Oleh BOESTAMAM SARI
Aung San Suu Kyi tersepit antara negara dan suaminya yang sedang sakit. Suami beliau Dr Michael Aris sedang tenat menanggung beban kesakitan di London oleh sebab kanser prostat.
Pihak junta tentera telah mengirim wakilnya kepada Suu Kyi untuk memilih sama ada Suu Kyi mahu meninggalkan negara ini atau pun tidak bagi menziarahi suami beliau yang sedang sakit tenat itu.
Tapi, risiko yang perlu diambil Suu Kyi jika beliau pulang ke London ialah - junta tentera tidak membenarkan beliau kembali semula ke negaranya; Burma.
Saat inilah, wakil pihak junta tentera sudah mula pandai mengguna kata bebas, 'free' terhadap tokoh pejuang demokrasi itu.
"Anda 'bebas' membuat pilihan sekarang. Sama ada mahu tinggal di negara ini, atau anda mahu menemui suami anda," kata wakil junta tentera tersebut.
Dalam keterpaksaan, dan hati yang sedang sarat menanggung kepedihan, Suu Kyi berkata, "What kind of freedom of that?"
Apa jenis kebebasan yang sedang dihembus ke telinga Suu Kyi itu? Oleh kerana pihak tentera tidak pernah dibiasakan dengan perdebatan, maka wakil junta itu pulang begitu saja kerana gagal menawarkan jawapan ke atas makna kebebasan.
Babak ini dapat anda saksikan pada saat-saat akhir filem The Lady itu apabila kematian hadir menjemput Dr Michael Aris.
Akhirnya, Suu Kyi terpaksa memilih jalan penderitaan. Dia terpaksa mengambil keputusan untuk tidak menziarahi suami sehingga ke akhir hayat beliau, walau lelaki itulah tonggak kekuatan dalam hidupnya.
Pilihan terbaik terpaksa dibuat dalam keadaan Suu Kyi terpaksa juga korbankan kepentingan seorang ahli keluarganya sendiri.
Banyak lagi gambaran awal yang boleh diperolehi jika anda menontonnya. Ketika catatan ini ditulis, The Lady sudah berada di pawagam senjak 3 Mei. Hari ini, tayangannya mungkin di peringkat akhir sebelum disingkir daripada pawagam.
Sepanjang tempoh filem itu masih ditayangkan, seolah-olah tiada disiar iklan televisyen yang akan heboh menghebahkan kehadiran filem itu di pawagam kita.
Sama ada iklannya dihalang masuk ke televisyen kita atau sebaliknya, ia masih menjadi suatu misteri dan teka-teki kepada peminat Suu Kyi.
Untuk kita menuduh Najib Razak dan Menteri Penerangan tidak mengizinkan iklan filem itu disiarkan di televisyen, maka hal itu memerlukan sokongan bukti.
Jadi, bersangka baik dengan Umno dan Najib adalah langkah bijaksana walaupun umat syak bahawa Najib mungkin hentikan iklan kerana risau pengaruh Suu Kyi ini menyuntik sokongan rakyat kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat pula.
Hal ini kerana, di Barat, Suu Kyi di Burma dan Anwar Ibrahim (Malaysia) sudah dikenali sebagai watak pejuang demokrasi.
Apa pun The Lady adalah sebuah filem perjuangan yang wajib ditonton umat yang ingin melihat keperibadian Suu Kyi secara dekat, dan memahami keadaan situasi getir yang menimpa Burma (Myanmar) hari ini.
Menonton filem ini secara dekat di pawagam dan melihat kurangnya orang Melayu yang menontonnya (malah, Cina lebih ramai) membuatkan saya tertanya-tanya.
Adakah Muslim tidak terasa bahawa perjuangan Suu Kyi ini dekat di hati mereka atau mungkinkah hal ini disebabkan oleh faktor agama?
Adakah jiwa Melayu dan tabiat Muslim Malaysia tidak melihat usaha Suu Kyi itu mirip perjuangan agama, lantaran Suu Kyi juga mengguling kezaliman tentera?
Akhir kata, kalau kita masih belum juga mahu membuka mata, maka wajarlah kita melihat asal-usul kedatangan pelarian Rohingya di Malaysia ini.
Bukankah golongan pelarian Rohingya yang kebanyakannya Muslim itu pun berasal dari belahan negara Burma juga?
Syahadan, jikalau ditinjau babak-babak terakhir filem The Lady, dapat dilihat betapa Suu Kyi juga sudah mendapat sokongan golongan sami Buddha.
Ditunjukkan bahawa pada 2007, golongan sami telah berjuang di jalan raya bagi memberi sokongan terhadap perjuangan Suu Kyi.
Menonton The Lady, hati tertanya-tanya, jika sami Buddha turun ke jalan untuk menegakkan demokrasi, adakah tuan-tuan guru pondok akan kerahkan seluruh anak murid pondok untuk berjuang di jalan raya dalam Bersih 4.0 kelak?

No comments:
Post a Comment