Oleh H FANSURI
Penyair revolusioner Hasan Bin Tsabit sememangnya kerap memuji baginda Rasulullah s.a.w lewat persembahan syair gubahannya. Antara syair beliau:-
"Dikaulah kedua-dua cahaya mata ini
dengan kepergianmu yang berwibawa,
aku seketika terzahir sebagai lelaki buta
yang tidak berkuasa lagi memandang cahaya
sesiapa pun yang ingin mati menjejakmu
biarlah dia pergi menemui ajalnya.
Dan aku, cuma risau dan terharu
dengan pemergian terindahmu."
Penyair revolusioner Hasan Bin Tsabit adalah penyair berhaluan kiri pada masanya melawan gubahan penyair Jahiliyah yang memihak Musyrikin Quraisy yang angkuh seperti Umno dan BN. Hari ini, antara penyair yang terserlah jiwa kirinya adalah Usman Awang.
Usman mengetengahkan banyak sajak untuk rakan revolusioner di dalam gerakan parti Melayu berhaluan kiri seperti Parti Rakyat dan Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Antara yang disokongnya adalah Hasnul Hadi, politikus Parti Rakyat dari Melaka.
HASNUL HADI PUTRA SELAT MELAKA
"Hasnul Hadi,
suaramu adalah suara rakyat tertindas
jiwamu adalah jiwa berdarah luka pahlawan
tidak ada tolak ansur untukmu
tidak ada langkah mundur bagimu
tidak ada perkataan menyerah dalam dirimu;
kau berjuang dan jatuh
lalu berjuang dan bangun lagi
jatuh lagi, kau bangun dan terus berjuang...
Hasnul Hadi,
kalau ada yang paling berharga milikmu
semuanya telah kau berikan;
kau berikan titi keringatmu
kau berikan tenaga khidmatmu
kau berikan kebahagiaan rumahtanggamu
dan untuk semua ini hadiah yang kau terima
derita dan penjara.
Kau tidak dapat dikalahkan
oleh penjara dan tahanan;
kau tidak dapat ditundukkan
oleh ancaman dan seksaan;
kau tidak dapat dilumpuhkan
oleh menyakit yang melumpuhkan;
suaramu lantang mengungkapkan
keadilan dan kebebasan setiap insan
tanpa mengenal warna kulit dan keturunan.
Hasnul adalah calon Parti Rakyat. Parti itu tertubuh setelah British haramkan PKMM. Dalam kata lain, Parti Rakyat adalah penerus perjuangan PKMM.
Sementara itu, lewat novel Tulang-Tulang Berserakan (TTB) tertuang baris kata yang memihak kepada perjuangan PKMM pada era penentangan terhadap penjajahan British.
"Orang PKMM. Dah beberapa bulan ini Koperal Dolah dan sesetengah mata-mata ada menderma kepada PKMM. Jadi itulah tadi Koperal Dolah bercakap dengan aku pasal itu. Tidak banyak, kalau boleh lima puluh sen seorang sebulan,” Leman melanjutkan penerangannya.
"Ah, lima puluh sen bolehlah," Mamat menjawab.
"Ya, aku pun setuju."
"Tetapi tak salahkan kita menderma?" Mahmud bertanya.
"Kalau nak ikut salah memang salah. Kita orang polis tak boleh bantu dan campur politik. Tetapi janganlah diheboh-hebohkan. Cukup bulan dapat gaji, beri sajalah." (halaman 74)
Sementara itu, pada halaman berikutnya; 75 (TTB), Usman mencatatkan sebagai berikut:-
"...Risik-risik orang polis memberikan derma untuk partai PKMM ini ada juga sampai ke telinga ketua-ketua Melayu mereka, tetapi kebanyakannya tidak mengambil berat sangat. Hanya seorang dua daripada bahagian Special Branch yang mencuba mengorek-ngorek tetapi kemudiannya hilang begitu saja penyiasatannya."
Timbul riak gelisah bergelora sesetengah penulis karya kreatif mengenai kedudukan betul salahnya seseorang penyair, penulis novel, cerpenis jika mahu memihak kepada parti politik tertentu, khasnya haluan kiri.
"Sepatutnya kita orang tengah, menjadi detak nadi kuasa ketiga," kata mereka. Saya fikir, mahaguru penyair Usman sudah jawab hal ini lewat sikapnya. Tidak salah menjadi orang tengah dan bukan salah jika mahu memihak parti tertentu.
Tapi adalah masalah jika mahu (kononnya) jadi orang tengah dan dalam masa sama tidak berlapang dada (lalu memandang rendah kepada sikap penyair memihak parti tertentu). Kalimat 'hizb' (parti) jelas hadir dalam al-Quran.

Usman memilih jalan pemberontakan-memihak kepada Parti Rakyat, PKMM dan sosok politikus berhaluan kiri, seperti mana penyair Hasan Bin Tsabit, memihak Hizbullah (parti Allah) yang dipresidenkan oleh baginda Rasulullah s.a.w!
No comments:
Post a Comment