Oleh H FANSURI
Wanita Acheh memang terhormat oleh kekentalan jiwa mereka membela tanah air. Cut Nja Dhien antara sosok yang selalu menjadi ingatan saya.
Tanah rencong itu sudah melahirkan wanita yang tidak kalah masyhurnya dengan Tun Fatimah yang membela Melaka. Saat Acheh dilanggar Belanda, Cut antara wanita yang mara ke depan.
Saya tidak dapat melupakan bumi Samarinda ketika bersama Siti Zainon Ismail, wanita yang akrab dengan Acheh ini. Samarinda, gelanggang terawal yang melontar jiwa saya ke dunia sastera. Saya tidak mengenalinya pada peringkat awal.
Sehinggalah pada suatu hari, apabila Dr Siti diminta berucap mengenai perkembangan puisi di Malaysia dalam acara Mastera itu, maka dia berucap dengan suatu rentak bicara yang tidak pernah saya duga selama ini.
Mulanya saya fikir, beliau bercerita hal-hal kegiatan puisi seperti yang biasa kita baca di akhbar dan majalah arus perdana. Tapi, beliau berucap dengan menyentuh keterlibatan Barisan Alternatif (ketika itu belum lagi wujud PR), kaitan Taman Melewar dengan sajak-sajak Reformasi termasuk PAS!
"Pada zaman-zaman Reformasi itu, Taman Melewar turut berlimpah dengan para seniman seperti Dinsman dan para penyair lain yang mendeklamasikan puisi-puisi reformasi," katanya lagi. "PAS juga tidak kalah dengan tokoh puisi seperti Dr Zulkifli Muhammad."
Saya tercengang! Mata bundar dan kelam pandangan sebentar. Sampai sekarang saya terfikir, bagaimana agensi kerajaan seperti DBP boleh memilih orang seperti beliau untuk bercakap seperti ini?
"Rasa lain macam saja Dr Siti ni," saya bertanya rakan, Sahrunizam A Talib. Beliau, pemenang puisi tempat ketiga bersama saya dahulu rupa-rupanya jauh lebih awal mengenali Dr Siti Zainun. Jika demikian, memang saya agak terlewat.
"Kau tidak kenal lagi. Memang dia antara yang radikal masa awal-awal dahulu," kata rakan saya itu.
Oleh kekaguman itu, saya terus menghampiri beliau ketika minum pagi, lalu bertanya hal Prof Zulkifli Muhammad, tokoh PAS yang terkenal dengan kepenyairan.
"Ya, Prof Zulkifli terlibat dengan puisi, dia banyak mencipta sajak mengenai puteri-puteri Malaya. Tidak hanya bersajak malah dia tubuhkan kolej untuk puteri-puteri," katanya yang pernah menerima Anugerah Gelar Tengku Nyak Fakinah, Aceh pada 1990 itu.
Rasanya layaklah beliau menyandang gelar Tengku Nyak Fakinah, berikutan usaha dan keberaniannya menyatakan keberanian itu.
Memang benar Prof Zulkifli itu seorang pujangga. Bekas Yang Dipertua PAS Mohd Asri Muda pernah menukilkan kehebatan sosok ini sebagai berikut:-
"Saya kenal dia sebagai pujangga dengan membaca syair-syair dan sajak-sajaknya. Saya kenal dia sebagai ahli fikir dengan menatap karangan-karangannya di majalah dan risalah yang ditulisnya.

"Saya kenal dia sebagai pendidik dengan perkhidmatannya di Kolej Islam sebagai setiausaha dan pensyarah. Saya kenal dia sebagai ahli ilmu dengan ceramah-ceramah ilmiah yang diberikan di kolej-kolej dan universiti ditambah dengan karya-karyanya yang memabahas pelbagai bidang ilmu pengetahuan."
Berhenti merendah-rendahkan penulis wanita
Arakian, beberapa bulan lalu dalam Dialog Orang Muda (DOM) di Rumah Pena, ada sebuah forum membawakan tajuk berkaitan penulis wanita. Di situ, saya bangkitkan bahawa kita tidak kekurangan penulis dan penyair perempuan yang handal berpuisi tentang hal-hal kemasyarakatan dan politik kenegaraan.
Menyentuh pengalaman di USM 1970-an, watak-watak seperti Fatimah Sham, Fatimah Busu, Zurinah Hassan adalah bukti bahawa bumi ini masih kaya dengan penulis-penulis wanita yang berjiwa pejuang.
Dan, pada malam himpunan Budayawan Bertindak, Paksi bersama penduduk Kg Bandar Dalam, berhampiran Madrasah Tarbiah itu, Dato' A Samad Said pun berkata,

"Saya mengenali seorang gadis remaja yang manis dan malu-malu puluhan tahun dahulu ketika datang ke kampung ini. Sekarang dia sudah menjadi dewasa dan berjuang menegakkan maruah kampungnya..."
Gadis remaja yang dimaksudkan A Samad Said itu adalah Dr Siti Zainon yang kemudiannya tampil mendeklamasikan sajaknya dengan iringan gesekan biola yang menggetarkan jiwa.
Darah Acheh yang mengalir di tubuhnya adalah darah wanita tanah rencong Acheh. Kini ia melimpah tercurah membanjiri semangat rakan-rakannya yang berjuang mempertahan tujuh buah Kampung Tradisi di Kuala Lumpur (Kg Padang Dalam, Kg Sg Merali, Kg Puah, Kg Puah Seberang, Kg Chubadak dan Kg Sungai Mulia dan Kg Bandar Dalam).
Kepada Bonda Siti Zainon, selamat berjuang!

No comments:
Post a Comment