Oleh H FANSURI
Bercakap dalam sebuah majlis keraian tentera, isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor berkata, bahawa beliau berasa faham dengan penderitaan isteri yang ditinggalkan suami yang sedang berjuang di medan perang. Kata-kata beliau itu lebih kurang berikut...
“Saya sangat memahami perasaan seorang isteri yang ditinggalkan suami yang berada di medan perang ini. Dulu ketika saya bersama Dato' Seri Najib, ketika itu beliau masih Menteri Pertahanan, dia pergi ke Rome...” kata beliau baru-baru ini.
Ada juga kisah peribadi beliau bersama suami tersayang. Tiba-tiba terselit juga di celah-celah ceritanya mengenai perjalanan kembara kisahnya atau kisah suaminya yang ada kaitan dengan luar negara itu.
Rosmah mahu cerita apa sebenarnya kepada tentera-tentera itu? Ketika kamera mengalihkan lensanya terhadap tentera-tentera yang dipaksa mendengar bebelan khutbah Rosmah, terlihatlah wajah sengsara tentera-tentera itu yang wajahnya masam mencuka akibat menderita kebosanan.
Sebagai isteri Perdana Menteri atau digelar orang sebagai 'wanita pertama' kononnya, apakah pesanan dan wasiat yang sepatutnya datang daripada seorang isteri kepada bekas Menteri Pertahanan ini?
Tentera-tentera itu tahu sedar dan juga faham bahawa dua buah kapal selam sebagai alat kelengkapan perang itu dibeli dari Perancis hasil bantuan rundingan model Mongolia bernama Altantuya.
Di dalam kepala dan dada mereka bersarang dengan pelbagai sumpah caci cerca yang lama berkeladak di hati mereka. Tetapi, rasa itu tidak berjaya mereka keluarkan.
Tidak dapat dipastikan apakah 'wasiat' Rosmah yang sebenarnya ketika beliau berucap malam itu sebab RTM tidak bertindak menyiarkan kata-kata Rosmah yang dianggap penting.
Yang kita dapat dengar dan tangkap dalam pendengaran kita ialah Rosmah memahami derita yang telah ditanggung oleh para isteri tentera-tentera kita yang kerap ditinggalkan.
Juga, kisahnya atau suaminya yang pergi ke Rome ketika Mohd Najib menjadi Menteri Pertahanan saat itu. Selebihnya, apa? Bingkisan kerohanian dan pesan kejiwaan yang semacam apakah yang disumbat ke dalam telinga dan fikiran tentera kita itu?
Adakah Rosmah berpesan supaya tentera kita bersatu supaya dapat memikirkan usaha untuk bebaskan Palestin dan lain-lain wilayah Muslim yang masih dicengkam penindasan?
Adakah Rosmah berpesan supaya tentera kita meningkatkan amalan sunat selain mengekalkan hal yang wajib, bangun bersolat tahajud agar diberikan kekuatan untuk bebaskan setiap inci daerah yang terjajah sejak sekian lama itu.
Beza Hafsah dengan Rosmah
Sekali peristiwa Umar pernah bertanya anaknya, Hafsah mengenai jumlah lamanya isteri yang sanggup berjauhan dengan suaminya yang dikirim ke medan perang.
Hafsah dengan malu-malu menunjukkan isyarat tangan tiga jari. Umar terus membuat rumusan bahawa seseorang suami itu tidak boleh meninggalkan isterinya lebih daripada tiga hari.
Sebab itu, seorang suami yang dihantar ke medan perang tidak boleh melebihi tiga meninggalkan isteri.
Dalam peristiwa lain, Umar r.a pernah berjalan pada waktu malam untuk memeriksa keadaan rakyatnya lalu beliau terdengar seorang wanita bersyair menanggung rindu dendam ke atas suaminya.
“Kalau bukan kerana rasa maluku kepada Allah nescaya bergoncanglah ranjangku ini...” demikian lebih kurang bunyi isi ratapan wanita itu.
Umar tahu wanita itu mungkin hampir-hampir melakukan zina, lalu beliau terus memeriksa siapa suami bagi wanita berkenaan. Akhirnya, suaminya itu diarahkan pulang seketika menemui isterinya.
Maka isu yang dibangkitkan oleh Rosmah itu, iaitu seorang isteri berasa resah gelisah saat ditinggalkan oleh suaminya itu sudah pun selesai sejak zaman saidina Umar r.a.
Bukanlah isu dan perkara baharu pun yang Rosmah bangkitkan itu. Setidak-tidaknya, sebagai isteri PM beliau mesti menjadi pembantu suaminya. Jika tidak boleh membantu, maka jangan mengganggu.
Membandingkan Rosmah dengan Khaulah Al-Azwar bagaikan langit dengan bumi adanya. Khaulah itu serikandi ulung, dia berjuang membebaskan saudara lelakinya yang ditawan Rome.
Membandingkan Rosmah dengan Siti Zubaidah dalam Hikayat Syair Siti Zubaidah itu jauh panggang dari api. Siti Zubaidah menyamar sebagai lelaki, lalu masuk dalam pasukan angkatan tentera kerana dia mahu membebaskan suaminya, Sultan Darman Syah yang ditawan China.
Khaulah Al-Azwar dan Siti Zubaidah mungkin layak dibuat perbandingan dan didebatkan. Tun Fatimah yang terkenal sebagai serikandi di Alam Melayu pun tidak kalah hebatnya. Dia handal bersilat.
Shafiyyah binti Abdul Mutalib juga seorang serikandi yang berjaya memenggal kepala perisik Yahudi dalam suatu peperangan sehingga Yahudi lainnya lari ketakutan. Bolehkah dibuat perbandingan dengan 'wanita pertama'; Rosmah Mansur?
Raden Adjeng Kartini yang berjuang dengan mata pena di tengah-tengah kancah kemelut masyarakat di Tanah Jawa, memerangi adat khurafat dan budaya kuno umat tak boleh dibandingkan dengan Rosmah.
Di Barat itu ada seorang wanita bangsawan Lady Godiva yang menentang cukai suaminya, seorang raja yang zalim tamak. Dia dicabar suami agar berkuda dalam keadaan telanjang, dan cukai akan mansuh.
Lady Godiva sanggup menaiki kuda dalam keadaan tanpa seurat benang lalu cukai termansuh. Adakah Rosmah sanggup melakukan sebegitu untuk mansuhkan GST? Tidak, Rosmah tidak boleh dibanding.
Pramoedya Ananta Toer (Keluarga Gerilya) menulis kisah seorang wanita yang menyerahkan tubuh dan daranya kepada seorang pegawai penjara kerana mahukan abangnya dibebaskan pada zaman Belanda.
Kalau Mohd Najib ditangkap di Mongolia adakah dia sanggup menyamar menjadi lelaki untuk serang Mongolia atau menyerah maruah jikalau perlu? Wallahu'alam. Salam Ramadhan buat akak Rosmah.

No comments:
Post a Comment