Oleh H FANSURI
Dalam suatu laporan berhubung mogok yang dilancarkan pada April 2007 anjuran Zimbabwe Congress of Trade Unions (ZCTU), Setiausaha Agung British Trades Union Congress Brendan Barber bangkit menyifatkan rejim Mugabe sebagai berikut:-
"Rakyat Zimbabwe menderita oleh kerana salah urus ekonomi Mugabe-amalan rasuah, dan penindasan. Mereka sedang berjuang untuk mendapatkan hak-hak mereka, dan kita mesti bersama mereka."
Sementara itu, dalam laporan lain pula, Pengerusi ACTSA (Action for Southern Africa) Lela Kogbara, berkata, "Seperti mana amalan kebiasaan rejim penindas, setiap kaum wanita dan pekerja yang akan menanggung bebanan itu. Ayuh bersama Zimbabwe untuk berjuang mendapatkan keamanan, keadilan dan kebebasan."
Di dalam The Daily Telegraph, Mugabe turut dikecam kerana menyamatarafkan dirinya dengan Hitler. Ucapan Mugabe dipetik sebagai berkata,
"Hitler ini hanya ada satu matlamat. Keadilan bagi rakyatnya, kedaulatan bagi rakyatnya, pengakuan kemerdekaan rakyatnya dan hak-hak mereka atas sumber daya mereka. Jika itulah Hitler, maka biarkan aku menjadi Hitler sepuluh kali ganda." ['Hitler' Mugabe launches revenge terror attacks – Telegraph". The Daily Telegraph (London). 22 Mei, 2010].
Hal kediktatoran dan kebebasan akhbar
Kita bukan bercerita mengenai Mugabe di Zimbabwe, tetapi memperihalkan kediktatoran. Dari ukuran rupa paras, Mugabe dan Dr Mahathir sudah tentu jauh berbeza.
Perihal kekacakan tidak boleh dibahaskan di sini kerana ia bersifat subjektif. Hitam itu menawan, kata sesetengah orang. Tentu sahaja, dari sudut pandang fahaman kecantikan seperti ini, Mugabe tentu lebih menawan dan kacak berbanding Dr Mahathir!
Tapi hal ini bukan aspek yang perlu kita bincang. Sekali lagi, hal ini terkait dengan perihal kediktatoran yang dianggap Dr Mahathir lebih baik berbanding demokrasi. Kediktatoran itu pula menutup suara dan sekali gus menyekat aliran suara rakyat di dada akhbar.
Mungkin satu-satunya cara bagi menyelamatkan akhbar daripada dicengkam kuasa eksekutif (kerajaan) selain menunggu kebangkitan suara rakyat ialah dengan mengharapkan kuasa mahkamah untuk datang, tampil hadir sebagai penyelamat.

Kedudukan akhbar di negara ini tidak sebagaimana kedudukan akhbar di Amerika Syarikat yang mana perlembagaan negara itu menganggapnya sebagai lembaga bebas.
Bill Kovach dan Tom Rosenstiel dalam 'The Elements of Journalism' menulis, "Pasti akan ada beberapa pihak yang menentang sebarang percubaan mentakrifkan apa itu kewartawanan."
Tambah mereka, hal membuat takrifan ke atas kewartawanan itu, menurut sesetengah pengamal akhbar adalah suatu tindakan berbahaya. Mentakrifkan kewartawanan, menurut pengamal media, bererti sudah ada percubaan untuk membataskan peranan akhbar malah pentakrifan itu bererti suatu perlanggaran ruh perlembagaan Amerika pertama yang berbunyi...
"Kongres tidak boleh membuat undang-undang... yang menindas kebebasan mengeluarkan pendapat dan kebebasan akhbar."

Para pengamal media di Amerika berpendapat hal inilah yang membuatkan wartawan menolak amalan perlesenan, tidak seperti pekerjaan profesional lain seperti doktor perubatan dan peguam dan jurutera.
"Mereka juga cemas bahawa tindakan mentakrifkan apakah kewartawanan itu cuma akan membuatnya bertahan terhadap perubahan sesuatu waktu sahaja, sehingga tiba pada suatu waktu lain kelak, mungkin sahaja takrifan itu tidak tepat lagi," kata Kovach dan Rosenstiel lagi.
Rumusannya, akhbar-akhbar di Amerika tidak boleh disentuh langsung, apatah lagi sehingga peringkat paling asas dan mendasar dalam pembentukan undang-undang, iaitu usaha pentakrifan terhadap makna kewartawanan.
Pilihan raya editor akhbar atau pilihan raya hakim mahkamah?
Maka, oleh sebab itu juga, pengamal media di negara ini perlu renung kembali kenyataan Dr Mahathir berhubung syor mahu mengadakan pilihan raya dalam memilih editor akhbar.
Mungkin, kebanyakan orang menganggap pandangan ini sudah boleh diketepikan. Ya, editor itu bukan pemimpin melainkan mereka cuma hadir sebagai watak 'pemimpin pendapat' (opinion leader).
Tugas 'opinion leader' ini boleh dipikul galas oleh sesiapa pun, tanpa memerlukan pilihan raya. Kerana itu, pendapat Dr Mahathir tertolak daripada sudut ini kerana beliau terkeliru dengan makna demokrasi.
Namun, dari sudut lain, suatu hal yang perlu renung panjang ialah amalan pengasingan kuasa di negara ini. Dalam kuasa eksekutif (kerajaan, government of the day), kerap kita dengar penggunaan perkataan perkongsian kuasa. Tapi, konotasi itu berlaku antara parti yang wujud untuk membentuk eksekutif.
Contohnya, Umno (parti) berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC untuk membentuk kerajaan eksekutif Barisan Nasional. Sebenarnya, adakah kuasa perlu diasingkan atau perlu dikongsi bersama-sama?
Bukankah orang selalu berperang merebutkan wilayah kekuasaan kerana enggan berkongsi kuasa? Tapi yang jelas berlaku kini, perkongsian kuasa sesama parti (eksekutif), usaha memonopoli suara Parlimen (legislatif) dan usaha menakluk dan menjajah kuasa mahkamah (kehakiman).
Tiada jalan lain, mahkamah boleh menjadi juruselamat akhbar di negara ini. Sebab itu pilihan raya bagi memilih hakim perlu dilaksanakan untuk menafikan fungsi Perdana Menteri (eksekutif) yang menakluk bagai penjajah yang menjarah kuasa kehakiman. Dengan jalan itu, mahkamah boleh selamatkan akhbar.
Akhir kata, sebagai muslim, Dr Mahathir patut tumpukan kemajuan jiwa kerana itulah tuntutan sebenar Islam dan kemudian barulah kemajuan kebendaan. Kediktatoran 22 tahun banyak membekukan fikiran, membunuh keberanian orang-ramai dan merosakkan fikiran dan jiwa rakyat di negara kita.
Kemajuan kebendaan di China seperti dakwa Dr Mahathir yang bermuara daripada kediktatoran, sudah direbahkan hujahnya dengan kehancuran ekonomi, kebendaan Zimbabwe oleh kediktatoran Mugabe.

No comments:
Post a Comment