Oleh H FANSURI
Rasanya, rakyat masih belum lupa dapat melupakan bagaimana Dr Mahathir membantah keras tentang kaedah bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengendalikan akhbar di negara ini. Sehingga katanya, rakyat biasa sepertinya (Dr Mahathir) tidak mampu bersuara menyatakan kebenaran.
Dalam suatu kenyataan terbaru, Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu berhati-hati kerana ada orang lain yang mengawal media demi kepentingan mereka (media) dan bukan untuk kepentingan negara ini.
"Kerajaan boleh ditukar tetapi kita tidak boleh mengadakan pilihan raya bagi mana-mana pegawai yang mengendalikan media. Siapa yang memilih pemilik surat khabar, penyunting, editor dan wartawan? Adakah kita mengadakan pilihan raya untuk para editor?" kata beliau dalam kenyataan terbaru.
Oleh itu, tambahnya, kerajaan perlu mendedahkan penyalahgunaan media secara terang-terangan oleh mereka yang mempunyai agendanya yang tersendiri.
"Ada seseorang yang mengawal media, ia tidak mungkin kerajaan tetapi apabila kamu mempunyai kerajaan yang mengawal media, sekurang-kurangnya kerajaan dalam sebuah negara demokrasi, (media itu) akan dikendalikan oleh mereka yang dipilih rakyat," katanya lagi.
HELAH LAMA
Helah lama Dr Mahathir ini sebenarnya sudah lama kedengaran sejak beliau mentadbir negara ini. Dan, hujah inilah yang menjadi alasan terbesar mengenai keperluan kerajaan mengawal akhbar.
Katanya, antara akhbar dan kerajaan, masyarakat telah memilih kerajaan melalui jalan demokrasi. Dan, akhbar bukan kelompok yang dipilih rakyat.
Bagaimana mahu menjawab helah Dr Mahathir ini? Sama ada ia helah, atau pun beliau tidak sedar diri ketika membangkitkan hal-hal semacam ini.
Kita katakan ia helah kerana, pertamanya, Dr Mahathir pun sedar bahawa dia tidak betul ketika berkata begitu, tetapi dengan sengaja beliau mencipta alasan untuk memugar nurani khalayak supaya memihak kepada keputusan kerajaan dalam hal mengawal akhbar di negara ini.
Kedua, kita katakan Dr Mahathir tidak sedarkan diri sebab berkemungkinan beliau tidak sedar atau pun lupa bahawa akhbar bukanlah sejenis 'kuasa' (estate) yang boleh diberikan mandat mentadbir negara. Ia hanya digelar sebagai 'the fourth estate', atau kuasa keempat.
Jadi, kesimpulan awal di sini – Dr Mahathir berkata begini hanya kerana dua sebab. Pertama, sama ada beliau berhelah (iaitu beliau tahu dan insaf sedar bahawa dia bersalah, tetapi tetap juga dia mahu lontar pandangan yang silap itu bertujuan mengelabui pandangan khalayak, demi kepentingan kuasanya.)
Keduanya, kemungkinan Dr Mahathir tersalah faham, terkeliru, tersasar erti demokrasi, tersesat dalam pencarian makna kebebasan bersuara. Jika beliau menipu atau berhelah, maka itu boleh ditangani. Tapi, jika sebaliknya, maka berkewajipanlah kita menjawab semula pandangan beliau yang tersasar sesat itu.
Apatah lagi, pada akhir zaman ini, ramai agamawan dan cendekiawan yang hilang nyawa satu per satu. Lalu, baki yang tertinggal adalah pemimpin jahil agama, falsafah seperti Dr Mahathir. Maka, saat orang bertanya mengenai kebebasan akhbar, maka dia menjawab dengan nada kesesatan.
Sabda nabi, 'Fa dhaolluu wa adholluu...' (maka, dia [Dr Mahathir sesat] lalu menyesatkan yang lain.)
AKHBAR BUKAN PEMERINTAH
Saya selalu melihat hubungan negara - akhbar, pemimpin - media ini dari sudut pandang Al-Quran. Jika diteliti halus-halus, wujudnya hubungan istimewa antara Sulaiman (negara, penguasa) dengan Hud Hud (wartawan, akhbar, editor). Ertinya, hal ini sudah lama dikupas ulas oleh Al-Qur'an itu sendiri.
"Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya." (An-Naml: 22)
Daripada nas ini pun kita sudah dapat membuat penilaian bahawa wartawan itu bukan penguasa yang diangkat menjadi raja atau pembesar yang dipilih oleh rakyatnya melalui amalan sistem demokrasi.
Mereka ini dikurniakan bakat mengarang oleh Tuhan dan kewajipan mereka adalah menghebah kepada rakyat atau negara, pemimpin dan penguasa mengenai apa-apa yang terjadi di daerah rautau sekitarnya.
DEMOKRASI TERPECAH DUA MAKNA
Ketika membicara makna demokrasi, Dr Mahathir jangan terkeliru sebaliknya beliau harus berasa insaf sedar bahawa demokrasi itu terpecah kepada dua jalur kedudukan.
Pertama, kebebasan memilih dan melantik pemimpin berasaskan amalan sistem pilihan raya. Keduanya demokrasi itu bererti 'kebebasan bersuara'.
Jadi, mengikut kedudukan demokrasi paras pertama, pemimpin yang dilantik itu mesti dalam kalangan rakyat. Ini berlaku di peringkat parlimen (perundangan, legislatif) dan dewan undangan negeri.
Tetapi rakyat juga tidak diberi hak peluang bagi melantik menteri di peringkat eksekutif (kerajaan) dan mahkamah. Siapa yang melantik menteri kalau bukan Perdana Menteri? Siapa yang melantik hakim dan tentu sahaja ini semua daripada khidmat nasihat Perdana Menteri.
Kalau betul Dr Mahathir mahu pilihan raya untuk melantik editor (padahal ini semua tidak perlu), kita mahu tanya, adakah boleh dibuat pilihan raya untuk memilij hakim mahkamah dan menteri eksekutif?
Apakah kita boleh membuat pilihan raya untuk melantik Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor untuk badan berkanun seperti universiti yang sememangnya jelas memiliki autunominya sendiri? Maka bagaimana pendapat Tun Dr Mahathir dalam hal ini?

No comments:
Post a Comment