Oleh H FANSURI
Pada tahun 2005, saya berpeluang menemu bual almarhum Ustaz Wan Muhammad Saghir Abdullah di rumahnya di Taman Melewar. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya menemu bual beliau. Temu bual itu untuk ruangan Personaliti di Siasah.
Isi bualan antara kami terarah kepada usahanya mengumpulkan khazanah catatan manuskrip ulamak silam Nusantara. Kesungguhannya memanfaatkan usia muda beliau sungguh mengkagumkan.
Kemudian, tiba kepada suatu hal yang sangat mendukacitakannya, iaitu perihal kerajaan Acheh membakar kitab-kitab ulamak silam di negara itu pada zaman berkembangnya aliran faham Wahdatul Wujud Hamzah Fansuri.
"Agak-agaknya, tsunami yang berlaku di Acheh baru-baru ini adalah kesan daripada pembakaran kitab-kitab ulamak di sanalah," katanya. Ya, polemik Wahdatul Wujud dalam kitab karangan Hamzah Fansuri di Acheh itu, menyebabkan banyak kitabnya dibakar.
Benarkah hal itu antara sebab kemusnahan di Acheh ekoran dilanggar tsunami tanggal 26 Disember 2004? Wallahu 'alam. Apa pun, kata-kata beliau meninggalkan kesan mendalam, iaitu tindakan membakar kitab dengan tujuan menyekat aliran fikiran adalah dosa dan jenayah. Islam tidak menyekat pemikiran seseorang.
Oleh itu, sikap mengharamkan sesebuah buku bukan tindakan yang baik di pihak kerajaan. Ini kerana, segala ilmu, niat, idea dan pemikiran yang terkurung di hati dan akal kepala itu bukan jenayah. Yang dihukum sebagai dosa dan jenayah adalah amalan.
Novel Interlok disekat?
Syahadan, baru-baru ini timbullah isu penarikan novel Interlok (Abdullah Hussain) sebagai bahan bacaan subjek Sastera Bahasa Malaysia untuk tingkatan lima.

Berita berhubung keputusan itu timbul berikutan dakwaan bahawa isi kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, selain mengkritik dan menghina orang Melayu serta India.
Menurut laporan, hal itu dipersetujui Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Sairi Adenan dan Pengarah Jabatan Penerbitan DBP, Abdul Khalik Sulaiman, selepas pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah baru-baru ini.
Dilaporkan juga buku teks itu mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu seperti orang Melayu bodoh, malas selain paria dan unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan kaum India.
Bagaimanakah hal ini bermula? Murugiah yang juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam (BPA), dilaporkan sudah menerima aduan orang ramai dari seluruh negara yang meminta BPA mengambil tindakan sebelum orang ramai membuat tindakan membakar buku berkenaan di hadapan Kementerian Pelajaran.
Menurut Murugiah lagi, isu itu didedahkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Tamil selepas mendapat aduan orang ramai yang didakwa tidak berpuas hati terhadap isi kandungan novel itu.
Menunggu penjelasan Murugiah
Oleh sebab hal ini masih di peringkat samar-samar, maka Murugiah selaku Pengerusi BPA perlu tampil mendedahkan hasil maklumat yang beliau dapati sebelum ini yang kononnya telah didedahkan oleh akhbar tempatan Tamil.
Murugiah perlu bawa isu ini ke Dewan Rakyat untuk memberi penjelasan lanjut berhubung kelompok mana yang akan bakar Interlok di Kementerian Pelajaran itu.
Murugiah juga perlu membuat kenyataan rasmi di Dewan Rakyat supaya tindakan susulan di peringkat badan-badan penulis seperti Pena, Gapena dan lain-lainnya dapat dilibatkan sama dalam usaha menyelesaikannya.
Lagipun bukankah novel teks sastera ini berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Muhyiddin Yassin? Maka, Muhyiddin mesti dimaklumkan mengenai hal ini. Kita ada mantan Ketua Pengarah DBP Firdaus Abdullah yang kini senator Dewan Negara. Kita ada Senator Jins Shamsuddin dan ramai lagi sosok penting yang perlu diajak berbicara mengenai kedudukan novel ini.
Interlok itu setidak-tidaknya memaparkan cerminan wajah 1Malaysia walaupun dilihat ada gurisan kata di dalamnya. Maka, tentu sahaja, atas nama 1Malaysia, semua ini perlukan rundingan sebelum kumpulan tertentu membakarnya di Kementerian Pelajaran.

No comments:
Post a Comment