Oleh H FANSURI
Dalam Perhimpunan Agung Umno, telah ada tanda-tanda bahawa Ruwaibidhah Najib Razak ini membaca hadis nabi. Hal itu boleh dikesan ketika dia berpesan dalam ucapan dasarnya, lalu terburai kata-kata, "...gigitlah dengan gigi geraham..."
Ia terkait dengan hadis, di mana Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "... Aku berwasiat agar kamu selalu bertakwa kepada Allah dan mendengar dan taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu cuma seorang hamba. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa' Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin dan gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham..."
Najib mengguna 'gigi geraham' saat menasihatkan perwakilan Umno agar taat menyokong parti walau yang dipilih Najib bukan puak mereka. Tapi, Najib gugur kedudukannya sebagai Khulafa' Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin. Mana mungkin Najib menasihatkan ahli Umno agar mentaati 'sunnah' pemerintahannya sama seperti menggigitnya (dasar Umno ala Ruwaibidhah Najib) dengan gigi geraham itu?
Selain Al-Quran, kedudukan hadis adalah tinggi nilaian, kaya persuratan dan kesusasteraan. Sabda nabi sama indah kalau dibanding keindahan susunan firman Al-Quran. Jadi sehebat mana pun Najib berpidato, beliau mesti menguasai lapangan bahasa dan sastera persuratan Arab Quraisy yang jauh lebih fasih lidahnya jika mahu memahami isi butiran hadis berkenaan.
Wahabi Literalis Umno mungkin tidak terdedah dengan gaya kesusasteraan Arab. Jadi, mereka mungkin mengasuh gaya pidato Najib tanpa peduli makna batiniah yang terselit di balik makna kata-kata seperti 'sunnah' dalam pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin itu.
Demikianlah serba sedikit beban permasalahan Najib Razak dalam hal memahami makna sebenar hadis tersebut. Jika dipandukan faham Najib mengenai ketaatan itu, maka ramailah pemimpin Umno yang korup akan diselamatkan beliau gara-gara 'ketaatan' pemimpin Umno korup itu terhadap Najib.
Ambil satu contoh. Shahrizat Jalil sepatutnya dihukum atas skandal NFC lembu 'feedlot' itu. Tapi, oleh sebab Shahrizat itu taat hingga tega dia menggigit 'sunnah' pemerintahan Najib dengan gigi gerahamnya, maka beliau akan diselamatkan. Ini bukan yang diingini nabi.

Entahlah jika Wahabi Literalis Umno ada tafsiran yang lebih bijaksana guna menongkat kejahatan bid'ah pemerintahan Najib ini.
No comments:
Post a Comment