Oleh H FANSURI
Nama gelarannya di Facebook ialah 'Mat Dern'. Barangkali beliaulah yang terawal memberitahu ke seluruh dunia tentang hal klip video Rosmah Mansur menyanyikan lagu 'If Tomorrow Never Comes' di Facebook.

Jika pendapat ini salah, maka setidak-tidaknya Mat Dern itulah yang menyedarkan diri ini berhubung kewujudan klip video lagu 'If Tomorrow Never Comes' dendangan isteri Perdana Menteri di karaoke itu.
"Abang saya berkaraoke bersama teman-temannya di sebuah karaoke di Johor Bahru," kata Mat Dern lagi. "Tiba-tiba, ada gambar Rosmah menyanyikan lagu itu, terus mereka rakam."
Maka, rakaman itu, menurutnya sudah dinaikterima (upload) di YouTube. Pada mulanya, saya sangka bahawa kemungkinan ada unsur perlanggaran hak cipta, tapi kelihatannya seolah-olah lagu itu dibuat mengikut lunas undang-undang pula. Bagaimanapun hal ini bukanlah isu yang kita mahu sentuh dalam ruangan kali ini.
Turut termuat di dalam klip video lagu tersebut adalah Perdana Menteri Najib Razak sendiri. Maka, selain nilai-nilai estetika yang tercerna dalam klip video tersebut, timbul lain persoalan.

Ronan Keating - If Tomorrow Never Comes
Kenapa seorang Perdana Menteri boleh memperuntukkan masanya bersuka-sukaan dengan isterinya atas nama kedudukannya sebagai PM dan bukannya tiada gambar yang menunjukkan bahawa beliau adalah PM dalam gambar itu.
Najib Razak boleh bersuka-sukaan bersama isterinya dan anak-anaknya atas nama peribadi sehingga berpergian ke benua Mongolia dan itu tidak salah. Tapi hendaklah bersuka-sukaan itu dilakukannya atas nama Najib Razak dan bukannya Perdana Menteri.

Jangan guna harta rakyat untuk kepentingan diri
Kalau Umar Abdul Aziz ketika menulis surat dengan bantuan pelita rakyat itu pun boleh bergelap kerana mahu berbincang dengan anaknya yang terkait dengan urusan kekeluargaan, kenapa Najib Razak menggunakan latarbelakang rumah PM dalam usaha pembikinan klip video 'If Tomorrow Never Comes', nyanyian isterinya yang tercinta; Rosmah Mansur itu?
Kita tidak bangkitkan soal kemerduan suara Rosmah di sini, apakah 'pitching'nya lari atau pun tidak. Itu persoalan yang boleh dimajukan kepada Malaysian Idol jika pihak juri bersedia menghakiminya kelak.
Lagi pun soal kecantikan rupa paras, kemerduan suara itu amat subjektif. Cantiknya rupa paras dan merdu suara Rosmah di dalam ukuran pemandangan dan pendengaran Najib Razak tidaklah sama dengan ukuran kecantikan pemandangan dan kemerduan rakyat.
Dan, banyaklah sudut pandang lain yang boleh kita kupas ulas berhubung penyiaran klip video ini. Di bawah ini, kita meninjau sekilas kedudukan cinta kasih Rosmah terhadap Najib bersandarkan kepada lagu dan lirik yang pernah dinyanyikan Ronan Keating ini. Mungkin pada masa depan, boleh kita meneropong kekuatan mutu lirik ini daripada nilai kacamata seni kesusasteraan pula.

If Tomorrow Never Comes - Kak Rose
'IF TOMORROW NEVER COMES'
Sometimes late at night
I lie awake and watch him sleeping
He's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark...
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would he ever doubt the way I feel
About him in my heart.
If tomorrow never comes
Will he know how much I loved him
Did I try in every way to show him every day
That he's my only one
If my time on earth were through
And he must face this world without me
Is the love I gave him in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes.
'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved him
Now I live with no regrets
That my true feeling for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much he means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance to tell him how I feel.
If tomorrow never comes
Will he know how much I loved him
Did I try in every way to show him every day
That he's my only one
And if my time on earth were through
And he must face this world without me
Is the love I gave him in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes.
Tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes.
Pandangan orang-ramai berhubung video klip Rosmah Mansur
Eloklah Rosmah memenjarakan kata-kata cinta di dalam hati atau di rumahnya sendiri, tidak perlu dihebahkan ke seluruh dunia.
Mengurung rasa cinta Rosmah ke atas suami adalah afdal dan Najib Razak boleh melakukannya setiap hari atas nama suami, bukan atas nama Perdana Menteri sehingga menerbitkan koleksi karaoke lagu-lagu sendiri.
Kepada Najib, janganlah dek silauan panahan arjuna cinta Rosmah, maka belanjawan seluar dalam membebankan umat dan minyak pun dinaikkan ketika rakyat sedang tidur. Nyanyian lagu Ronan Keating ini mengingatkan kepada rakyat juga, apakah esok masih ada buat Rakyat?

'If tomorrow never comes' buat rakyat, maka apalah ertinya hidup Najib Razak sebagai Perdana Menteri? Lebih baik berehat sahaja bersama isteri tercinta.
No comments:
Post a Comment