Oleh H FANSURI
Setakat yang saya dengar, sudah berlaku dua kali kutipan wang kepada warga emas itu sehingga setakat ini (atau mungkin lebih). Kali pertama oleh Dun Penaga dan kemudiannya entah di mana. Kali pertama kutipan, jumlah warga emas yang hadir 40 orang, manakala kali kedua hadir itu lebih kurang 60 orang.
Jika benar demikian, dan jika benar setiap seorang mendapat RM100, maka jumlah yang sudah dikutip setakat ini adalah RM10,000, yang melibatkan kira-kira 100 warga emas. Wallahu' alam...
Jumlah kutipan 'wang haram' dan jumlah warga emas yang hadir memulangkan semula wang itu boleh berubah daripada semasa ke semasa. Tetapi, hakikat yang kekal tidak berubah adalah kedudukan wang itu yang dikatakan berasal dari sumber yang haram lalu haramlah wang tersebut; begitu menurut 'fatwa' parti sesat Umno itu.
Pada peringkat awalnya, dalam suatu sidang media anjuran Adun Penaga, media melaporkan kira-kira RM4,000 'wang haram' berjaya dikumpulkan. Wang itu, sebelum ini dikatakan telah disalurkan sebagai 'wang ehsan' bagi setiap warga emas di negeri itu.
Andaian awal - berkemungkinan Adun Penaga meminta orang Umno mencari kira-kira 40 orang warga emas yang sudah pun menerima wang sejumlah RM100 setiap seorang sebelum ini. Begitu juga apabila dikumpulkan 60 orang warga emas sehingga Umno berjaya mengumpul kira-kira RM6,000 itu.
PANDANGAN ULAMA'
Ditinjau daripada sudut pandangan beberapa ulama' mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi, mereka menyebutkan bahawa wang haram tidak hanya terhad untuk diberi kepada faqir miskin sahaja.
Ia malah boleh disalur sebagai pembangunan dan manfaat umum menurut budi bicara penguasa juga..
Di dalam Al-Dzakirah, 5/69, ulama' mazhab Maliki juga bersetuju bahawa faqir miskin dan warga emas boleh menerima wang daripada sumber yang haram juga.
Sementara itu ulama' mazhab as-Syafie, Imam an-Nawawi dalam Al-Majmu', 9/428 menulis pandangan Imam al-Ghazali, "Sekiranya wang haram itu diberi kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir (dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka."
Kesimpulan awal, yang tetap kekal haram sampai bila-bila adalah judi (amalan), tapi (duit) wang haram itu boleh bertukar kedudukan halal, haramnya bersandarkan pihak-pihak tertentu mengikut tatacara dan kaedah syarat yang tertentu pula.
UMNO-BN MAHU ROSAKKAN IMEJ PR?
Selepas kita meninjau sekilas kedudukan wang bersih yang berasal daripada sumber haram ini, sesekali kita perlu cermin rupa paras Umno dengan menyuluh benak hati mereka yang gelap itu dengan soalan...
"Siapa pencetus mula kepada sukan judi lumba haram berkuda ini?"

Tidak dapat dipastikan sejarah asal-usul perlumbaan lumba kuda haram di Malaysia. Tapi, yang pasti ia adalah pengaruh Barat (penjajah British). Timbul soalan lain – siapa yang memberi lesen untuk sahkan semua kegiatan haram ini? Dalam hal ini Umno terduduk diam bungkam, kelu lidah lumpuh bicara dan tidak mampu menjawabnya.
Kita juga perlu meneliti, apakah sebabnya dalam hal ini, hanya warga emas Melayu sahaja yang diajak menyerah semula wang itu?
Pertama, Umno mahu kaut undi Melayu Pulau Pinang. Walhal, warga emas yang menerima wang yang dikatakan haram itu tidak semestinya orang Melayu sahaja, tetapi juga bukan Melayu; Cina dan India.
Kedua, hanya Muslimin (Melayu) sahaja di negara ini yang peka prihatin terhadap halal haram. Bangsa lain tidak boleh diajak bersama untuk diraih sentimen berhubung hal ini.
Seterusnya, dalam keadaan Lim Guan Eng yang dikatakan cenderung terhadap pentadbiran Islam Umar Abdul Aziz itu, maka Umno mesti tampilkan imej Islam yang lebih bersih, sekali gus merosakkan cita-cita ingin menegakkan rupa paras pentadbiran Islam di bawah Ketua Menteri bukan Melayu itu.
'WANG HARAM', MODAL KEMPEN DI GALAS
Dengan isu ini bolehlah dirumuskan bahawa Umno itu parti sesat, menyebarkan 'risalah' sesat dan akan berterusan menyesatkan orang-ramai dengan kesesatan mereka itu.
Maka, kewajipan ke atas warga yang tahu untuk berterusan pula menyebarkan risalah kebenaran untuk memadamkan nyalaan api kesesatan Umno yang marak membakar rentung fikiran, jiwa masyarakat itu.
Isu ini boleh diterangkan daripada semasa ke semasa kepada rakyat dan dijadikan modal untuk kempen di Galas nanti.
Kita perlu terangkan kepada rakyat bahawa Umno sendiri telah salah faham terhadap agamanya sendiri iaitu Islam dan setelah sesat itu, maka Umno menyesatkan yang lain. Hal ini, sesuailah dengan mafhum hadis nabi sebagai berikut:-
“Allah tidak akan mengangkat ilmu itu dengan mencabutnya daripada hati manusia. Tapi, dengan cara mencabut nyawa alim-ulamak mereka satu per satu. Sehingga ketika tiada lagi berbaki orang yang alim ketika itu, lalu masyarakat itu akan berterusan mengangkat pemimpin yang jahil."
Mafhum daripada sabda nabi lagi, “Maka, orang-ramai pun berbondong-bondong bertanyakan soalan kepada pemimpin itu, lalu mereka sesat dan mereka (penguasa) menyesatkan masyarakat yang lain.”
Dan, itulah wajah Umno, parti yang menyebarkan 'risalah' sesat, pendirian dan fahaman sesat sebagai mana yang kita kenal pada hari ini.

No comments:
Post a Comment