Oleh H FANSURI
Apabila ada orang mendakwa bahawa dia ada kelebihan kasyaf, ini bukan perkara baharu. Di Indonesia baru-baru ini dalam insiden ledakan Gunung Merapi, seorang penggawa atau penjaga gunung itu telah pun terkorban dengan sendirinya. Nama penggawa itu Mbah Maridjan.
Desas-desus mengenai Mbah Maridjan ini sudah sampai ke pengetahuan masyarakat Jawa sudah agak lama. Cuma, orang-orang seperti saya yang baharu mengenali sosok ini.
Sukar mahu dipastikan apakah martabat Mbah Maridjan itu seperti Ayah Pin atau tidak. Bagaimanapun, dengan tersiarnya berita kematian Mbah Maridjan itu, maka tahulah kita bahawa yang membunuhnya, tidak lain dan tidak bukan adalah Gunung Merapi yang dipujanya sendiri.
Sedangkan kelibat Ayah Pin yang 'menghilang' kini entah di mana nasibnya tiada diketahui. Khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Ayah Pin sudah terbunuh, dibunuh oleh sekumpulan orang samseng Melayu. Kata sesetengah orang, kumpulan Pekida. Semoga ia tidak benar. Wallahu'alam...
Pendek kata, kehilangan Mbah Maridjan itu akhirnya lebih jelas berbanding Ayah Pin, iaitu penggawa Gunung Merapi itu akhirnya mati ditelan lahar gunung yang dipujanya sendiri.
Kita tidak boleh bercakap lebih-lebih kerana kita belum ada kasyaf yang boleh melihat hakikat sesuatu yang ghaib daripada pandangan manusia.
Kisah manusia kasyaf
Dan, baru-baru ini, Mohd Nor Idris enggan bersalam dengan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat ketika salam dihulurkan kepada beliau. Konon, kasyaf beliau memberitahu bahawa itu adalah tangan syaitan.
Kata Mohd Nor dalam sebuah video yang dirakam jentera kempen BN di Galas baru-baru ini, "Saya tak mahu jamah tangan syaitan...ana tak akan jabat tangan hari ini selagi anta kawan dengan DAP."
Apabila Mohd Nor sudah ada kasyaf, saya mesti letak bendera perang, menyerah kalah untuk berhujah. Diriwayatkan bahawa seorang manusia itu ada 70,000 lapis hijab pendinding antara diri dengan Tuhan.
Diriwayatkan juga, ketika Tuhan mahu bertajalli di atas sebuah bukit, maka bukit itu runtuh, lalu Musa a.s Kalamullah (yang dapat bercakap langsung dengan Allah) itu pun terus pengsan ketika hijab Musa dengan Allah terbuka selapis demi selapis.
Tetapi orang yang mengaku menerima kasyaf baru-baru ini sehingga nampak tangan syaitan bukannya orang lain, melainkan bekas ahli PAS juga. Beliau itu pensyarah dan pernah jua berceramah atas pentas parti Islam dan pernah mengkafirkan Umno.
Tapi, saat itu tidak tahu pula adakah beliau menyebut bahawa beliau mendapat kasyaf untuk melihat hal kekafiran Umno itu? Isu kasyaf sehingga dapat melihat tangan syaitan itu berlaku baru-baru ini apabila beliau sudah masuk Umno; parti terawal yang memulakan tradisi 'Pakatan Ahzab' bersama MCA-MIC.
Huzaifah Al-Yamani mengenali munafik
Sekali peristiwa, ada seorang sahabat yang bernama Huzaifah Al-Yamani yang diisyaratkan Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang dapat mengenali kemunafikan seseorang pada zaman nabi.
Umar Al-Khattab yang selalu berasa risau terhadap keadaan dirinya, akhirnya bertemu Huzaifah suatu hari, lalu bertanya, "Saudara... adakah anda melihat pada diriku tanda-tanda kemunafikan?"
Huzaifah merenung batang tubuh Umar, peribadi agung sahabat besar nabi itu lalu berkata, "Janganlah saudara khuatir. Saya tidak melihat tanda-tanda kemunafikan pada diri anda."
Demikianlah kelebihan Huzaifah Al-Yamani itu. Apakah sahabat itu juga boleh dikatakan kasyaf?
Apa-apa pun, tentulah ramai bersetuju bahawa darjat Huzaifah itu terlebih afdal dan tinggi berbanding orang yang mendapat kasyaf sehingga melihat kelibat tangan syaitan baru-baru ini. Setinggi manakah darjat si kasyaf yang dapat melihat tangan syaitan itu? Adakah setingga Menara Warisan? Entahlah.
Tetapi, kalau beliau mendapat sudah kasyaf, kita semua patut angkat tangan menyerah kalah. Ini semua adalah rahsia Tuhan. Tuhan berhak memilih sesiapa yang mahu diberinya kasyaf.
Orang-orang 'kasyaf' seperti beliau ini mencapai tahap darjat kewalian. Sebab itulah, beliau keluar PAS kerana tidak menyetujui sikap PAS yang mengorak langkah bergabung dengan Semangat 46.
Sejak bila dapat kasyaf?
Banyak soalan terapung-apung di sini. Adakah beliau dapat kasyaf ketika PAS mula bergabung dengan Semangat 46? Maka, kerana isyarat kasyaf itukah yang menyebabkannya keluar PAS lalu menubuhkan Islah? Ini kerana, Semangat 46 itu adalah parti Melayu yang kononnya mewakili jiwa, ruh semangat perjuangan Umno tahun 1946 yang dituduh kafir itu?
Adakah kasyaf melihat tangan syaitan itu berlaku sejak penggabungan itu? Atau, baru-baru ini sahaja ia berlaku ketika PAS mula bergabung dengan DAP lalu membentuk Pakatan Rakyat?
Di manakah Mohd Nor bertapa dan beruzlah dan berkhalwat untuk menerima pencerahan jiwa, kasyaf? Adakah ketika berada dalam Umno? Atau, sejurus beliau dan rakan-rakannya mendirikan parti Islah?
"Apabila dia hulur tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan...dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang dihulurkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan," demikian kata beliau lagi.
Kita tidak berani melawan orang kasyaf, kita bukan nak melawan orang yang berdarjat setinggi Menara Warisan itu. Kita berharap sesiapa yang bertemu Mohd Nor dapatlah bertanya soalan ini. Adakah dalam kasyafnya, Mohd Nor melihat isteri Najib Razak itu berpuaka?
Ketika Rosmah menyanyikan lagu If Tomorrow Never Comes itu, adakah Mohd Nor nampak apa-apa? Ketika Najib Razak sakit gastrik, adakah itu Hukum Karma?

Kita bukannya ahli kasyaf, jadi kita tidak berani nak kata apa. Mustahil Tuhan tidak buka penglihatan kasyaf kepada Mohd Nor ke atas hal ini? Kita pun tidak berhajat bertanya soalan sebegini kepada Ayah Pin dan Mbah Maridjan.
No comments:
Post a Comment