Oleh H FANSURI
Sudah pun menjadi kelaziman dan kerap diulang-ulang sebut bahawa sejarah itu ditulis daripada tangan manusia yang menang. Sama ada wujud bantahan atau tidak ke atas kenyataan ini maka hal itu biar kita bincang kemudian.
Sudah pun menjadi kelaziman dan kerap diulang-ulang sebut bahawa sejarah itu ditulis daripada tangan manusia yang menang. Sama ada wujud bantahan atau tidak ke atas kenyataan ini maka hal itu biar kita bincang kemudian.
Namun, hakikat yang terjadi mutakhir ini, memang benar-benar menunjukkan bahawa hal itu berlaku. Misalnya, kalimat merdeka yang didengungkan oleh Ahmad Boestamam, akhirnya dinisbahkan kepada Tunku Abdul Rahman.
Begitulah juga kurikulum sejarah di sekolah mengasuh pelajar bahawa Onn Jaafar adalah tokoh terawal yang menyeru bangsa Melayu untuk kembali bersatu.
Walhal Dr Burhanuddin Al-Hulaimy lebih awal berbanding Onn Jaafar di dalam hal penyatuan Melayu itu. Ini berdasarkan serangkap pantun bertema jiwa merdeka yang digemakan di Kongress PKMM pada 1945, iaitu setahun sebelum penubuhan Umno pada 1946.
Di atas runtuhan kota Melaka
kita dirikan jiwa merdeka
bersatulah Melayu seluruh baka
membela hak keadilan pusaka.
kita dirikan jiwa merdeka
bersatulah Melayu seluruh baka
membela hak keadilan pusaka.
Onn Jaafar, meniru perbuatan rancangan penyatuan Dr Burhanuddin di dalam PKMM ini lalu wujudlah Umno di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur.
Tentu saja, fakta seperti itu sukar dimuatkan dalam kurikulum sejarah versi Umno, tapi PR perlu menunjukkan bukti bahawa mereka sudah menyerahkan deraf berhubung kedudukan sebenar.
Hartal – Perlembagaan Rakyat
Apakah Umno dan BN akan menyentuh hal Hartal iaitu suatu pergerakan secara besar-besaran bagi membantah perlembagaan negara hari ini yang menunjukkan bahawa rakyat juga sebenarnya ada perlembagaan tersendiri yang dinamakan Perlembagaan Rakyat?
Tetapi sejarah dalam catatan Umno menunjukkan perlembagaan hari ini adalah hasil restu Tunku Abdul Rahman, Umno dengan penjajah, penyusun deraf perlembagaan Lord Reid dan Britain.
Bagaimanakah kerajaan Umno, BN mahu ikhlas menyatakan terhadap rakyat bahawa dahulunya sudah pun ada perlembagaan daripada rakyat yang menolak perlembagaan Lord Reid yang direstui Umno ini?
Bagaimanapun, PR hari ini patutnya menderafkan juga beberapa isi penting berkaitan hartal dan isi-isi penting yang termuat dalam perlembangan rakyat itu untuk pengetahuan generasi akan datang.
Soal sama ada Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin mahu menerima atau menolak syor deraf isi sejarah di sekolah-sekolah itu, adalah hal yang boleh kita bahaskan kemudian.
Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu
Selain itu antara hal terpenting dalam matapelajaran sejarah itu ialah penegasan mengenai Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, iaitu wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
Ketujuh-tujuh wasiat itu berbunyi seperti di bawah ini:-
1- Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
2- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4- Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
5- Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
6- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
7- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Deraf mengenai hal tujuh wasiat ini antara perkara yang mesti diketahui oleh pelajar-pelajar kita kerana termaktub dalam Rukun Negara; Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Hari ini, sebuah gunung dijadikan kasino judi di Genting Highland wajar dibahas dalam kelas sejarah untuk menjadikan matapelajaran Sejarah itu dinamik. Ini kerana, gunung tidak boleh dipindah milik langsung seperti yang terkandung dalam wasiat ke-2 raja-raja Melayu.
Entahlah sama ada Umno, BN Mahu terima deraf ini atau pun tidak, tetapi PR mesti hadirkan juga deraf ini kepada Muhyiddin Yassin dan kita sama-sama lihat sejauhmana beliau mahu bersetuju.
Sejarah kelahiran parti-parti politik di Malaysia
Akhirnya, hendaklah Umno, BN berlaku adil, jujur dan telus dengan sejarah perkembangan parti-parti di negara kita. Kita perlu beri deraf untuk mendesak mereka menjelaskan kenapakah agamawan keluar Umno lalu menubuhkan PAS?
Siapa yang pencipta lambang dan bendera Umno kalau bukan Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Siapa pengasas parti Gerakan yang bercitrakan Sosialis itu jika bukan Prof Syed Hussein Alatas? Bukanlah Lim Chong Eu pengasas Gerakan sebagai yang disebut oleh Lim Keng Yaik. Semua ini dan banyak lagi, mesti dimasukkan dalam deraf matapelajaran sejarah PR.
Muhyiddin hanya ada dua pilihan jika berdepan dengan deraf PR mengenai matapelajaran Sejarah yang akan diwajibkan itu. Sama ada menggugurkan semula kewajipan mempelajari Sejarah ataupun sedia berdepan dengan hakikat kebenaran sejarah dengan tabah berani dan berani mati!
No comments:
Post a Comment