Oleh H FANSURI
Kita ada 'Arab Season', iaitu musim percutian bagi warga Arab ke Malaysia. Kalau tidak salah, mereka ini datang daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) seperti Abu Dhabi dan Dubai.
Negara Arab ini kaya-kaya dengan hasil muatan minyak yang sarat di bawah perut buminya. Tapi, yang dinamakan bangsa Arab itu bukan semestinya Islam.
Penyanyi wanita Arab Lubnan, Pascale, Nawal Zoghby, Diana Haddad dan lain-lain seangkatan dengan zaman mereka ini masih boleh dilihat kedudukan agama mereka. Hatta fenomena Maher Zain dari Arab itu juga masih belum dapat menerapkan Islam ke dalam dada kita.
Tapi, daripada tiada rotan, akar pun berguna juga. Sebab itu, kita tidak pernah bantah kehadiran Maher Zain, sebaliknya kita mengutuk keras kehadiran Adam Lambert.
Wirid tarekat dan latihan kerohanian
P Ramlee, lewat filemnya telah memperkenal; 'kelabu malami' (kelab malam). Kalaulah Arab itu Islam dan Islam itu Arab, maka kacau bilaulah fikiran kita kerana Arabnya Rasulullah itu tiada pernah jugalah merincikan perihal kelab malam sebagai amalan sunnah.
Tetapi Arab Season adalah pelancongan orang Arab dan masyarakat kerap menganggap mereka sebagai guru kita dalam hal-hal keagamaan. Fahaman dan pendirian ini silap dan mereka diperbetulkan segera.
Baru-baru ini, PM Najib Razak membawa 'fikrah' baru tentang Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ringkas cerita, lebih banyak 'kelabu malami' yang akan dibina demi merancakkan pelancongan.
Selain 'kelabu malami', macam-macam ada, seperti konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan menggiatkan lagi acara Formula 1 dan MotoGP. Adam Lambert dan Lady Gaga akan makin mudah menabur 'jasa kebaktian' mereka di negara ini.
Produk latihan jiwa
Di dalam filem yang diangkat daripada novel Eat, Pray and Love, Najib dan Rosmah boleh memahami dan belajar sesuatu, betapa insan pengembara dan pelancong Barat ini tidak semuanya mencari hiburan. Maka, ruangan ini sepatutnya diisi dengan acara latihan kejiwaan.
Malaysia sebagai Negara Islam sepatutnyacemburu dengan agama lain yang seolah-olah lebih mampu menawarkan produk latihan jiwa ini kepada manusia Barat ini.
Majlis Ulamak Umno perlu tampil membangunkan peringatan buat Najib - Rosmah bahawa Nusantara ini adalah tanah yang dijanjikan sebagai ladang subur untuk membangunkan dakwah Islamiyyah. Tapi, kenapa orang Barat masih beryoga dan bermeditasi di Bali seperti yang digambarkan dalam filem itu?
Najib wajib bertanya dirinya sendiri kenapa insan Barat seperti Elizabeth Gilbert boleh datang ke India, kemudian pergi ke Bali untuk mencari Tuhan?
Kenapa bangsa Eropah hadir di India dan muncul di Bali guna mencapai rohani lewat amalan meditasi dan yoga?
Kenapa kita tidak boleh melancarkan program untuk mengajak pendokong amalan tarekat untuk membuat acara produk latihan kejiwaan ke atas para pelancong ini?
Pelancongan kesihatan roh jiwa
Bukankah Malaysia amalkan pelancongan kesihatan? Jadi, hari ini, kita memerlukan dasar pelancongan yang berteraskan amalan kejiwaan juga.
Asas dalam Al-Qur'an jelas menunjukkan bahawa umat Islam, manusia digalakkan berjalan, melancong bagi mendapat iktibar, menangkap pesanan rohani, mengungkap iman ke dalam diri dengan melakukan safar (perjalanan).
Sekali peristiwa, diriwayatkan bahawa bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Rahman Yaakob telah menceritakan pengalamannya bersama keluarga melancong ke Andalusia.
Akhirnya, beliau mengingatkan semua ahli keluarganya, lalu berkata, lihatlah gaya hidup khalifah yang menyebabkan tamadun mereka musnah dijilat api penjajahan sekelip mata!
Jika Majlis Ulamak Umno tajaan Fathul Bari mahu menganjurkan lawatan pelancongan ke Baghdad, bawa Najib Rosmah juga dan nasihatkanlah mereka tanpa ragu-ragu...
"Lihatlah, di sini pernah hadir sebuah tamadun Islam. Tapi, oleh sebab lalai dan leka maka mereka terus ditimpa musibah oleh penjajahan bangsa Mongolia!"
Kita mahu bertanya, Najib bawa Rosmah melancong ke Amerika, Abu Dhabi, Dubai sebelum ini, pesan rohani apa yang ditangkap Rosmah? Apakah latihan kerohanian dan kejiwaan yang diserapkan Najib ke lubuk gubuk rohani isterinya itu?
Yang kita tahu setakat ini, yang ada cuma produk lagu kejiwaan Rosmah berjudul, If Tomorrow Never Comes...
Bagaikan Shah Jehan yang terlalu cintakan Mumtaz Mahal sehingga sanggup membina Taj Mahal kepada isterinya, lalu dipenggalkan tangan pembina bangunan indah itu, maka sedemikian itulah Najib dan Rosmah akan runtuh.
Seperti mana Marie Antoinette permaisuri Perancis dibuang kerana sanggup melukakan hati rakyat dengan kata-katanya, "Kalaulah tiada roti untuk dimakan, maka makanlah kek seperti saya..."
Maka, seperti itu jugalah Rosmah akan dibuang oleh rakyat jika masih berdegil tiada mahu berubah. Ya, lagu Rosmah If Tomorrow Never Comes itu barangkali boleh ditamsil dalam konteks itu juga, iaitu anda akan dibuang dan tiada lagi esok bagimu (Tomorow Never Comes).

No comments:
Post a Comment