Oleh H FANSURI
Najib Razak dan Rosmah Mansor baru-baru ini berada dalam rangka lawatannya ke Amerika Syarikat bertujuan melebarkan hubungan dagangan antara Asean dan Amerika. Kesempatan itu digunakan untuk menemui presiden di negara republik itu, Barrack Hussein Obama di samping menemui golongan mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di sana.
Ketika ini mahasiswa Malaysia didakwa sebagai kelompok yang belum matang. Lantaran itu, tindakan menghalalkan penyertaan mereka ke dalam mana-mana parti sedang disemak semula.
Halalnya penyertaan mahasiswa ini hanya berlaku di luar negara sahaja, manakala hajat pelajar dalam negara yang mahu terlibat dalam politik kepartian tidak diendahkan, dibuat seolah-olah terlupa dan akhirnya dilupakan semoga dengan itu orang ramai pun akan ikut melupakannya.
Menyentuh hal kelupaan ini, maka rasanya Najib Razak pun sudah terlupa peristiwa paderi Jones yang berura-ura mahu membakar Al-Qur'an bersempena mengenang peristiwa 911 itu. Sehingga ke hari ini, dunia menuding jari ke atas orang Islam sebagai kaum pengganas.
Ya, walaupun Najib Razak pernah membantah tindakan membakar Al-Quran itu, tapi masih ada penganut Kristian ekstrim yang mahu membakar kitab suci pegangan muslimin itu.
Kepada yang terlupa, nama mereka ialah Bob Old dan Danny Allen yang membakar Al-Quran apabila Paderi Jones membatalkan niat setelah wujud bantahan beberapa hari sebelum 11 September lalu.
Ketika ini, umat Islam baru selesai berpuasa Ramadhan kerana menghormati bulan itu sebagai bulan Al-Qur'an. Selepas Ramadhan ini, tiba-tiba Old dan Danny tergamak membakar Al-Quran yang baru kita tadaruskan sebulan lalu.
Kita tertanya-tanya, apakah Najib Razak bertanyakan pendirian Amerika dan Obama atau muslimin Amerika mengenai insiden itu?
Apa tindakan Muslimin?
Pertamanya, kita tidak perlu membakar Bible, kerana baik Old dan Allen itu, kedua-dua mereka bukannya 'guru' kita yang mana sikap buruk mereka itu tidak perlu kita teladani.
Kita mungkin tidak perlu angkat senjata hanya kerana hal ini. Entah hukuman apa yang setimpal terhadap mereka? Tetapi, yang pasti, sesuatu tindakan perlu diambil. Hukuman perlu dijatuhkan ke atas individu terbabit.
Kita tidak angkat senjata ini bukan kerana kita takut. Tapi kita terfikir apakah angkat senjata ini adil ke atas pembakar Al-Qur'an itu?
Lagi pula, angkat senjata ini sepatutnya berlaku sejak Israel menodai wilayah kehormatan dan mencerobohi daerah kedaulatan Palestin pada 1948.
Ke atas tindakan membakar Al-Qur'an ini, mungkin kita tidak perlu angkat senjata bagi memerangi semua, kerana hanya dua orang saja yang bersalah menghina Al-Qur'an; Bob Old dan Danny Allen.
Kalau kita susun demonstrasi dan mengutip tandatangan sebagai langkah bantahan, hal itu boleh dilaksanakan termasuk tindakan menulis surat ke atas pimpinan negara. Isu membuang masa tidak timbul walaupun dikatakan tidak berkesan.
Yang penting ialah bantahan itu terhitung sebagai sesuatu yang dinilai Tuhan juga akhirnya. Kita tidak ditanya tentang apakah kita sudah kalah dalam pertempuran atau telah menang dalam pertarungan ini.
Kita tidak disoal apakah berkesan atau tidak tindakan kita itu. Kita akan disoal mengenai apakah amalan kita buat selama ini.
Barat akan terus menghina Islam seperti mana nenek moyang mereka pernah hina ajaran kita. Tapi, akan selalu ada pilihan buat kita dalam upaya membetulkan keadaan.
Tuhan pernah selamatkan maruah moyang kita; Adam a.s daripada hinaan Iblis yang mencela kewujudan Adam dari tanah, lalu Iblis dilaknat, sekali gus dikeluarkan daripada syurga dan rahmat-Nya.
Dalam hal ini, kita tertanya-tanya-dari gereja manakah Old dan Allen itu berasal? Kita berhak bertanya apa sikap gereja Old dan Allen ke atas sikap ahli gereja ini.
Apakah gereja mahu bertindak ke atas kedua-dua mereka? Mereka perlu dihukum sebagai pengajaran buat semua.
Muslimin kita terhukum kerana bakar gereja Malaysia
Muslimin pernah bakar dan meletupkan gereja dengan bom molotov (bukan bom C4) di Malaysia gara-gara sikap segelintir penganut Kristian yang mengguna nama Allah dalam salah satu penerbitan berkala mereka.
Lalu, hal itu berakhir dengan peristiwa lain iaitu negara kita menghukum Muslimin yang membakar gereja yang diakibbatkan oleh penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian itu.
Jadi, dalam kejadian bakar Al-Qur'an di Amerika, kenapakah ketika dua penganut Kristian yang sah, jelas serta terang-terangan membakar Al-Qur'an dengan disaksikan penduduk dunia hari ini, maka Muslimin kita termasuk negara kita tergamak berputih mata?
Salahkah kita menyemak pendirian gereja? Apakah salah untuk mendesak gereja dan gerejawan menghukum 'anak qaryah' gereja itu?
Kita tertanya-tanya juga kalau di akhirat nanti kita ditanya, apa yang dibuat apabila melihat kalam Tuhan dihina sedang Allah s.w.t mengangkat kita ke darjat mulia dengan Islam dan Dia memuliakan kita ketika Iblis menghina Adam yang dikatakan dicipta dari tanah yang hina itu? Kita tanya sahaja, jangan marah.

No comments:
Post a Comment