Oleh RUHI HAYATI THANI
Ketika pecahnya peristiwa berdarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Tanjung Malim pada malam tahun baharu, maka tersiar pendapat bahawa pelajar yang telah memecah pintu kaca Poliklinik Syifa' yang berhampiran kampus tersebut.
Jika berita itu benar, maka hendaklah difahami bahawa keadaan itu amat meruncing. Mereka mungkin panik melihat darah rakan mereka yang memancut keluar di muka. Ada tiga petugas wanita di poliklinik tersebut pada malam itu setakat yang saya lihat.
Saya lihat wajah anak-anak muda mahasiswa itu cuak dan panik! Mereka terkapa-kapa. Mereka boleh jadi meminta petugas itu membuka pintu klinik itu. Dan, petugas itu juga mungkin takut-takut. Mereka mungkin terfikir, jika pintu kaca dibuka, akan merebak keganasan luar poliklinik masuk ke premis itu.
Lalu, mungkin para petugas wanita di poliklinik itu enggan beri laluan walaupun jelas mereka nampak ada siswa parah diusung ke ruang premis mereka pada malam tersebut. Dalam perang sengketa yang menumpahkan darah dan dalam keadaan diburu polis seganas itu, siapa yang berani membuka pintu kaca poliklinik kepada pelajar yang turut panik itu?
Dalam keserabutan serta panik tidak menentu, manusia boleh hilang kawalan, termasuk para mahasiswa serta petugas wanita di poliklinik berkenaan.
Hilang kawalan, berkecamuk fikiran termasuklah bercampurnya rasa panik menyebabkan akal pun jadi tidak keruan. Lalu, mungkin pintu itu terpaksa juga dipecahkan. Siswa yang malang itu diusung masuk ke sebuah bilik di poliklinik itu. Saya mengikuti dari arah belakang. Saya masuk ke ruang dalam. Darah menitik pada setiap lantai marmar putih di poliklinik tersebut.
Saya nampak kepalanya, tetapi tidak mukanya. Barangkali, kecederaannya tidak dapat dirawat di situ, maka jasad siswa yang malang itu kembali diusung ke luar semula. Rakan-rakannya, sedang berjuang mencari sesiapa sahaja yang boleh menghantarnya ke hospital.
Anak muda itu kelihatan layu terkulai dan tidak bergerak-gerak lagi. Dia pengsan!
Ketika siswa yang malang itu diusung keluar, tidak siapa yang tahu dia akan diusung ke arah mana. Saya pun melihat tiga wanita yang berada di ruangan poliklinik itu berasa risau yang amat sangat. Salah seorang daripada mereka menangis. Wajah mereka yang teduh dirundung kerisauan. Pertanyaan saya pun tidak mereka jawab. Demi sesungguhnya, mereka telah kehilangan kata!
"Kenapa sampai boleh jadi macam ni?" kata seorang daripada mereka yang bertubuh sedikit gempal. Saya melangkah keluar poliklinik itu dalam keadaan tenang dan berhati-hati memijak lantai. Serpihan kaca-kaca itu bertaburan di mana-mana, sama ada di bahagian luar dan dalam bangunan tersebut.
Sulit dimengertikan siapakah yang melakukan ini semua? Berat sangkaan dan pertuduhan ke atas mahasiswa itu. Namun, jika hal itu benar terjadi, maka lojiknya tetap ada. Tetapi, tunggu dulu! Anda hendak kata mahasiswa itu pengganas? Perusuh atau perosak harta benda awam? Ya, nanti dahulu.
Sepatutnya, mereka itu diadili sebaiknya. Hendaklah diperiksa asas-asas kenapa perkara itu berlaku. Rakan mereka sedang parah. Ketika ada kecemasan maka sewajarnyalah pintu pusat rawatan itu terbuka untuk semua.
Bagaimanapun, ketika menyentuh kejadian perang sengketa mahasiswa-polis yang mengakibatkan pecah pintu kaca poliklinik itu, maka Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman berkata, gerakan siswa perlu buat sesuatu bagi menunjukkan bahawa siswa bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan.
"Kita boleh kumpul duit beramai-ramai untuk membayar ganti rugi ke atas kejadian pecah pintu itu. Tunjukkan semula bahawa mahasiswa ini tidak mahu keganasan itu berlaku, tapi sebaliknya ia terjadi juga bukan dengan kehendak mahasiswa itu sendiri.
"Mungkin dengan cara berbaik-baik dengan pihak pusat rawatan itu, maka siswa boleh membantu mereka menjelaskan lagi kedudukan mereka sehingga masalah mereka diketahui oleh masyarakat umum seluruhnya," kata beliau.
Jika ada sedikit usaha dan inisiatif ke arah itu, maka sedikit demi sedikit akan gugurlah pendapat serong yang menyatakan bahawa pelajar itu ganas dan sebaliknya akan teruslah bersemarak lagi kefahaman umum bahawa pihak polislah yang mencetuskan gelora keganasan tersebut.
Inilah yang patut diketahui umum. Iaitu, seganas-ganas siswa, adalah sebaik-baik polis, sesoleh-soleh Najib dan sewarak-warak Rosmah. Ertinya, jikalau Rosmah, Najib dan polis meraih martabat Insan Kamil sekali pun, maka makam darjat mereka itu nescaya setara taraf dengan siswa yang sangat ganas!

No comments:
Post a Comment