Oleh H FANSURI
Baru-baru ini, ada acara pelancaran Kelab An-Ni'mati di Sunway. Kelab ini ditubuhkan sebagai usaha bagi mengenang jasa seorang rijal ad-Dakwah, Syeikh Ustaz Nikmat Yusoff.
Maka, dalam ruangan yang singkat ini, tidak terdaya kita meratibkan kisah-kisah dakwah tokoh ini dan usaha-usaha yang dirintisnya dalam dunia persajakan. Barangkali, untuk meringkaskan kisah sosok ini, makaBaru-baru ini, ada acara pelancaran Kelab An-Ni'mati di Sunway. Kelab ini ditubuhkan sebagai usaha bagi mengenang jasa seorang rijal ad-Dakwah, Syeikh Ustaz Nikmat Yusoff.
eloklah kita renungkan sajak gubahan Dr Zurinah Hassan buat sementara.
MENGENANG AYAHANDA
Di sini, pada petang yang tenang
kami mengenang seorang pejuang
sebuah nama dari seluhur pengabdian
seorang pendidik yang terbilang
memimpin anak-anak ke jalan terang
sebagai ayah yang penyayang.
Ayahanda telah memugar duri dan belukar
dengan tingkah dan langkah yang sabar
menyemai benih membajai ladang kasih
berakar iman berpohon sejahtera
berdaun amal, berbunga susila, berbuah jasa
maka lahirlah generasi yang terpelihara
itulah permata yang telah kau gali di belantara
itulah mutiara yang kau cari di dada samudera.
Dari musim-musim yang payah
telah kau dirikan Maahad Tarbiyah
mengasas pendidikan Islamiah
kini pada kami, kau tinggalkan sekolah dan amanah
kau wariskan sebuah kebun akaliah.
Walau sekadar dinding dan bumbung sederhana
tetapi amat bermakna
menjadi gedung fikir lautan saujana
yang perlu dilayari dengan bijaksana
menjejak ke pelabuhan makna
lalu suburlah kebun jiwa
dengan akal dan takwa.
Di sini kami diajar membaca
bacalah, kerana isyarat dari kalam pertama
telah membebaskan manusia dari kelam gelita
ke arah cahaya yang nyata.
Di sini kami diajar membaca dan bertafakur
kejadian alam yang luas tidak terukur
edaran cakrawala yang teratur
segalanya tunduk dan akur.
Di sini kami diajar merenung
langit yang menjadi bumbung
dan ribuan bintang yang terapung
mencari erti kekuatan dari keteguhan gunung-gunung
lautan dan ombak yang bergulung.
Ayahanda adalah penulis dan pemikir
pentafsir yang tajam matafikir
mengajar anak bangsa.
Mengutip permata ilmu
yang mengalir di sungai fikir
seorang pejuang yang berjasa
yang meninggalkan jejak dan jasa
yang tak lupus ditelan masa.
Nukilan Dr Zurinah Hassan, 31 Oktober, 2010 bersempena pelancaran Kelab An-Ni'mati.
Mengenang Dehrang, maka batang tubuh Ustaz Nikmat itu tidak dapat tidak, mesti disentuh. Beliaulah yang telah mengasaskan pondok tersebut yang mencetak ramai pemuda dakwah hari ini.
Peranan dalam dunia persajakan dan dakwah
Ketika masih berkuliah dahulu, saya bertembung dengan buku kumpulan puisi Ustaz Nikmat; berjudul An-Ni'maty. Kalau tidak salah ingatan, arwah bersahabat baik dengan sasterawan Shahnon Ahmad. Hal ini tidaklah menghairankan kerana kedua-dua mereka adalah berasal daripada Kedah.
Bagaimanapun, kita tinggalkanlah hal dunia persajakan ini kepada mereka yang ada pengalaman yang lebih lama dengan beliau. Sebagai orang muda yang banyak mendengar secebis kisah
Mungkin, Kelab Ni'maty dapat menugaskan orang-orang tertentu menulis pengalaman mereka bersama ustaz Nikmat lalu coretan berbentuk anekdot dan pengalaman itu bolehlah dibukukan sebagai renungan bersama.
Ada dua peristiwa yang pernah diceritakan seorang sahabat mengenai ustaz Nikmat. Kisah pertama ada seorang samseng yang mengajaknya bergaduh. Sudah ditetapkan tempat dan masa untuk bergaduh itu.
“Sampai masa, arwah pun datang,” kata sahabat saya. “Terus dia belasah orang mencabarnya itu.”
Kami ketawa mendengar kisah itu. Saya teringat kisah seorang lelaki jaguh gusti yang mencabar rasul untuk bertarung. Kata lelaki itu dengan angkuh, jika Nabi Muhammad s.a.w menang, maka dia masuk Islam. Mendengarkan cabaran itu, Rasulullah s.a.w terus menyahut cabaran itu dan baginda menang.
Kali kedua, ada sekumpulan anak muda (mungkin sekitar empat orang) yang ingin mengasari arwah ini di sebuah gerai. Ustaz pun tiba di sebuah gerai, lalu secara diam-diam dia belanja mee goreng terhadap kumpulan pemuda yang mahu mengasari beliau itu.
Tuan punya gerai itu menghantar hidangan itu kepada mereka lalu berkata, “Ada orang belanja hangpa ni, makanlah...”
“Mee goreng itu memang sedap betul,” cerita sahabat saya tadi, “Jadi mereka pun pulun sampai habis!”
Selesai makan, sambung sahabat saya itu, maka Ustaz Nikmat pun keluar menemui mereka, mengucap salam. Sambil duduk itu, Ustaz pun bertanya, “Macam mana rasa mee goreng tu? Sedap tak?”
Akhirnya, mereka tidak sampai niat mahu mengasari kerana terlanjur menikmati makanan yang dibayar oleh ustaz itu. Mungkin, hal pertikaian itu diselesaikan dengan mudah apabila orang-orang muda diajak berbincang dengan kepala dingin dan bukan dengan sikap ribut-ribut seperti taufan dan angin keras.
Begitulah secebis kisah Ustaz Nikmat Yusoff dengan dunia persajakan serta alam dakwahnya yang ada dingin dan kerasnya. Beliau juga adalah rakan sengkatan dengan arwah Presiden PAS Fadhil Noor yang mana kisah
mereka meninggalkan jejak seribu kenangan berkaca sebagai warisan baik buat kita semua.
Al-Fatihah!
No comments:
Post a Comment