Oleh H FANSURI
Kepada mereka yang masih belum tahu dan belum sedar mengenai sindrom pilihan raya yang semakin mendekat ini, maka inilah kita perturunkan sedikit wasiat dan nasihat. Percayalah bahawa Melayu bukanlah berpecah!
Yang digambarkan Umno lewat jendela fikir mereka-Melayu berpecah (kerana pecah undi) adalah tafsiran ahli parti politik. Dari segi 'politik kepartian', Umno gambarkan Melayu berpecah, berperang dan sering bersengketa (sebenarnya 'pecah' undi).
Bagi Umno yang berfikir begini, mereka tersilap, terbodoh dengan ucapan pidato mereka sendiri dan secara tidak langsung telah membodohkan Melayu yang lain.
Apabila paluan gong pilihan raya semakin kuat kedengaran, demam pilihan raya semakin bertambah kronik dan panas bahang demam Umno membangkitkan racauan tidak tentu hala. Racauan Umno inilah yang mengacau-bilaukan fikiran Melayu yang lemah pendirian.
PECAH MELAYU OLEH SENGKETA RAJA-RAJA
Pepatah Melayu menyebutkan, "Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah."
Syahadan perebutan kuasa raja-raja Melayu; perang saudara Raja Mahadi dan Raja Abdullah di Kelang itu yang melibatkan tentera mereka sehingga menumpahkan darah bolehlah dikaitkan dengan perpecahan Melayu dalam maknanya yang asal.
Melayu di Malaysia amat akrab dengan raja. Mana ada Melayu bergaduh oleh kerana sengketa raja Melayu hari ini? Yang bergaduh kini adalah ahli-ahli politik Melayu yang hina dina adanya.
Mereka ini dahulunya mungkin seorang posmen lulusan SPM. Kepandaian membodek dan mengampu, menaikkan darjat, martabat mereka sebagai orang besar kemudiannya dan teruslah gagah berpidato menebarkan racau pidato yang berpanjangan lamanya sehingga orang Melayu menjadi sasau adanya.
Mereka orang biasa dan bukan raja-raja. Dan oleh sebab itu, drama persilangan mulut celupar yang sering kita lihat di tetuang udara radio dan tv hari ini antara posmen Melayu lulusan SPM yang kemudian diangkat martabat sebagai pemimpin mee segera yang autentik ini bukanlah petanda bahawa Melayu sedang berpecah.
Ini kerana, perpecahan Melayu dilihat terus kepada perkelahian raja-raja Melayu yang mengakar ke bahagian bawahan, menjadikan rakyat Melayu berpuak-puak bagai disebutkan pendeta Melayu; "Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah."
RACAUAN 'PERPECAHAN MELAYU' OLEH PANEL PEMIKIR JASA
Syahadan, baru-baru ini ada sebuah forum yang diberikan judul bolehkah Melayu bersatu. Jawapannya, sudah tentu boleh, kerana Melayu itu asalnya tidak berpecah belah sehinggalah hadirnya para politikus yang memecahbelahkan persatuan antara mereka.
Forum itu sebenarnya tidak lebih daripada suatu helah politik baru. Apabila Lokman Nor Adam menyatakan bahawa hudud di dalam negara ini boleh tertegak dengan lebih sempurna jika ada perpaduan antara Umno dan PAS, kebanyakan kita tahu bahawa kata-kata ini bukanlah sabdaan nabi dan wahyu samawi, sebaliknya tipu daya seorang 'budak' atau hamba sahaya Melayu.
Umno dengan kuasa yang mereka ada sebelum ini, mereka boleh melaksanakan hudud jika mereka mahu. Kenapakah ditunggu perpaduan dengan PAS? Jadi, ucapan Lokman ini sekadar umpan untuk memancing PAS ke dalam Umno.
Buktinya, pada keesokan harinya, akhbar-akhbar mencetak kenyataan itu dan melebarkan lebih banyak wacana mengenainya. Tetapi, yang lebih menarik ialah kenyataan Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang menyatakan dirinya tidak akan masuk mana-mana parti itu.
Ramai orang tahu, bahawa Umno sendiri pun sedar bahawa hakikat sebenarnya bukanlah parti itu yang menjadi lambang perpecahan. Tapi, yang dilihat berpecah itu adalah setelah 'berpecahnya' undi Melayu dan rakyat Malaysia dalam pilihan raya umum sebelum ini. Sekali lagi, Umno pun tahu bukanlah parti yang menjadi punca kenapa mereka katakan Melayu berpecah.
Ini kerana, sejak dahulu ketika PAS gagal meraih sokongan dan undi rakyat banyak memihak Umno-BN, maka hal perpecahan Melayu tidak sangat diungkit dengan kerasnya. Ia baru digemakan apabila kebanyakan undi rakyat telah melimpah tercurah lari ke pihak pembangkang.
Sementara itu keengganan Dr Mohd Asri untuk memasuki mana-mana parti politik itu perlu dinilai dengan lebih bertanggungjawab. Rakyat difahamkan bahawa wujudnya mesyuarat ketika memutuskan kebanjiran tsunami 100 agamawan itu ke dalam Umno.
Dalam jumlah itu, hanya 40 sahaja yang dikirim dahulu sebagai bahan eksperimen. Ternyata, rakyat marah. Maka beliau pun tidak mahu masuk Umno seperti rakan-rakannya itu.
ADAKAH KOLUM DR MAZA DI UTUSAN AKAN DIKEMBALIKAN SEMULA?
Yang kita mahu tahu, bukanlah sikap beliau mahu masuk Umno atau tidak. Tapi, adakah beliau bertanggungjawab ke atas 'exodus', hijrah rakan-rakannya itu ke dalam Umno? Ini kerana, mereka pernah bermesyuarat terlebih dahulu sebelum memutuskan, siapakah dalam kalangan mereka yang mahu diserapkan ke dalam bahtera yang hampir karam itu.
Adakah Dr Asri akan menyeru 40 rakan-rakannya itu agar memiliki pendirian sepertinya untuk tidak berparti? Lalu, beliau akan menyeru mereka agar segera keluar Umno? Atau jika Dr Asri mahu terjun ke dalam Umno, adakah Utusan akan sisipkan semula kolum Minda Mufti yang menyengat Umno itu? Dr Asri berhak meletakkan apa jua syarat untuk dia masuk Umno.
Jika ditakdirkan Utusan setuju mengembalikan ruangan Dr Asri itu sebagai syarat masuk Umno, apakah ada jaminan bahawa beliau akan dibenarkan menulis secara bebas ke atas dasar-dasar Umno atas nama kesarjanaannya kelak?
Maka tajuk forum malam itu sebenarnya tidak tepat kerana Melayu sebenarnya bersatu di peringkat bawahan. Yang berpecah adalah pihak atasannya sahaja. Jadi, tajuk yang sesuai, bukanlah 'Bolehkah Melayu bersatu?'. Tapi, kenapakah Melayu di atasan tidak boleh bersatu atau bagaimanakah mahu menyatukan Melayu di peringkat atasan?
Atau tajuknya, 'Perpaduan Melayu, kalau rakyat sokong Umno, apa mereka dapat?" Bertolak dari situ, bolehlah Dr Asri kemukakan soalan cepu emasnya yang berbunyi, "Apa nama... Kalau saya diminta masuk Umno, kolum saya yang kena tendang hari tu, bolehkah dimasukkan balik dalam Utusan ni?"
Kita tanya sahaja. Jangan marah. Salahkah jika berlagak mengenakan syarat yang mengisyaratkan penolakan seperti syarat Puteri Gunung Ledang yang mahu dipinang oleh Sultan Melaka itu?

No comments:
Post a Comment