Oleh H FANSURI
Apabila Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan mengeluarkan kenyataan bahawa mahasiswa tidak perlu berpolitk secara kepartian, ada banyak ruang yang boleh kita perkatakan mengenainya.
Ada baiknya juga kita merenung asal-usul permulaan ketika pertama kali isu ini dibangkitkan. Pertama kali ia disuarakan setelah wujud pendapat yang mahu benarkan guru-guru berpolitik secara kepartian.
Tiba-tiba sejurus tersiarnya laporan berita itu maka Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah pun mengeluarkan pendapatnya yang berbunyi lebih kurang...
“Jika guru-guru pun boleh dibenarkan berpolitik secara kepartian, kenapa tidak mahasiswa? Mahasiswa pun sepatutnya boleh dibenarkan berpolitik juga.”
Saya sendiri pun tidak tahu, adakah para pemimpin politik lain sedar dan masih ingat akan kewujudan PMN (Parti Mahasiswa Negara)? Apa sudah jadi dengan PMN, saya sendiri tidak mengetahuinya.
Tetapi, setidak-tidaknya kewujudan dan cita-cita menegakkan PMN itu adalah lambang kepada hasrat untuk menjadikan mahasiswa itu layak dan berhak untuk menceburi lapangan politik kepartian juga.
Jadi, itulah asal-usul bagaimana idea mewajarkan mahasiswa berpolitik secara kepartian itu wujud dan setelah timbulnya kenyataan Saifuddin itu, maka Khairy Jamaluddin pula menyokongnya.
Apakah sebab Khairy Jamaluddin menyokong idea Saifuddin itu, tidak juga diketahui. Tapi beliau yang juga lulusan luar negeri dan pernah berkecimpung dengan Kelab Umno di luar negara sangat bersetuju dengan pandangan Saifuddin ini.
Bagaimanapun, pandangan Khairy selaku pemuda Umno dan pendirian Saifuddin ini tidak disenangi oleh Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin sendiri. Beliau yang pernah dilanggar trauma ketika para mahasiswa berdemonstrasi di depan pejabatnya dahulu di Putrajaya tidak mahu idea itu dilaksanakan.
Demonstrasi siswa itu berlaku ekoran pilihan raya kampus tidak adil, apatah lagi siswa itu menyanggah kaedah pengiraan dan pembuangan undi secara 'e-undi' itu dilaksanakan.
Lalu, Khaled pun menyanggah Khairy. Katanya, jangan hanya pandai bercakap di luar sahaja. Bawalah isu ini ke dalam Majlis Tertinggi Umno dan dengar sendiri apa pendirian MT.
“Saya sebagai ahli Umno, akan akur dengan pendirian MT Umno,” kata Khaled Nordin lagi.
Kenyataan Khaled di sini pun sudah bermasalah. Sejak bilakah suara Umno menjadi kata putus untuk urusan-urusan universiti? Sebagai termaklum, hak berkaitan mahasiswa itu tertakluk atas Auku serta persetujuan Naib Canselor. Sejak bila Umno menjadi faktor penentu kepada keputusan di universiti?
Maka, bermulalah suatu lagi babak episod yang menggambarkan zaman kemunduran pemikiran dalam universiti kita pada hari ini. Ia akan menjadi catatan sejarah dan coretan kenangan gelap universiti.
ZAMAN-ZAMAN GELAP UNIVERSITI
Rasanya inilah sebab kenapa Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan pandangan begitu. Apabila Khaled Nordin menyatakan bahawa beliau ingin isu ini dibawa ke majlis tertinggi, maka sebab itulah wujudnya kenyataan Muhyiddin itu.
Iaitu, Khaled meminta isu kewajaran pelajar berpolitik kepartian ini di bawa ke meja rundingan dalam Majlis Tertinggi Umno, lalu hasil keputusan mesyuarat ialah, Muhyiddin menyatakan ia tidak perlu.
Sebenarnya cara berfikir Khaled yang mahu membawa polemik ini ke dalam majlis tertinggi Umno pun sudah silap. Khaled tidak perlu bawa isu ini ke atas dan kepada pimpinan partinya.
Ini isu mahasiswa dan harus dikembalikan kepada mahasiswa untuk mencapai keputusannya. Pungutan suara perlu dilaksanakan segera. Bancian pendapat mahasiswa perlu dibuat sama seperti bancian yang dilakukan ke atas para penduduk sebelum ini.
Tapi, apa mahu dibuat? Hal yang penting seperti ini sudah menjadi kepercayaan bagi semua orang iaitu Umno itulah kata putus, 'wahyu' dan hukum muktamad mengenai kewajaran mahasiswa berpolitik.
Ketika kita semua bersetuju bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) menjadi sandaran dan rujukan kita bersama, maka tiba-tiba kita atau tepatnya Khaled Nordin berkiblatkan kepada keputusan majlis tertinggi Umno untuk menilai semua kewajaran mahasiswa berpolitik secara kepartian itu.
Sudah tentu watak dan perawakan Muhyiddin ketika membuat keputusan menjadi mirip diktator yang tentunya tidak menghiraukan suara khalayak ramai, khasnya dalam kalangan mahasiswa sendiri.
Kini, gara-gara Khaled yang ingin isu ini dibincang ke majlis tertinggi, maka Muhyiddin sendiri keliru dengan keputusan MT Umno yang tiba-tiba menjadi ukuran kepada hal kemahasiswaan dan kampus.
Suatu masa nanti, orang akan bertanya, apakah hak Muhyiddin sehingga sanggup menafikan hak semua siswa untuk berpolitik secara kepartian ini? Adakah Muhyiddin ingin katakan bahawa Umno itu berhak menafikan hak mahasiswa berpolitik secara kepartian itu?
Dan, generasi masa depan akan turut menghina pendapat Khaled kerana tahap fikirannya boleh sampai terfikir supaya isu ini dibincangkan dalam majlis tertinggi Umno, walhal beliau menyatakan pendapat itu dalam keadaan beliau adalah Menteri Pengajian Tinggi!
Sejak bila Umno (khasnya Muhyiddin dan Khaled) tiba-tiba sudah menjadi 'Tuhan' yang menurunkan 'wahyu' untuk membodohkan mahasiswa hari ini?
Sejak bilakah mereka ini dengan tiba-tiba menjadi gergasi yang bangkit menyatakan pendirian sendiri, lalu pendiriannya itu diterima pakai sebagai keputusan muktamad tanpa boleh dicabar sesiapa?
Sejak bilakah Umno menjadi suara hati rakyat? Setepatnya, sejak bilakah suara Muhyiddin dan Khaled itu menjadi lambang kepada suara hati kebanyakan mahasiswa hari ini?

No comments:
Post a Comment