Oleh H FANSURI
Sememangnya banyak kiriman cerpen, sajak rencana yang sampai ke meja sastera sama ada dalam bentuk salinan kertas 'hard-copy' ataupun 'soft-copy' di dalam bentuk kiriman mel-e. Ada ramai yang gigih mengirim sajak, puisi, tapi sayangnya oleh mutu bahasa, maka tidak dapat disiarkan juga.
Kadangkala, timbul rasa kasihan juga. Jadi, terpaksa dilepaskan juga walaupun dengan berat hati dan rasa payah sekali.
Terhadap semua karya ini, kalau dapat digilap kembali, disusun dan dikumpulkan, mungkin telah beratus-ratus buah buku antologi puisi dan cerpen yang sudah boleh diedarkan ke serata Malaysia ini. Tetapi, kita perlukan pengedar dalam kalangan kita (bermaksud penulis) sendiri.
Hakikatnya, walaupun ada syarikat penerbit buku dan syarikat pencetak yang memihak kepada Pakatan Rakyat, tetapi kesanggupan mereka menerbitkan dan mencetak buku-buku itu masih boleh dipersoalkan. Setidak-tidaknya, ada dua alasan.
Pertama, buku kumpulan dan antologi cerpen, kumpulan dan antologi puisi yang mengkritik Najib Razak dan Umno, BN itu tak akan laku di pasaran. Yang kedua - Najib Razak, Hishammuddin (sepupu Najib) termasuk KDN dan Ketua Polis Negara akan kepung syarikat, pejabat dan kilang percetakan mereka.
Lihat saja nasib yang menimpa karya komik kartunis Zunar itu. Sudah berapa banyak rampasan yang dilakukan. Buku karya kesusasteraan dan persuratan revolusioner ini tentu saja lebih mengundang bahaya di pihak Umno berbanding dadah, candu, madat, marijuana, heroin, morfin, syabu termasuk pil kuda yang merosakkan Melayu dan masyarakat kita seluruhnya.
Di satu sudut lain, mungkin masih ada penulis boleh menerima alasan kalau penerbit itu khuatir buku itu tidak laku dijual. Tetapi, agaknya ramai penerbit yang tidak akan menerbitkan sesebuah buku sastera berhaluan kiri itu, jika jelas hala kecenderungannya membangunkan kritik ke atas Umno-BN.
Akhbar-akhbar arus perdana yang berkiblatkan BN sememangnya tiada masalah jika mahu menerbitkan kesusasteraan yang menolak Pakatan Rakyat. Ya, untunglah. Hingga catatan ini ditulis, nampaknya fikiran seperti ini masih belum wujud. Syukurlah kita dengan menarik nafas lapang dada. Alhamdulillah!
Apa pun, persuratan dan kesusasteraan yang mengutuk kezaliman bani Umno dan BN ini adalah perlu. Bukannya tiada syair Arab Jahiliah yang mengutuk bani lain dan memuji kehebatan bani sendiri. Padahal, bukannya tiada dalam sejarah kepenyairan Arab Islam itu - peristiwa di mana baginda sendiri yang memerintahkan penyair Hassan bin Tsabit menyelar kaum musyrikin Quraisy dengan gugusan syair-syairnya yang hebat!
Maka tiadalah bersalahan jika para penyair daripada bani Pakatan Rakyat membangunkan kritik ke atas bani Umnowiyyin 'musyrikin' penyembah berhala wang ringgit itu. Ya, tiada bersalahan pun mengkritik Umno, BN jika ditelusuri kaedah agama.
Arakian, idea-idea yang berlegar, bersimpang siur di sepanjang catatan ini, bagaimanakah kita mahu mencapainya? Saya fikir, untuk permulaannya, para penulis yang sudah mengirim cerpen, sajak mengutuk bani Umno, BN ini, walaupun tidak bermutu, akan kita cuba gilapkan kembali supaya bermutu.
Dengan hasil jualan karya ini, kalaulah ada duit lebih sikit, maka bolehlah dibeli mesin cetak sendiri guna mencetak kesedaran rakyat jelata dalam usaha menggulingkan Najib Razak di Putrajaya!

No comments:
Post a Comment