Kenapa
BN izinkan siswa berpolitik kepartian?
Oleh
RUHI HAYATI THANI
Dalam
suatu forum Gerakan Mahasiswa 13 (GM13) yang diwujudkan bertujuan menyusun suatu
gerakan parti politik siswa di negara ini, ada usul agar mereka mencari sebuah
kawasan Parlimen sahaja menjelang pilihan raya umum ke-13 kali ini.
“Yang
pastinya, kawasan Temerloh kami tak kan ganggu,” Safwan Anang, salah seorang
panelis dalam forum itu bergurau dengan Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi.
Walau
dengan nada bergurau, tetapi golongan mahasiswa itu sedang memulakan sebuah
gerakan yang penting di negara ini, iaitulah mereka mahu meletakkan wakil
mereka di dalam Parlimen.
Pelbagai
andaian dan rungutan awal kian menerpa fikiran sesetengah pihak dan hajat ini menjadi
bualan hangat dalam diam-diam bagaikan bara api di dalam sekam juga.
“BN
mahu pecahkan undi Pakatan Rakyat,” demikian seorang kenalan mengutarakan
pandangan beliau. “BN pun tahu, yang nak bertanding ni bukan budak-budak
Aspirasi-Umno.”
Kata-kata
itu perlu diambil kira juga. Sememangnya, pecah undi akan berlaku jika tiada
sebarang perbincangan dua hala yang terjadi antara parti baru ini dengan parti
komponen Pakatan Rakyat.
Dalam
masa berbaki lebih kurang 100 hari ini, memang banyaklah hal yang perlu siswa lakukan,
khasnya dalam usaha mengetengahkan idea-idea perjuangan parti mereka yang baru
itu.
Sebelum
ini, dalam pilihan raya 2008 yang menyaksikan kejatuhan Abdullah Ahmad Badawi,
di Kepala Batas, sudah ada usaha di pihak PMN (Parti Mahasiswa Negara) untuk meletakkan
calon pelajar di kawasan Parlimen itu. Nampaknya, SPR tidak melayani usaha
menamakan calon itu.
Kini,
selepas sepenggal dan selepas lima tahun berlalu, idea hendak meletakkan calon
mahasiswa itu kembali bergema semula. Peliknya, pada ketika inilah BN
seolah-olah berlapang dada dengan kehendak pelajar yang mahu bertanding di
dalam pilihan raya itu.
Walaupun
Kementerian Pengajian Tinggi seolah-olah memberikan lampu hijau, tetapi ada
suara-suara Naib Canselor yang tetap juga berasa gusar dan gementar melihat
kemajuan politik pelajar.
Nampaknya,
suara KPT itu adalah suara hati BN dan NC yang jelas memihak kepada Umno pun
tidak senang dengan usul kerajaan BN itu. Bagi NC terlantiknya siswa di
Parlimen menyebabkan kuasanya tergugat dan Auku (Akta Universiti dan Kolej
Universiti) mungkin akan dibuang terus!
Tetapi,
bagi BN, hal ini adalah strategi baik untuk masa depan politik kepartian BN. Hanya
siswa penyokong PR saja yang selalu ingin bertanding dalam pilihan raya umum manakala
Aspirasi itu akan lebih gemar menurut kata bosnya; Umno dan BN yang tidak
izinkan mereka bertanding.
Marilah
kita membuat ramalan begini – iaitu, Aspirasi tidak akan bertanding kerana hal
ini akan pecahkan undi BN. Sebaliknya, parti pelajar yang baru ini akan
pecahkan undi Pakatan Rakyat.
Jikalau
hal ini yang memang dijangkakan oleh BN, maka tumpuan siswa pro Pakatan Rakyat dan
pimpinan Pakatan Rakyat dalam tempoh yang masih berbaki ini adalah – selalu bermuzakarahlah
sesama mereka berhubung peluang untuk mahasiswa bertanding di Parlimen ini.
Kalau
ada misalnya DAP, PAS dan PKR yang bersedia agar kerusi mereka di Parlimen itu diberi
oleh mahasiswa, maka hal ini akan memberikan tamparan hebat kepada BN pada masa
depan.
Akan
lebih banyak masalah dalaman kampus melibatkan pegawai HEP Umno yang akan berjaya
dibongkarkan oleh pelajar ini. Semua ini jarang-jarang dapat dilakukan jika ahli-ahli
Parlimen itu tidak mempunyai jiwa seorang mahasiswa.
No comments:
Post a Comment