Ke
arah pengislaman bahasa dan sastera
Oleh H FANSURI
"Yang membaca kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah." (Ali Imran, ayat 164).
Apabila menghadiri kuliah Wise di Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 'hari revolusi' tanggal 12 Januari lalu, ada suatu fikiran yang menjalar di fikiran ini, iaitu al-Quran mengislamkan bahasa Melayu, termasuklah mengislamkan bahasa Arab itu sendiri.
Hal ini menjadikan bahasa Melayu mencapai tahap kedudukannya sebagai bahasa Islam yang kedua selepas bahasa Arab. Hal pengislaman bahasa ini juga menyebabkan sabda rasul sudah menjadi berbeza dibanding bahasa Arab masyarakat kala itu.

Lalu, demikianlah nabi sebagai ‘guru sastera dan persuratan al-Quran’ mengajarkan sahabat akan isi ajaran al-Kitab dan hikmah pusaka kenabian. Dan beransur-ansur, bahasa mengubah manusia.
Sejak
sastera dan sejarah diajar kepada kita sepanjang Dr Mahathir Mohamad mentadbir,
ia telah membosankan sehingga dianggap tidak berkaitan dengan kehidupan. Terkadang
ia dipinggir jauh daripada kehidupan manusia, padahal sejarah dan sastera itu
nadi yang membentuk kemanusiaan.
Sebuah
filem yang baik ditelaah selalu adalah Dead Poets Society yang menunjukkan
bagaimana Encik Keating mengajar sastera sehingga ia menjadi hidup, bernyawa
dan menyala-nyala.
"Koyaklah buku itu... Ia bukan Bible. Anda
tidak akan ke
neraka kerana hal ini," berkata Keating ketika menganjurkan pemberontakan ke atas
buku-buku puisi yang dipelajari murid-muridnya.
"Di dalam kelas saya anda akan belajar untuk diri sendiri. Anda belajar menikmati perkataan dan bahasa. Tak kira apa dan sesiapa pun memberitahu anda, percayalah perkataan dan idea itu boleh mengubah dunia," katanya lagi. Jadi bahasa itu penting untuk menukar watak keperibadian insan.
Guru sastera dan
persuratan patut pengganti ‘nabi-nabi’ dan mewarisi perjuangan Rasul s.a.w. Di sini,
kita tertanya-tanya, adakah sudah berlakunya gejala pembaratan dalam kegiatan
persuratan?
Apakah seperti ilmu
yang telah dibaratkan, maka sastera juga sudah menerima nasib yang sama? Guru sastera
seperti Keating bukan nabi, tapi dia faham peranan sastera yang membentuk
semula manusia yang sudah lama dilesukan dengan kefahaman beku dalam
masyarakatnya sendiri.
"Kenapa saya berdiri di sini? Saya berdiri di atas meja ini untuk mengingatkan saya bahawa kita mesti sentiasa melihat segala perkara dalam cara berbeza...
“Hanya
ketika anda berfikir, anda tahu sesuatu yang anda perlu melihatnya dalam cara
yang lain walau ia mungkin kelihatan bodoh atau salah,” katanya yang mengajar mereka
melihat kelainan. Keating ingin mereka mencari diri mereka sendiri dan tidak terikut
dengan rentak dunia hari ini.
Agak
saya, urusan memperbaharui cara berfikir guru-guru sastera di sekolah sangat
penting hari ini. Guru sastera perlu ada kumpulan sajak nya dan dia akan
mengajar mereka dengan semangat.
Kita
(persatuan penulis) perlulah sesekali turun mengadakan dialog dan bengkel
perbincangan ke atas guru-guru sastera ini dan menyemak apakah masalah yang telah
mereka hadapi sebelum ini? Ajukan persoalan, “Kenapa sastera kita tidak
mengubah watak manusia seperti sastera persuratan al-Quran telah mengubah dunia
dan mencorak peta dunia?”
Pengislaman
ilmu sastera adalah satu usaha yang berat. Kerja berfikir bukanlah mainan. Melatih
murid berfikir dan menghasilkan kata-kata indah yang terkandung di dalamnya fikiran
bertenaga, itu bukanlah tugas yang boleh diremehkan.
Hari
ini dalam kalangan pelajar universiti cuma seorang dua siswa yang dicetak oleh
pengalaman kehidupan luar kuliah. Bawani yang berhujah dengan Syarifah Zohra (UUM)
adalah contoh hari ini. Selebihnya adalah golongan yang terdaya bertepuk, bertempik
setelah diisyaratkan universiti.
"I don't mind that your poem had a simple theme. Sometimes some of the most beautiful poetry can be about simple things like a cat, or a flower or rain. You see poetry can come from anything with the stuff of revelation in it. Just don't let your poems be ordinary." Mr. Keating.

Mengasuh
murid menggubah puisi adalah latihan supaya murid itu berfikir untuk
menjadikannya manusia semula. ‘Pengislaman ilmu sastera’ yang telah dibaratkan
sejak lama adalah suatu jihad. Mati kerananya itulah syahid! Ya persatuan penulis
perlu banyakkan dialog dengan guru sastera.
No comments:
Post a Comment