Dapatkan rebat telefon pintar dengan
undi
Oleh IBNUAMIR AL-PENDANGI
Che Nin (bukan nama sebenar) mengeluh
mengenai penipuan dan hal janji Najib Razak yang tak pernah ditepati itu.
Katanya, “Najib janji kita akan mendapat rebat asalkan telefon pintar, SKMM
cakap lain. Jadi, janji Najib Razak tidak ditepati juga kerana pegawai
bawahannya cakap lain.”
Dalam perkembangan terbaru, pengerusi SKMM
Mohamed Sharil Tarmizi berkata, telefon pintar 3G yang boleh dibeli melalui
Pakej Komunikasi Belia untuk mendapat rebat RM200 itu, hanya terbatas telefon di
bawah RM500 sahaja.
Buah fikir Che Nin itu masuk akal juga. Iaitu,
walau janji Najib Razak kepada kita semua adalah rebat RM200 untuk semua
telefon pintar, tapi jika SKMM memesong janji Najib itu, maka boleh juga
disifatkan sebagai Najib Razak sudah mula memungkiri janjinya sendiri.
Ketika Najib berjanji bahawa telefon
pintar layak mendapat rebat itu, maka semua ini bermaksud – semua jenis telefon
pintar, sama ada di bawah paras harga RM500 atau ke atasnya adalah berhak dan
layak mendapatkan rebat tersebut. Jika SKMM mengenakan syarat baru, maka bukan
SKMM yang patut dipersalahkan, melainkan Najib jugalah yang patut dihakimi
rakyat.
Lalu, ekoran itu, makin marak debat
perdana dalam kalangan para pemuka Umno sendiri tentang rebat telefon pintar
ini. Tahap ‘debat’ Umno agaknya masih berada pada martabat paling rendah, iaitu
serendah nilaian telefon pintar yang mereka debatkan itu.
Tetapi, kita perlu hormati juga semua pendapat
ini kerana mereka masih ingin mengangkat suara belia yang mahu mengundi Najib yang
memancing undi mereka melalui rebat telefon pintar.
Di pihak Khairy Jamaluddin misalnya,
beliau masih salahkan SKMM dan bukanlah Najib Razak. Beliau menyifatkan bahawa sikap
SKMM yang membataskan rebat RM200 untuk telefon pintar yang berharga RM500 ke
bawah itu, sebagai tidak perlu.
"Tak perlu ada had harga untuk
rebat yang diberi untuk smartphone (telefon pintar)," kata beliau dalam pesanan
twitter untuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim.
Nampaknya Rais Yatim juga yang kerap dipersalahkan
Khairy dan bukan Najib. Khairy berhujah lagi, ucapan belanjawan 2013 itu cuma menyebut
tentang pendapatan belia yang layak menerima rebat telefon pintar itu sahaja,
dan bukan menyentuh harga telefon tersebut.
“Nampak bernas juga buah fikiran Khairy ni,”
begitulah kata Che Nin kepada saya. “Tapi, masih ramai pemuka Umno masih malu-malu
marahkan Najib Razak yang memungkiri janjinya itu.”
Che Nin menyelak lagi kata-kata seorang ‘rausyanfikir’
Umno Norizan Sharif di twitternya. Kata beliau jika ingin beri rebat RM200, beri
untuk semua telefon pintar. Katanya sikap membataskan rebat hanya kepada
telefon pintar RM500 ke bawah itu akan membuatkan orang marah sahaja.
Tambahnya jika ada rancangan hendak letakkan
harga siling, maka ia harus didedah sejak awal. Tambah Norizan, rakyat tertipu
dan itu bukan semangat bajet 2013 dan sebab itu mereka marah.
“Masih ada kata-kata yang belum dituju
tepat ke arah Najib Razak,” kata Che’ Nin kecewa. Bagi insan-insan seperti Che
Nin, watak seperti Norizan cuma berani menyatakan bahawa umat ditipu, dan
mereka ini bukan watak pejuang dan pembela sebetulnya. Watak pembela ini adalah
seperti pemanah kata dan pembidik bicara hingga anak panah dan peluru mengena
tepat ke sasarannya.
“Norizan tak berkata rakyat berasa bahawa
diri mereka dikhianati Najib Razak yang memungkiri janjinya dalam kes rebat
telefon pintar,” kata Che Nin lagi. Tapi, orang-orang seperti Che Nin ini tidak
hanya mengeluh sampai berpeluh. Malah, beliau berazam tekad bersungguh-sungguh
pula.
Katanya buat rakan-rakan yang berasa ditipu
oleh Najib Razak, SKMM - maka hendaklah diucap selamat mengundi Pakatan Rakyat
demi hak rebat belia yang sudah dirampas BN baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment