Oleh H FANSURI
Bagaikan bahtera agung dan kapal agam yang tersergam, Ramadhan belayar lambat-lambat meninggalkan pelabuhannya dari hati kita dan kalau kita melihat hal ini daripada kaca mata rohani, ini bermaksud kita juga sedang bergerak menghampiri ajal kita.
Yang paling penting dalam hal ini adalah amalan dan kefahaman yang kita timba daripada madrasah Ramadhan. Apakah kita faham bahawa yang terpenting dalam hidup adalah amalan? Ini kerana, amalanlah bekalan yang akan ditimbang sukat pada hari akhirat?
Sabda rasul, "Jika kiamat tiba, dan di tanganmu ada benih pokok, maka tanamlah benih itu..." Inilah isyarat buat kita, bahawa bahagian yang terpenting dalam hidup ini ialah soal mengambil peduli perihal amalan-amalan.
Apakah kita masih memahami bahawa meraikan Aidil Fitri itu kerana berjaya menumpaskan nafsu dan memerangi syahwat? Atau, kita memahami bahawa meraikan perayaan itu kerana mengingatkan turunnya Al-Quran di bulan Ramadhan, dan sebab itulah diperintahkan kita berpuasa di bulan ini?
Perhatikan kejernihan amalan agar jangan sampai dikeruhkan oleh riak riyak dan dicemari oleh gelombang badai ujub dan sum'ah. Kalau ada, maka hendaklah bertaubat dan memohon semoga Allah memadamkan perasaan itu.
Perhatikan, adakah fikiran kita berkembang maju dalam memahami Al-Quran; kitab panduan yang sarat berisi petunjuk dan pedoman itu. Siasat juga apakah kebudayaan kita sudah makin pulih atau semakin jauh menyimpang dari landasan Al-Quran?
AIDIL FITRI ALA SANTA CLAUS
Baru-baru ini, masyarakat digemparkan dengan iklan hari raya 1Malaysia. Ia menayangkan beca yang boleh naik ke langit, persis Santa Claus. Ekoran bantahan itu, TV3 akhirnya menarik balik dan meminta maaf kepada masyarakat.
Amat baik jika sikap segera meminta maaf ini dicontohi pemimpin kita. Sangat jarang penguasa yang meminta maaf jika melakukan kesilapan. Ternyata, masih ada harapan untuk kita menyeru umat ke arah yang lebih baik. Kesedaran rakyat masih wujud dan rasa bertanggungjawab itu ternyata masih terapung di jiwa.
Apa yang berlaku di hujung Ramadhan ini, khasnya merujuk kepada penyiaran itu adalah - betapa Kebudayaan Barat masih jua kuat mencengkam masyarakat kita termasuk penggerak rangkaian televisyen dan pengamal media di negara ini.
APAKAH KEBUDAYAAN TIMUR?
Kebudayaan Barat sebagai yang disebutkan oleh Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas, adalah sejenis kebudayaan campuran yang tertuang di dalamnya fahaman kaum Celtic dan Nordic dan Germanic termasuk jalinan tradisi faham dan nilai Judeo-Kristian.
Maka, demikianlah caranya kesan dan pengaruh Kristian terserap dan menyerap secara halus ke dalam kebudayaan kita. Kita harus membangunkan tafsiran mengenai Kebudayaan Timur (Kebudayaan Asia) bertujuan melawan Kebudayaan Barat (Kebudayaan Eropah).
Sekianlah pesan daripada catatan terakhir di bulan Ramadhan yang termuat di ruangan ini - iaitu, seruan agar kita semua dapat bersama dalam upaya membangunkan rumusan terbaharu berhubung tafsiran Kebudayaan Timur (Kebudayaan Asia) itu. Wallahu'alam...

No comments:
Post a Comment