Oleh H FANSURI
Luka akibat kejatuhan amat pedih terasa azabnya. Minggu lalu, ketika bersolat Jumaat di sebuah masjid di Petaling Jaya, rakan saya terserempak kelibat Musa Hassan yang berkain pelekat seperti orang biasa.
Mungkin, tiada sesiapa pun yang mengendahkannya. Rakan saya memandang Musa dari jauh. Apabila solat Jumaat mulai tamat, Musa tiba-tiba digerakkan Allah untuk bangun lalu bersalaman dengan rakan yang masih duduk.
“Sepatutnya kita kena berdiri sebab kita muda, dan dia sudah tua,” kata rakan saya itu. “Tapi, entahlah kenapa saya tidak bangun ketika bersalaman dengan Musa Hassan itu.”
Musa kelihatan bersolat Jumaat di sebuah masjid di Petaling Jaya baru-baru dengan berpelekat sebagai orang biasa tanpa sebarang keistimewaan dan pengawal keselamatan, tambah rakan saya.
“Ketika itu baru saya sedar bagaimana Allah dah ubah balik orang ternama sebagai orang biasa dan kita pula dihampiri untuk bersalaman dengan kita,” tambahnya yang masih belum hilang gamam dan belum kebah daripada rasa terkejutnya ketika menceritakan hal Musa bangkit berjabat tangan dengannya yang sedang duduk bersila itu.
Memang benar. Disebut dalam Al-Quran, Allah boleh menukar kedudukan kita dengan cara menaikkan orang-orang tertentu dan menurunkan darjat kekuasaan sesiapa sahaja yang disukainya. Itu amat mudah bagi-Nya. Allah Maha Besar!
Musa pula, sejak berakhir perkhidmatannya mula meledakkan perasaannya dengan amalan KDN yang mengongkong beliau selama ini.
Terbaru, kata Musa, ada pihak ketiga yang campur tangan dalam PDRM. Dan, Hishammuddin Hussein mungkin terkejut dengan kenyataan itu dan mungkin diburu rasa bersalah, jadi beliau enggan bertindak ke atas dakwaan Musa itu.
Kenyataan Hishammuddin dibuat sebagai menjawab soalan bertulis oleh Lim Guan Eng dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.
Air tenang jangan disangka tiada buaya. Semua itu mengesahkan bahawa sememangnya paparan cerita yang ditulis jemaah pasukan bloggers itu ada kebenarannya. Ya, mungkin antara Musa - Hishammuddin ada keretakan sebenarnya. Sandiwara lakonan itu terbongkar ketika berakhir khidmatnya sebagai KPN.
Musa juga melepaskan rasa kecewa, geram dan amarahnya ketika menjelaskan bahawa ada pegawainya yang bertindak tidak selari dengan arahannya sebagai KPN.
Bagaimanapun, Ketua Setiausaha KDN, Mahmood Adam apabila mengulas Musa itu berkata, mungkin ada syor PDRM tidak dipertimbangkan sepenuhnya dan hal itu menggambarkan seolah-olah wujudnya campur tangan itu.
Sesiapa pun boleh mendakwa apa sahaja dalam hal ini. Tapi, siasatan perlu dirincikan mengenai isu-isu yang dikatakan KDN kerap mengganggu PDRM itu. Rakyat berhak mengetahuinya. Demikian kaedah Allah menurunkan darjat Musa. Bagaimana pula dengan cara Tuhan menurunkan kekuasaan yang lain?
Ibrahim Ali, Tengku Fakhry dilucutkan gelaran
Baru-baru ini tersiar berita bahawa Sultan Kelantan yang baharu telah melucutkan gelar 'Temenggong' daripada Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Menurut laporan akhbar, baginda menarik semula darjah kebesaran termasuk Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka daripada Presiden Perkasa, Ibrahim Ali.
Apabila ditinjau semula mengenai salah laku kedua-dua mereka ini, kita fikir inilah masanya untuk kita sama-sama menginsafi dan merenungkan semula kebesaran Allah s.w.t.
Sehebat-hebat Fir'aun dan Namrud, akhirnya mati tenggelam dan dibunuh nyamuk kecil dan semua itu amat mudah bagi Allah s.w.t untuk menurunkan darjat Ibrahim Ali, Musa Hassan serta Tengku Fakhry. Dosa-dosa mereka ini kita masing-masing tahu.
Rosmah terserbam ke tanah
Tiada sempurna cerita ini kalau tidak dikembarkan cerita Persidangan Wanita Pertama anjuran Rosmah yang ingin mendaki puncak kemasyhuran sebagai wanita pertama di dunia.
Puas sudah Rosmah melobi ke sana ke mari, namun dalam suatu senarai wanita ternama, nama Rosmah tiada masuk senarai nama 100 wanita ternama di dunia.
Michelle Obama (isteri Barrack Obama, Amerika) dan Carla Bruni (isteri Nicholas Sarkozy, Perancis) memang tersenarai sebagai wanita pertama, tetapi tidak tersenarai pula nama Rosmah.
Sebelum ini Rosmah dikatakan pernah melontarkan cadangan dan syor kepada Michelle Obama supaya busana muslimah diperkenalkan ke Amerika. Entah Michelle berminat atau pun tidak, tidak diketahui.
Sebenarnya adalah terlebih afdal Rosmah melobi Carla Bruni (isteri Nicholas Sarkozy), wanita pertama Perancis keturunan Italy itu dalam rangka upaya menyelamatkan Kenza Drider yang berdepan tindakan mahkamah Perancis gara-gara sikap Drider yang tidak mahu menanggalkan niqab dan burqa.
Ya, hanya 15 wanita pertama, enam wakil wanita pertama dan 20 orang menteri hadir pada sidang yang dianjurkan Rosmah itu. Cuma 41 orang perwakilan sahaja. Ia menyedihkan. Rosmah patut insaf sedar ke atas kekurangan dirinya lalu berusaha keras memperbaiki mutu akhlaknya sebagai muslimah.
Kenapa wanita pertama tidak ikut acara anjuran Rosmah? Ya, seperti Musa Hassan, Tengku Fakhry dan Ibrahim Ali yang dijatuhkan Allah s.w.t, maka seperti itulah Tuhan menggerakkan hati wanita pertama lain agar tidak mengikuti acara Rosmah yang sia-sia itu. Allah Maha Besar!

No comments:
Post a Comment