No comments:
Post a Comment