Oleh H FANSURI
Sesekali boleh ditemui keindahan kata dalam sebuah puisi bernada terus-terang. Jadi, sesiapa pun boleh menjadi pengarang puisi asalkan mereka ada fikiran menolak kezaliman. Ciri puisi dan sikap kepenyairan Hassan bin Tsabit yang menolak kezaliman itu memang kekal relevan sepanjang zaman.
Di hujung asy-Syu'ara, Allah s.w.t berfirman, "Dan para penyair itu diikuti golongan sesat. Tidakkah kamu perhatikan mereka merayau di tiap lembah dan mereka berkata apa yang tidak mereka lakukan, kecuali orang beriman dan beramal salih, banyak mengingati Allah dan mereka membela diri selepas dizalimi..."
Saya diperkenalkan dengan buku kumpulan puisi ‘Para Jendral Marah-Marah’ (Wiji Thukul) baru-baru ini. Dia amat terhormat dalam kalangan penyair muda di Indonesia. Pengalaman peribadi saya di Samarinda, 2007, menyebabkan saya makin ingin mengenali sosok yang dihilangkan tentera ketika Reformasi 1998.
‘Para Jendral Marah-marah' itu memuatkan 49 buah puisi termasuklah sajak Jawanya. Wiji, penyair yang cuba lari daripada buruan penguasa dan sesekali mengapung suara pada ruang, kesempatan yang ada. Buku puisi (37 halaman) itu memuatkan rakaman jiwanya dalam tempoh pelariannya dalam Orde Baru.
Rupanya, Wiji terjun ke lembah politik melalui Jaringan Kerja Kesenian Rakyat, iaitu cabang Partai Rakyat Demokratik yang muncul pada 1996. Keterlibatannya dalam gerakan kepartian menunjukkan beliau ada sikap memihak kepada parti. Ini berbeza dengan sikap kumpulan penyair yang mahu neutral sebab takut penjara, SB, khuatir nyawa terancam atau takut berdepan risiko kehilangan peminatnya sendiri.
Puisi Para Jendral Marah-Marah itu menyusun kata-kata biasa tapi kuat memancarkan makna yang amat mudah difahami.
Pagi itu kemarahannya disiarkan
oleh televisi. Tapi aku tidur. Istriku
yang menonton. Istriku kaget. Sebab
seorang leftenan jenderal menyeret-nyeret
namaku. Dengan tergopoh-gopoh
selimutku ditarik-tarik. Dengan
mata masih lengket aku bertanya:
mengapa? Hanya beberapa patah kata
keluar dari mulutnya: "Namamu di
televisi...."
Suatu hal yang kerap dilontarkan orang ialah kesukaran menyusun bait-bait kata yang indah. Sebetulnya, jika kita betul-betul hadir dalam riwayat perjuangan melawan BN, kita tidak perlu bengkel puisi. Ucapan kata-kata indah terbit sendiri sebab jiwa diasak kegeraman. Kata-kata dirangsang kekejaman penguasa.
Apabila tiba pada tahap perjuangan menggulingkan kezaliman, metafora semakin tiada ertinya kerana di sana, anda hanya ingin memberitahu rakyat dengan bahasa ringkas dan mudah faham mengenai sialnya penipuan Umno dalam pilihan raya dan betapa celakanya asuhan rasuah di dalam pentadbirannya.
Lewat puisi 'Masihkah Kau Membutuhkan Perumpamaan?', sebuah kata-kata langsung, terbang mencari dahan fikiran kita untuk berpijak, lalu ia bertenggek dengan mudah bagi melorong jalan faham buat kita. Kata Wiji, tidak perlu perumpamaan apa pun kalau sekadar membariskan kata-kata - aku tidak merdeka.
Waktu aku jadi buronan politik
karena bergabung dengan Partai Rakyat Demokratik
namaku diumumkan di koran-koran
rumahku digrebek --biniku diteror
dipanggil Koramil diinterogasi diintimidasi
(anakku --4 th-- melihatnya!)
masihkah kau membutuhkan perumpamaan
untuk mengatakan: AKU TIDAK MERDEKA

No comments:
Post a Comment