Oleh BOESTAMAM SARI
Pakatan Rakyat dan BN bersatu dalam hal mencegah salah laku Shahrizat ini. Dalam kes lembu 'feedlot', ahli parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin sudah dua kali mendesak Shahrizat meletak jawatan dan demikian juga Ketua Umno Cheras yang menggesa beliau berundur.
Dr Mahathir antara yang terkuat 'iman'nya hingga dapat mengarahkan Shahrizat berundur sebelum dia dihalau Umno. Melihat Dr Mahathir mengangkat keras suaranya, maka semakin ramailah para pemimpin BN yang ikut mendesak Shahrizat agar meletak jawatan.
Tak dapat dinafikan bahawa, Dr Mahathir mungkin masih berdendam ke atas Khairy Jamaluddin yang mengawal Abdullah dalam kerajaan dahulu. Dengan kes lembu feedlot, maka terbongkarlah rahsia berhubung kenakalan Khairy pada zaman keemasannya dahulu.
Khairy musuh Dr Mahathir. Kesilapan Khairy adalah mirip kesilapan Shahrizat. Jadi, untuk apa Dr Mahathir menyimpan perasaannya kepada Khairy ini? Ia perlu diluahkan. Sepatutnya, Dr Mahathir berkata, tidak hanya Shahrizat yang patut keluar parti, malah Khairy patut keluar juga.
Ya sepatutnya Khairy meletak jawatan yang disandangnya dalam parti sebagai Ketua Pemuda Umno. Hal ini yang patut negarawan seperti Dr Mahathir sentuh. Tapi oleh kerana Khairy tidak disebut, maka nama Ketua Pemuda Umno itu tidak tersenarai dalam senarai yang sepatutnya akan ditendang dari Umno, gara-gara isu lembu ini.
Jadi, selepas teguran tajam Dr Mahathir, maka antara yang angkat keras suaranya bagi mengusir keluar Shahrizat ini, adalah ahli parlimen BN Kalabakan, Abdul Ghafur Salleh dan mungkin diikuti beberapa orang selepas ini.
Cuba Dr Mahathir berkeras menyebut nama Khairy juga. Mungkin dengan cara ini, akan lebih ramai pimpinan Umno turut menyebut nama Khairy sebagai watak yang perlu disingkir daripada Umno yang semakin nazak menjelang pilihan raya umum itu.
Usaha berterusan bagi mendesak Shahrizat keluar parti dan meletak jawatan sebagai menteri perlu diperkuat lagi kerana Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno telah menyeru wanita Umno mempertahan beliau dalam perhimpunan agung Umno yang lalu.
Namun bangkai lembu sulit ditutup dengan daun nyiru. Busuknya akan setia menerkam hidung. Walau Shahrizat bertahan diri dengan herdikan amarah ke atas Zuraidah dan Rafizi di Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini, tapi siapalah yang dapat melupakan kata yang terbit di bibir Shahrizat; 'selak kain'?
Teguran Dr Mahathir memangg keras! Katanya, gara-gara NFC, Shahrizat perlu tinggalkan Umno sebelum diusir keluar oleh ahli parti. Tapi apa yang tetap kekal jadi persoalan di fikiran umat adalah, adakah Shahrizat perlu diturunkan dari parti atau sebagai sebagai menteri dalam kerajaan? Atau, Shahrizat ini perlu melepaskan kedua-dua jawatannya sekali sama ada dalam parti atau kerajaan?
Shahrizat membuat kesalahan itu saat beliau menjadi menteri kerajaan. Projek itu didapati atas nama kerajaan dan bukan puz4i2C tapi DBMahathir seorang negarawan telah meminta Shahrizat berundur dari parti dan bukan sebagai menteri yang mengelola hal kewanitaan dalam negara ini.
Jadi, rakyat menuntut pendirian jelas Dr Mahathir kali ini. Shahrizat, dahulunya ahli parlimen Lembah Pantai kini mendapat sokongan dalam perhimpunan agung tahunan Umno. Sokongan itu diraih daripada Pemuda Umno melalui Khairy. Sementara dokongan Wanita Umno itu diraih dengan kedudukan beliau sebagai Ketua Wanita.
Dr Mahathir perlu menilai semula kedudukan bekas Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz yang pernah tercemar oleh skandal rasuah lalu beliau tersingkir. Di sinilah letaknya peranan Rafidah semula untuk kembali menegur pencabarnya dahulu, iaitu Shahrizat. Apa bezanya Rafidah dengan Shahrizat? Sama saja.
Rafidah dahulu terjebak dalam skandal rasuah dan Shahrizat kini menafikan wujudnya salah guna kuasa dalam projek melibatkan dana awam RM250 juta dan Dr Mahathir masih hanyut dibuai leka, seolah-olah melupakan Khairy Jamaluddin, seteru lamanya yang pertahankan Shahrizat kini.
Apa salahnya Rafidah diajak semula bersatu dengan Dr Mahathir untuk berkontra dengan Shahrizat dan Khairy ini? Dan jika Dr Mahathir kecohkan semula dengan ugutan keluar Umno seperti yang pernah dibuatnya dahulu bagi mengurangi pengaruh menantu Abdullah iaitu Khairy itu alangkah baiknya?
Demi sesungguhnya, sikap Dr Mahathir keluar Umno ini penting demi menyelamatkan maruah parti Umno yang dicintai sepenuh hatinya itu. Inilah parti Umno Baru dalam acuan Dr Mahathir sejak Umno Lama diharamkan sebelum ini.

No comments:
Post a Comment