Oleh H FANSURI
Apakah gerakan kecendekiaan, kependetaan dan gerakan orang-orang budiman atau gerakan intelektual pernah wujud sebelum Islam hadir tiba di rantau Nusantara ini? Mungkin ada yang menolak sekali gus berasa ragu-ragu berhubung kehadiran failasuf Melayu.
Apabila ditinjau semula siapakah cerdik pandai, pendeta ini, maka kita lihat dahulu makna 'pustaka'. Kalau diterjemahkan ke bahasa Inggeris, ertinya 'library'. Jika diterjemah kepada Arab, mungkin pustaka itu adalah kutub khanah.
Dalam karya sastera klasik Hikayat Hang Tuah (HHT) memang ada beberapa tempat yang menunjukkan sikap keperibadian Hang Tuah yang asyik dengan kegiatan kepustakaannya ketika akan memulakan peperangan dan pergaduhan dengan musuh seterunya.
Diriwayatkan, bahawa Hang Tuah akan masuk ke pustakanya guna menilik perihal menang - kalahnya dalam medan pertempuran itu.
Diriwayatkan juga bahawa Hang Tuah menguasai banyak bahasa; bahasa Benggali, bahasa Siam, bahasa orang Kalingga dan lain-lain bahasa lagi. Ini membuktikan bahawa hulubalang itu tidak hanya alim, malah beliau maju fikiran berpengetahuan tinggi.
Pustaka adalah tempat simpanan buku, himpunan risalah, nota dan catatan ilmiah akliyyah, gedung ilmu dan gudang pengetahuan.
Maka dengan sebab wujudnya istilah khas Melayu dalam hal kepustakaan ini, jadi bolehlah kita simpulkan bahawa sejak awal lagi di rantau ini, sebelum kehadiran Islam, sudah pun wujud gerakan intelektual dan gerakan kependetaan, atau kecendekiaan.
Setengah pihak mungkin melihat gerakan intelektual itu beraksi di kedai-kedai minum ala Barat seperti Dome, Starbucks. Maka, jika tersilau dan terkabur dengan sudut itu, mungkin kita tersalah anggap bahawa gerakan intelektual itu tiada di Nusantara.
Sementara itu, Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) mendefinisikan 'pustaka' sebagai kitab, buku, buku primbon. 'Pusta' pula adalah naskhah tulisan tangan, buku dan 'pustaha' sebagai kitab-kitab kuno Batak. Maksudnya, orang Batak yang dilihat tidak bertamadun itu pun sebenarnya ada kepustakaan mereka sendiri.
Perpustakaan juga, menurut KKBI, ditakrifkan sebagai tempat, gedung, ruang yang disediakan untuk pemeliharaan dan penggunaan koleksi buku dan sebagainya. Juga, perpustakaan itu tempat himpunan buku, majalah dan bahan kepustakaan lainnya yang disimpan untuk dibaca, dipelajari, dibicarakan.
JIWA, RUH 'KEPUSTAKAAN' ITU ADALAH 'KESUSASTERAAN' ITU SENDIRI
Namun, 'kepustakaan' dalam KBBI terus merumuskan makna pengertian sebagai berikut: "buku-buku kesusasteraan; kesusasteraan."
Ertinya, pustaka dan kepustakaan itu tidak hanya terus merujuk buku, malah terus menghubungkaitkannya dengan bidang sastera sebagai suatu cabang ilmu dan ranting pengetahuan terunggul bangsa Melayu.
Barangkali, sebab itulah kawasan rantau Nusantara ini penuh tepu dengan sajak-sajak pantun, bidalan kata yang memuatkan jalur fikiran Melayu yang bijaksana.
PENGERTIAN ASTAKA
Istilah yang seiras sebutan bagi pustaka adalah 'astaka'. Makna 'astaka' ialah, pentas khas yang dibina untuk sesuatu tujuan, terutamanya untuk acara tilawah al-Qur'an (Kamus Dewan).
Selain itu, menurut Kamus Dewan, 'Balai Astaka' ditandakan sebagai 'sl' (sastera lama) dan 'astaka' itu yang merujuk kepada - sejenis balai dalam istana (tidak berdinding dan digunakan untuk upacara dan sebagainya):
Contoh ayat:- "Raja pun berangkat berangkat naik ke atas gajah dan diarak terus ke astaka."
Ada juga kita dengar kisah bahawa di Masjid Zahir berhampiran istana dahulu pernah menjadi tempat mendebatkan isu melibatkan hukum-hakam agama. Adakah astaka menjadi tempat perdebatan tempat melabuhkan fikiran, melaga pendapat dan merumuskan beberapa pendirian baharu sebagai tiang hukum dasar negara juga?
Seperti Kamus Dewan, KBBI juga mentakrifkan 'astaka' sebagai nama balai di istana (tidak berdinding, tempat upacara dan sebagainya) tempat raja dihadap rakyatnya, balairung.
GERAKAN KEPENDETAAN (INTELEKTUAL) MELAYU
Ketika ini, filem Eat, Pray and Love (diangkat daripada tavelog Elizabeth Gilbert) sedang ditayangkan di pawagam. Kebanyakan 'Insan Barat' yang sedang berjuang mencari mengikuti latihan kerohanian Hindu.
Pelatih muda yang sedang mengikuti latihan meditasi Yoga akan ditempatkan di ashram, ashrama atau pun dikenali sebagai asrama yang kita rujuk sebagai asrama sekolah berasrama penuh hari ini.
Setelah kehadiran Islam, maka perlahan-lahan kalimat itu pun bertukar kembang kepada madrasah dan pondok. Di Tanah Jawa pula, oleh kehadiran Wali Songo, istilahnya bertukar kembang menjadi pondok pesantren di mana murid pesantren yang mengikuti kelas pengajian agama itu pula dinamakan santri.
Begitu uniknya perkembangan kependetaan, kerohanian dan kesaktian di Alam Melayu Nusantara itu. Ada sebabnya kenapa setengah pihak menolak Hindu Buddha dalam perbincangan semasa. Ini mungkin terkait dengan kekeliruan antara agama dan bangsa. Misalnya Hindu kerap dikait dengan bangsa India manakala Buddha dikaitkan dengan bangsa Cina.
Sebenarnya, ada beza antara Melayu Hindu di Nusantara dengan India Hindu di India. Demikian juga Melayu Buddha di Sriwijaya dengan Cina Buddha di China. Tapi, oleh sebab ruang terhad, maka eloklah ia dibahas di ruang lain. Untuk memudahkan renungan, ada baiknya ditinjau perbezaan antara Melayu Hindu di Bali dengan India Hindu di India.
SECEBIS KISAH EAT, PRAY & LOVE (EPL)
Perbezaan inilah yang mungkin boleh dilihat dalam novel Insan Barat Elizabeth Gilbert. Selain itu, betapa riuhnya Alam Melayu dengan gerakan kependetaan, keagamaan boleh ditinjau melalui kewujudan istilah 'ashram' seperti yang kita sebut tadi. Apakah ashram?
Sebentar tadi, kita menebak kemungkinan ia adalah 'asrama', iaitu 'rumah tempat tinggal pertapa, biara'. Manakala biara pula bererti, tempat pertapa tinggal sebagai suatu komuniti (perkumpulan masyarakat) atas ikrar keagamaan.' (Kamus Dewan)
Sebenarnya kekuatan jalan cerita novel ini tergantung kepada nilai ajaran falsafah dan kepercayaan termasuk hal-hal keagamaan yang mendorong ramai manusia mengikuti kisahnya.
Sehingga Ogos 2010, ia tersenarai sebagai New York Times Best Seller dalam tempoh 187 minggu. Novel EPL ini mengundang banyak ulasan daripada pembacanya berdasarkan laporan Metacritic.
Novel Gilbert memuatkan 108 catatan anekdot yang sebenarnya sengaja disusun mengikut falsafah keagamaaan Hindu ketika beliau mendulang kepercayaan dan menimba pelajaran agama di ashram di India.
Membaca novel ini menurut jiwa cemburu seorang muslim sejati, sepatutnya kita berasa cemburu kerana Alam Melayu Nusantara ini dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w sebagai lembah tempat suburnya keagamaan Islam. Memang ada hadis sahih menyebutkan hal itu.
Nampaknya, gerakan kependetaan Melayu Muslim ada tugasan yang lebih berat yang wajib mereka pikul untuk menjadikan Nusantara dapat bingkas bangun sebagai pusat penyebaran ajaran kerohanian Islam kepada non-muslim. Ini yang lebih awla dan afdal selain menggalas amanah politik di Galas!

No comments:
Post a Comment