Oleh H FANSURI
Ketika ini, akhbar arus perdana melaporkan bahawa empat mahasiswa UKM akan dikenakan tindakan tatatertib setelah Mahkamah Tinggi membuat keputusan menolak permohonan 'injunksi perinford'.
Yang saya faham mengenai injunksi perinford itu adalah, 'status quo' atau keadaan sedia ada dikekalkan sehingga rayuan mereka didengar di Mahkamah Rayuan. Semua ini mereka lakukan dengan tujuan bagi menghalang universiti berkenaan menjatuhkan hukuman ke atas mereka.
Kes yang dikenali sebagai UKM4 ini melibatkan Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Azlin Shafina Mohamad Adzha dan Muhammad Ismail Aminuddin. Keempat-empat mereka didakwa terlibat di dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.
Biarpun tinggal 10 tahun lagi menjelang Wawasan 2020, namun dengan perkembangan yang terjadi ini sudah pun jelas menunjukkan sejauhmana tahap kesediaan bangsa ini dalam menempuh cabaran yang mendatang. Melihatkan kes belakangan ini, wawasan itu hanya mengundang sawan histeria buat kita.
UKM4 bukan perkara baharu. Semangat universiti dalam menghukum ke atas UKM4 itu adalah suatu bentuk lanjutan kekejaman dan kezaliman daripada kes Soh Sook Hwa di USM pada 2004. Saya kerap membuat perbandingan UKM dengan Soh kerana wujud beberapa persamaan antara kes mereka ini.
Apakah yang sama antara mereka? Mungkin ada banyak persamaan dan mungkin ada beberapa perkara yang berbeza juga. Namun, dalam ruangan kali ini, kita akan menyentuh aspek dendam peribadi.
KES-KES TERDAHULU
Sebelum ini, sudah berlaku kes penangkapan ke atas Fuad Ikhwan, Presiden MPP Universiti Malaya di bawah ISA atas tuduhan membakar Dewan Tunku Canselor (DTC).
Demikian juga hal pemecatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dasuki Abdul Wahab pada tahun 2002.
Dasuki dipecat serta merta setelah diberi amaran keras termasuk didenda RM100 oleh pihak universiti. Kesalahan Dasuki hanya kerana beliau telah mengeluarkan kenyataan berunsurkan politik di Harakah Daily. Sebetulnya, kes Dasuki mirip hukuman ke atas Presiden Gamis Kamarulzaman yang tidak heboh di akhbar. Ini kerana, TNC HEP USM ketika itu masih memberi ruang kemaafan.
Kamarulzaman bersama Presiden MPP USM ketika itu mengeluarkan kenyataan bersama di media arus perdana, bukan di akhbar pro pembangkang seperti Dasuki. Dan mungkin kerana itulah Kamarulzaman tidak dikenakan hukuman, sebaliknya cuma amaran awal sahaja. Maka kes Kamarulzaman tidak heboh.
Rata-rata pihak universiti sangat sensitif dengan kenyataan pemimpin mahasiswa yang tersiar di akhbar pembangkang, tetapi mereka bersikap positif jika kenyataan itu tersiar di akhbar kerajaan.
Itu belum lagi kita sentuh persoalan ISA7 – Rafzan Ramli, Helman Sanuddin, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, Khairul Amal Mahmud, Nik Norrhafizi Nik Ibrahim, Ahmad Kamal Abdul Hamid dan Zulkefle Idris. Kesemua mereka ini juga adalah mangsa dendam universiti.
Dendam pentadbir universiti itu berkembang bukan hanya di dahan politik kepartian, malah ia menjalar sehingga ke ranting dan cabang akademik. Woon King Chai, salah seorang pelajar UKM4 adalah antara mereka yang terpaksa menanggung bebanan ini.
Pengiktirafan sijil dekan yang sepatutnya beliau dapati akhirnya tertolak oleh sebab keterlibatan dalam kempen politik ini.
DITAHAN MENDAPATKAN ANUGERAH DEKAN
Wong, pelajar tahun ketiga sains politik, berkata namanya sudah disenaraihitamkan untuk mendapatkan hak itu yang sepatutnya disampaikan dalam majlis anjuran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Beliau menerima panggilan telefon yang memaklumkan bahawa beliau tidak boleh hadir majlis hari ini untuk menerima anugerah dekan itu.
Wong kemudiannya mengesahkan dengan pihak atasan. Ternyata, mereka juga mengesahkan bahawa namanya telah terkeluar daripada senarai penerima sijil dekan itu.
“... kini status saya ialah ‘KIV’,” katanya yang termasuk dalam senarai 40 pelajar yang dikatakan layak menerima anugerah dekan hari ini. Anugerah itu diberi kepada para penuntut yang mendapat CGPA 3.6 ke atas dalam keputusan peperiksaan.
Tambah Wong dalam suatu kenyataan kepada sebuah laman portal berita, universiti sepatutnya berjaya memisahkan antara isu akademik dan kes mahkamah.
“Malangnya mereka tidak berbuat demikian,” kata Wong yang juga Pengerusi Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategik di universiti berkenaan.
UKM4 PERLUKAN DANA
Mungkin, yang menyebabkan sesetengah pihak enggan meneruskan perjuangan mendapatkan keadilan itu ialah kerana jumlah perbelanjaan di mahkamah, menelan kos yang besar. Apatah lagi dalam konteks mereka sebagai pelajar universiti.
Namun, pada 7 Oktober lalu, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili semua pelajar itu, memohon supaya mahkamah tidak menetapkan sebarang kos memandangkan pemohon terdiri daripada golongan yang masih menuntut. Sejauhmana permohonan itu diluluskan, tidak diketahui.
Bagaimanapun, khabarnya setakat ini sudah ada usaha mengutip derma daripada orang-ramai bertujuan membantu meringankan bebanan siswa itu. Dan hal ini (memungut wang) tentu sahaja menyalahi Auku dan kita yakin UKM4 sudah berniat melawan sejak mula, lalu tidak timbul sebarang keresahan itu.
Inilah malang yang menimpa universiti kita hari ini. Dalam keadaan Ibrahim Abu Shah menghebahkan bahawa pelajar kita boleh anggotai politik kepartian kerana belum matang, kita mahu bertanya...
“Adakah sikap universiti menafikan anugerah dekan diberikan kepada seorang mahasiswa yang berhak mendapatkan sijil itu, boleh dianggap sebagai tindakan matang?”
Dan, mungkin inilah juga kesan dendam pentadbir universiti terhadap Soh Sook Hwa itu. Hal yang sama dilakukan ke atas Wong dan UKM4 sekarang ini. Dendam dan permusuhan politik sungguh ketara apabila nilai-nilai akademik diketepikan. Semoga UKM tidak akan meraih namanya di peringkat antarabangsa akibat kekejaman dan kezaliman ini.

No comments:
Post a Comment