Oleh H FANSURI
"Sakit jiwa aku tengok Rosmah mengiklankan Persidangan Wanita Pertama di Kuala Lumpur tu," kata seorang tua di kampung saya. Rakan bualannya mengangguk. Lalu, dia menambah dengan berkata...
"Aku pun... aku sakit hati tengok bini PM tu berlagak bukan main lagi..." Dan, banyaklah lagi kutukan yang tercurah di parlimen kedai kopi sambil telinga lintah kita kini sedang asyik memasang radar untuk mengesan bertimba-timba lagi kutukan terhadap isteri PM.
Tidak tertahan di hati kita mendengarkan rakyat menyumpah seranah 'Wanita Pertama' yang kita kasihi itu. Bertambah malanglah lagi, hal ini melibatkan persoalan maruah negara juga. Apa tidaknya?
Cuba anda bayangkan. Kita semua sedia maklum dan menyedari, bahawa Rosmah itu bukanlah Wanita Pertama di negara ini, tapi dia beriya-iya mengiklankan dirinya ke tahap itu. Yang malu adalah negara.
Maka, tindakan semua rakyat Malaysia dalam usaha menggagalkan Persidangan Wanita Pertama itu bagaikan tindakan seorang wira adanya. Setiap orang yang berusaha keras menggagalkan persidangan itu sebenarnya sedang berjuang menyelamatkan maruah negara Malaysia yang tercinta.
Hujah bahawa Rosmah itu bukanlah wanita pertama tidaklah perlu kita bangkitkan lagi. Nanti jadi panjang ceritanya pula. Dalam ruangan kali ini, biarlah kita renungkan sejenak kedudukan antara Rosmah dan Dr Siti Hasmah itu.
Sepanjang 20 tahun pemerintahan Dr Mahathir, adakah Dr Siti Hasmah pernah mengendalikan sebuah acara persidangan seperti itu, sekali gus mendakwa dirinya sebagai wanita pertama? Dr Siti Hasmah kekal sebagai wanita 'humble', tidak tercurah kemarahan dan tiada kritikan tertumpah kepadanya.
Kita semua sedar hal ini. Tidak pernah kita dengar sepanjang 20 tahun lebih pentadbiran Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah digelar 'wanita pertama'. Tidak pernah. Jadi, kenapa harus Rosmah naik tocang dengan gelaran-gelaran ini dalam tempoh pemerintahan Najib Razak yang masih singkat belakangan ini?
IKLAN ROSMAH - TEORI MEDIA BERPENYAKIT - SATU PENILAIAN
Kembali kepada tajuk bualan di atas, maka barangkali, kita harus semak semula tahap kesihatan rakyat di negara ini, sama ada ia berpunca daripada gaya hidup tidak sihat atau ia disebabkan oleh hal-hal lain.
Di sini izinkan saya bentangkan sebuah teori yang mungkin akan dicemuh orang. Marilah kita namakan teori ini sebagai 'teori media berpenyakit'.
Menurut teori ini, kita merumuskan bahawa kesakitan jiwa dan kecederaan mental dalaman yang akan merebak kepada penyakit merbahaya seperti 'stroke', darah tinggi, kencing manis di hujung usia senja adalah bermula daripada paparan berita politik yang memualkan jiwa.
Ini bermaksud, lebih banyak pembohongan dan penipuan daripada akhbar dan televisyen, maka makin merebaklah kekhuatiran manusia terhadap gelagat manusia hari ini. Semua ini memungkinkan kepada ramainya penonton yang bakal terancam nyawa, ketegangan jiwa, berasa murung dan 'tension' adanya.
Maka, antara contoh-contoh ketegangan itu ialah, rakyat mungkin terpaksa berfikir balik kuang seperti, kemungkinan Anwar Ibrahim menumbuk mata sendiri hingga lebam demi mendapat perhatian media.
Rakyat dipaksa dan diseru untuk dianjak pemikirannya (baca: paradigm shift), atau berfikir glokal serta berfikir di luar kotak (baca: out of box) berhubung kemungkinan wujudnya kejadian seorang 'perasuah' yang ditemui mati jatuh bangunan setelah membunuh diri sendiri dengan mencekik lehernya sendiri.
Ya, atas nama 'paradigm shift' dan 'think out of box', kita semua rakyat Malaysia mesti berfikir di luar garis kebiasaan yang tidak pernah difikirkan oleh masyarakat antarabangsa.
BAGAIMANA MENEWASKAN KEDUDUKAN ROSMAH?
Ketika ini, Rosmah Mansor sedang giat mengiklankan dirinya sebagai 'Wanita Pertama' di peringkat dunia. Demikian juga dengan paparan iklan yang menyakitkan jiwa 27 juta rakyat Malaysia saat ini.
Jenuh kita memikirkan bagaimana Rosmah boleh mendakwa dirinya sebagai wanita pertama di depan wanita-wanita pertama di seluruh dunia ini?
Ini bukannya negara republik. Najib Razak bukan Presiden, dan Rosmah bukan wanita pertama. Najib Razak hanyalah Perdana Menteri dan Malaysia adalah negara yang mengamalkan institusi beraja. Tapi, kita dipaksa berfikir balik kuang, 'think out of box', 'paradigma shift'.
Jadi, apabila akal tidak boleh menongkah arus fikiran songsang ini, maka hati jadi lebih tertekan. Hati tidak tertahan ketika melihat gejala songsang arus fikiran yang hebat berpusar membadai bergelombang di jiwa.
Ketika meng'google', kita bertemu pertanyaan sebegini di pautan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=permaisuri&d=10. Pertanyaan ini dimajukan kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP.
“Adakah Malaysia mempunyai 'First Lady' 2. Apa istilah First Lady dalam bahasa Malaysia? Bagaimana kedudukan DYMM Raja Permaisuri Agong?”
Maka jawapannya adalah - “Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'first lady' ialah wanita pertama. Setiap negara mempunyai wanita pertama (first lady), namun untuk mengetahu siapa wanita pertama (first lady) di Malaysia dan kedudukan DYMM Raja Permaisuri Agong, sila hubungi Bahagian Protokol, Jabatan Perdana Menteri.”
Pihak DBP juga terpaksa menyerahkan jawapan itu kepada JPM. Khuatirlah juga kalau-kalau tafsiran mereka itu tersasar dengan tafsiran Perdana Menteri.
Bagi mereka yang masih belum sakit jiwa, maka hendak mengutus surat kepada setiap wanita pertama, dedahkan bahawa kedudukan Rosmah itu bukanlah wanita pertama. Dan, mungkin kita boleh buat aksi jalanan, angkat sepanduk julang kain rentang semasa persidangan itu sedang berlangsung.
Antara seruan yang perlu dimuatkan dalam sepanduk dan kain rentang itu - “Rosmah itu bukan wanita pertama kami!”

No comments:
Post a Comment