Oleh H FANSURI
Menurut karya sastera purba Sulalatus Salatin, dalam suatu peristiwa berdarah di Singapura, ada disebut kisah todak yang menyerang pulau itu. Tapi tidak ramai yang meneliti sebab-sebab todak menyerang negeri itu.
Menurut karya sastera purba Sulalatus Salatin, dalam suatu peristiwa berdarah di Singapura, ada disebut kisah todak yang menyerang pulau itu. Tapi tidak ramai yang meneliti sebab-sebab todak menyerang negeri itu.
Yang kerap diulang adalah hal kematian seorang budak selepas mengusung akal geliga ke istana sultan mengenai cara menumpaskan serangan itu. Lalu, persoalan awal timbul di sini, kenapakah todak melanggar Singapura?
Seperti Langkawi yang dilanggar Siam selepas pembunuhan Mahsuri, demikianlah kedudukan Singapura itu. Rajanya telah membuat keputusan yang salak akibat membunuh seorang wali Allah dari Pasai yan asalnya merantau dari negeri atas angin (Hadralmaut?).
Nama wali Allah ini ialah Tun Jana Khatib. Menurut Sulalatus Salatin, beliau mahir ilmu khayal lillah lagi tamam dua belas. Sekali peristiwa, beliau menilik sebatang pinang gading di laman istana lalu terbelah dua. Sultan murka kerana difikirkannya, wali Allah itu mahu menunjukkan ilmunya kepada isterinya. Lalu, Tun Jana Khatib pun dibunuh.
Setitik darahnya tumpah, tubuhnya terus ghaib dan dikatakan orang jasadnya disemadikan orang di Langkawi, lalu dibuat pantun,
Telur itik dari Singgora,
Pandan tersandar di batang tui,
Darahnya titik di Singapura,
Badan terhantar di Langkawi.
Selang tidak berapa lama kemudian, berlaku petaka ke atas Singapura. Tuhan mengirim todak kerana kezaliman membunuh wali-Nya. Kemudian, baru didatangkan seorang anak untuk selamatkan keadaan gawat. Pun begitu, anak itu turut dibunuh kerana khuatir dia baakl merebut takhta raja apabila dewasa kelak.
Kembali kepada hal Mahsuri (Langkawi) dan Tun Jana Khatib (Singapura), kita lihat kisahnya lebih kurang sama. Mungkin, sebab itulah pantun di atas mengaitkan hubungan Singapura dan Langkawi lantaran kedua-dua pulau ini menyimpan kisah berdarah yang lebih kurang sama.
Apa-apa yang berlaku, sama ada fitnah tohmah yang dilemparkan atau tuduhan tidak berasas, atau kesalahan yang dihukum tidak setimpal, maka kesimpulan yang boleh kita rumuskan di peringkat awal ialah, kezaliman bukanlah perkara baharu.
MAHSURI, TUN JANA KHATIB MANGSA 'WANITA PERTAMA'?
Kedua-dua watak ini; Mahsuri dan Tun Jana Khatib menjadi mangsa fitnah wanita berkuasa. Mahsuri dicemburui oleh ibu mertuanya yang berkuasa dan Tun Jana Khatib dihukum kerana didakwa telah menunjuk-nunjukkan ilmunya kepada permaisuri diraja.
Ibu mertua Mahsuri di Langkawi dan permaisuri raja di Singapura telah menjadi watak kepada peristiwa berdarah itu. Bandingkan pula dengan kisah Yusuf a.s dalam karya sastera Al-Qur'an itu yang dihukum fitnah oleh watak Zulaikha, isteri penguasa.
Perhatikan juga, ketika Al-Qur'an mencemuh Abu Lahab dalam suatu surah pendek, maka 'isteri' Abu Lahab turut diceritakan azab yang bakal beliau terima di dalam neraka kelak. Isteri Abu Lahab adalah isteri pembesar di Mekah.
Zaman ini, hal fitnah kaum wanita penguasa masih wujud. Rosmah, isteri Najib adalah contoh terbaik dalam perbahasan ini.
Terbaru, beliau mengiklankan di televisyen bahawa akan ada Persidangan Wanita Pertama di Kuala Lumpur bulan ini. Kalau beliau sedar diri, beliau tidak menggunakan perkataan tersebut.
Dalam catatan sebelum ini, kita nyatakan bahawa hanya puak penguasa wanita hutan Amazon sahaja yang layak dinobatkan 'wanita pertama'. Juga, wanita pertama sesuai untuk Presiden wanita di negara republik, atau isteri raja. Tetapi, Rosmah berdegil dan bersedia memalukan diri sendiri di tahap dunia.
Kita harap, rakyat dapat memberontak ke atas persidangan itu. Buat sepanduk agar dapat kita maklumkan kepada wanita pertama luar negara, bahawa Rosmah bukan wanita pertama Malaysia.
Jika berdiam, khuatir juga kita menerima nasib yang sama seperti Singapura dilanggar todak dan Langkawi yang hangus dilanggar Siam hingga rentung tanaman mereka bagai padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan akibat penangan 'wanita pertama'.
1 comment:
ada kaitan dgn rosmah mansor pula soal khianat curang ini. menarik mengenai tun jana khatib patut dikaji ilmu khayalillah jika wujud tq admin.
Post a Comment