Oleh H FANSURI
Allah s.w.t mencipta manusia dan Dia tahu apa yang ada dalam hati, jiwa dan fikiran manusia. Dia tahu manusia kini mengejar kemasyhuran. Dan, untuk mengejar kemasyhuran itu, manusia akan berlumba-lumba mendahului saingan mereka dalam hal tertentu.
Allah s.w.t mencipta manusia dan Dia tahu apa yang ada dalam hati, jiwa dan fikiran manusia. Dia tahu manusia kini mengejar kemasyhuran. Dan, untuk mengejar kemasyhuran itu, manusia akan berlumba-lumba mendahului saingan mereka dalam hal tertentu.
Hari ini manusia merebut gelaran yang terpanjang, yang terbesar dan yang tertinggi. Maka, dengan sebab itulah pencapaian akan terus-menerus dilaksanakan.
Maka, di celah-celah kemelut inilah kita harap semoga ada ulamak pewaris nabi atau Majlis Ulamak Umno yang akan membunyikan wisel peringatan ke atas Perdana Menteri Najib Razak berhubung sepotong nas daripada Al-Quran di bawah ini.
"Apakah kamu tidak memerhatikan bagaimana Tuhanmu melakukannya ke atas kaum 'Ad? Penduduk Iram itu mempunyai bangunan-bangunan tinggi. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu di negeri-negeri lainnya." Al-Fajr: (6 - 8).
Sebelum itu, tiada yang mengenali Iram itu. Sehinggalah pengkaji Inggeris Bertram Thomas, menemui jejak lama yang membawanya ke sebuah kota kuno; Ubar. Sebelum meninggal, beliau menulis Arabia Felix yang memuatkan segala hasil kajiannya.
Buku itu kemudian ditemui Nicholas Clapp, seorang ahli arkeologi. Melalui peninggalan Thomas itu, Clapp kemudian meneruskan usaha pencariannya.
KOTA IRAM MULA DITEMUI
Clapp ke perpustakaan Huntington, California untuk mengkaji pelbagai manuskrip dan peta kuno oleh Ptolomeus. Akhirnya, kota ditemukan kembali. Kumpulan pengkaji Clapp menemukan saki-baki runtuhan bangunan bata lumpur. Namun kumpulan itu menemukan ciri-ciri khas di kota ini yang diperbuat daripada tembok-tembok tinggi.
Maka, hal penemuan tembok bangunan inilah yang membuatkan orang teringat bahawa Al-Quran pernah menyebutkan kota Iram ini memiliki menara tinggi.
Pada mulanya, kumpulan pengkaji Clapp menemui kota Ubar. Tapi, mereka mendapati adanya persamaan ciri luaran antara Kota Iram seperti yang disebutkan dalam Al-Quran. Hal ini membuatkan mereka semakin yakin, bahwa Ubar inilah Iram yang dimaksudkan dan penghuninya adalah Kaum 'Ad yang dimusnahkan itu.
IRAM DISEBUT DALAM AL-QURAN
Kisah mengenai Kota Iram ini yang termuat dalam Al-Fajr 6 - 8 itu membuatkan kita dapat membuat telahan baru, iaitu Iram kota makmur. Rakyatnya kaya kerana Iram berada antara tempat laluan perdagangan. Keadaan ini sama dengan kedudukan bangsa Malaysia yang berada di tempat laluan perdagangan di Selat Melaka.
Kekayaan yang diperoleh Iram, membuatkan mereka mampu membina bangunan yang sangat hebat dan besar. Merujuk ayat menyatakan..
"... belum pernah sebelumnya dibangun (bangunan) seperti itu di negeri-negeri lain, maka bolehlah disebutkan bahawa keindahan bangunan menara Iram itu, tidak dapat ditandingi pada zamannya."
Namun, semua kekayaan itu membuatkan para penduduk Iram (Kaum 'Ad) itu, menjadi semakin jauh daripada Tuhan.
Ketika Hud berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa? Sesungguhnya aku adalah rasul kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taat kepadaku. Dan sekali-kali aku tidak meminta upah kepadamu atas seruan ini, upahku tidak lain hanyalah daripada Tuhan semesta alam. Apakah kalian membangun pada setiap tanah tinggi (bukit) itu bangunan untuk main-main saja, dan kalian membuat benteng-benteng agar kamu kekal di dunia? ..."
"Mereka menjawab: Sama saja bagi kami apakah engkau beri nasihat atau tidak engkau beri nasihat (yang kami lakukan) ini tidak lain hanya adat kebiasaan orang dahulu, dan kami sekali-kali akan mendapat azab."
Mereka mendustakan Hud, kemudian Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar merupakan ayat-ayat (kekuasaan Allah), tapi kebanyakan mereka tidak beriman. Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia yang maha perkasa lagi maha penyayang. (Asy-Syu'ara: 123 - 140).
UCAPAN HUD A.S SENTUH BANGUNAN TINGGI 'AD (KOTA IRAM)
Perhatikan petikan ucapan seruan dakwah Nabi Hud a.s, Apakah kalian membangun pada setiap tanah tinggi (bukit) itu bangunan untuk main-main saja, dan kalian membuat benteng-benteng agar kamu kekal di dunia? ..."
Setiap nabi mempunyai pesan-pesan khas terhadap rohani manusia yang sudah tidak seimbang. Misalnya, Nabi Syu'aib diutus buat suku kelas masyarakat peniaga, pemodal kapitalis kaum Madyan yang gemar melakukan penipuan ketika mengurangi takaran.
Dan Nabi Hud a.s ini juga dikirim kepada kalangan bangsa yang jaguh dalam hal senibina bangunan menara yang tinggi-tinggi. Di sinilah letaknya peranan Majlis Ulamak Umno tajaan Fathul Bari jika ulamak Umno itu benar-benar pewaris (perjuangan) nabi.
Tuhan menyebutkan lagi perihal kaum 'Ad itu, "Kaum 'Ad, dibinasakan dengan angin dingin lagi kencang. Ditimpakan angin itu kepada mereka tujuh malam dan lapan hari berterusan. Maka kamu melihat kaum 'Ad pada waktu itu tewas bergelimpangan, mereka seperti tunggul-tunggul pohon kurma yang mati. Maka tiada seorang pun antara mereka yang masih hidup." (Al-Haaqah 6 - 8)
Apakah kita akan menerima nasib yang lebih kurang sama dengan kaum 'Ad, penduduk Kota Iram, atau hukuman yang jauh lebih lagi rendah atau hukuman yang lebih hebat, Allah yang maha mengetahui.
Tapi yang pastinya, sebelum Najib Razak dibinasakan Tuhan dengan kezaliman yang dilaksanakannya sebelum ini, maka kita pakat berdoa semoga Majlis Ulamak Umno, pewaris semangat juang ruh dakwah Nabi Hud itu bakal diberi kekuatan untuk berdepan dengan Ng Yen Yen dan Najib Razak yang mahu membina Menara Warisan!
No comments:
Post a Comment