Oleh H FANSURI
Ketika heboh kemenangan Harimau Malaya menewaskan Garuda baru-baru ini, akhbar dan media akan meyorot pelbagai liputan. Antara yang menjadi buah mulut perbincangan ialah Julia Perez (Jupe) bakal memakai memakai baju khas yang memancarkan laser daripada bahagian dadanya.
Menurut laporan, hal itu beliau lakukan guna menghilangkan daya tumpuan pemain Malaysia. Apabila berita ini tersiar di Malaysia, Jupe langsung tidak menyedari bahawa beliau menjadi bahan ketawa.

"Daripada pancarkan laser daripada dada, lebih baik tidak memakai … terus," kata anak-anak muda di sini. "Bukan sahaja pemain kita, pemain Indonesia pun tergugat sama dengan penampilan Jupe itu."
Begitulah nasib malang Jupe yang sebelum ini pernah menyatakan hasrat, keinginan untuk memegang aksi dan peranan wanita solehah berjilbab setelah filem Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih itu menjadi fenomena baharu di negara republik berkenaan.
Dan, demikianlah kedudukan akhbar masing-masing sama ada di Malaysia atau pun Indonesia dengan pendapat mereka yang tersendiri. Pancaran laser itu dikatakan menjadi tumpuan utama akhbar-akhbar.
Di laman muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Melaysia, ditonjolkan pancaran laser yang dihala kepada penjaga gol masing-masing.
Ini bermakna, ada kecurangan di pihak penonton sendiri, bukannya di pihak penganjur yang tidak tahu menahu apakah sebenarnya yang berlaku. Dan, media terus-menerus mengemukakan nota kehakiman.
Media di Indonesia, sama ada akhbar atau televisyennya mungkin akan berterusan menyiarkan isu yang sama. Hal ini ditambah lagi dengan sikap dan pendirian pemimpin medianya yang ghairah menyiarkan isu-isu sensasi. Dendam ini akan merebak kepada sengketa negara dan bukannya individu yang meletak pancaran laser di wajah penjaga gol itu.
Pendirian rakyat tergantung kepada pendirian akhbar?
Betapalah pendirian masyarakat hari ini sangat kuat dipengaruhi oleh lidah pengarang akhbar, dan juga sikap wartawan itu sendiri. Agak-agaknya, untuk menjernihkan semula keadaan, wartawan-wartawan akhbar itu perlu bertukar-tukar fikiran sesama mereka.
Jika wartawan itu sendiri sememangnya pencinta bola sepak, maka hal itu tiada gunanya. Maka, beliau akan memihak kepada Malaysia jika negaranya menang manakala editor-wartawan Indonesia pula akan membangunkan kritikan ke atas kemenangan Malaysia dengan cara mereka yang tersendiri.
Sengajalah kita bangkit hal ini kerana baru-baru ini ada anugerah untuk para wartawan. Pada tahun lalu anugerah itu diberikan kepada Said Zahari, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu.
Semua itu, dinilai berdasarkan prinsip perjuangan beliau yang bertahan di dalam penjara di Singapura selama lebih 17 tahun.
Beliau terpenjara bukan kerana menulis laporan sukan, tetapi dihakimi kerana politiknya yang berbeza dengan politik kerajaan dan penjajah. Bagaimana agaknya kedudukan wartawan hari ini dengan sikap, dan pendirian wartawan, editorial zaman dahulu?
Ke mana hala tuju PKWPM?
Sementara itu, pada dua tahun lalu, Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPM) ditubuhkan bertujuan menghimpun dan menyatukan wartawan, penulis dan penulis blog, jurufoto dan wartawan sambilan Melayu di bawah wadah perjuangan yang sama.
Berkata Presiden Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPM) Dr Alias Mohamed, bahawa dengan kewujudan pertubuhan seperti itu, wartawan dan para penulis Melayu dapat berkumpul dan bergiat sebagai satu kumpulan.
Tambah Dr. Alias lagi, pertubuhan besar yang memayungi wartawan Indonesia kini mempunyai sekitar 18,000 ahli di bawah Persatuan Wartawan Indonesia (PWI).
Kaukus Parlimen kebebasan akhbar perlu diwujudkan
Tetapi, itulah juga masalah akhbar dan kewartawanan hari ini. PKWPM itu diwujudkan dengan tujuan menghimpunkan wartawan dan bloggers. Ia pula diwujudkan pada 2008 iaitu selepas Umno BN sedang menderita kekalahan akibat rempuhan tsunami politik.
Para bloggers itulah yang paling banyak memainkan peranan dalam menjatuhkan BN hari ini. Hakikat ini tidak perlu disangkal lagi kebenarannya. Tetapi barisan bloggers tetap bloggers yang menulis di luar lingkungan hukum-hakam disiplin ilmu kewartawanan dan blog mereka tidak diikat permit penerbitan, seperti kedudukan akhbar-akhbar.
Bloggers dihormati dan ditakuti Umno, BN lantaran kelantangan mereka bersuara tanpa sekatan. Benar salah catatan mereka itu adalah hal yang dikemudiankan.
Oleh itu, bloggers tidak akan peduli sangat perkara Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang mengekang akhbar dan laporan wartawan. Bloggers tidak peduli keperluan Kaukus Parlimen Kebebasan Akhbar.
Bloggers seperti insan lain yang akan berterusan berketawa mengenai kedudukan Jupe yang 'berjuang' memakai pakaian memberahikan untuk memesongkan perhatian pasukan pemain bola sepak negara.

No comments:
Post a Comment