Oleh H FANSURI
Ishak Surin, lelaki dari balang sejarah, akhirnya bangun bercerita pada malam himpunan Budayawan Bertindak, Paksi bersama para penduduk kampung di Madrasah Tarbiah, Kg Bandar Dalam itu.
Setelah lama mendiamkan diri dengan cerita derita pembangunan, maka beliau menghimbau kenangan silam berhubung sejarah pembukaan Kuala Lumpur.

"Sejak 150 tahun yang lalu, Kuala Lumpur ini telah mula dibuka oleh para pejuang Melayu. Mereka ini datang dari Indonesia (Sumatera), yang melibatkan peneroka Mandailing, Rawa, Kerinchi dan lain-lain.
"Mereka bukan lari daripada penjajahan, tetapi berjuang menentang Belanda di sana," katanya lagi.
"Sekarang di Abdullah Hukum, hanya tinggal beberapa buah rumah saja," kata Ishak lagi. Beliau yang lama terlibat dengan kegiatan politik kiri di Tanah Melayu; Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) tentu sahaja menyimpan banyak peristiwa suka duka yang lama terkurung dalam balang sejarah lalu.
Dalam ucapan aluannya, Ishak menyeru agar khalayak tampil hadir ke Kampung Haji Abdullah Hukum bagi mempertahan kampung yang seterusnya.
Kampung terpinggir di Kuala Lumpur itu terletak di sepanjang Jalan Bangsar. Ia dikelilingi Bangsar, Mid Valley Megamall and Kerinchi. Berusia lebih 200 tahun, kampung itu adalah juga tanda bahawa bangsa Melayu adalah bangsa terawal yang tinggal menetap di Lembah Kelang ini.
Sehinggalah pada 2007, desa berusia lebih 2 abad ini sudah ditandakan sebagai tempat pembangunan.
Muzium Abdullah Hukum
Selepas acara deklamasi sajak tamat, saya merapati Dr Siti Zainun Ismail, seorang penggiat masyarakat yang banyak mencurahkan baktinya dalam usaha menyelamatkan tujuh buah kampung warisan di situ.
"Kita akan pergi ke Abdullah Hukum selepas ini," kata beliau dengan nada penuh bersemangat. "Saya fikir, kita mungkin lantik Prof Dr Khoo Kay Kim untuk jadi penasihat kepada jawatankuasa kita ini."

"Apa nak buat? Orang politik tak nak buat untuk menghargai warisan kita. Kita bukan berjuang di atas wadah kepartian, tetapi betul-betul di atas nama gerakan kebudayaan," tambah beliau lagi.
Di samping itu, Dr Siti Zainun sedang berura-ura mahu kumpulkan tesis-tesis siswa, catatan akademik, apa-apa sahaja nota ilmiah berhubung Kampung Haji Abdullah Hukum itu.

"Bukankah banyak catatan dan rekod penulisan mahasiswa di universiti kita mengenai Kg Hj Abdullah Hukum ini? Jadi, kita akan kumpulkan dan letakkan di muzium itu," tambah beliau lagi.
Saya tidak sempat pula bertanya, rumah siapa yang mahu dijadikan muzium itu, lagi pun itu cuma ura-ura berhubung pelaksanaan di peringkat awal. Namun, catatan mengenai ura-ura ini sangat baiklah juga dirakamkan sebagai ingatan, bacaan dan tatapan bagi semua pembaca.
Mendengar syor-syor ini, saya dapati bahawa ia sangat menarik kalau dapat dibuat dan dikembangkan.
Cabaran Kg Warisan masa depan
Selepas bualan ringkas bersama Dr Siti Zainun itu, saya sempat berbual ringkas bersama Presiden Teras Pengupayaan Melayu Mohd Azmi Abdul Hamid.
Dalam diam, beliau melahirkan kerisauannya kalau terjadi keretakan dalam jawatankuasa yang ada dan kebimbangan itu memang berasas. Beliau pernah berdepan dengan keadaan itu sebelum ini.
"Kami pernah bentuk jawatankuasa di Bris, Sik, Kedah. Kaedah pemaju memecahkan jawatankuasa ini bermula dengan cara mereka memanggil seorang dua pemilik tanah.

"Lalu, mereka tawarkan dengan nilai harga tanah yang tinggi, maka akhirnya seorang dua inilah yang keluar jawatankuasa itu," kata beliau ketika menceritakan pengalaman lalu.
Selain itu, beliau meminta agar para penduduk ketujuh-tujuh kampung warisan ini, (Kampung Padang Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Puah, Kampung Puah Seberang, Kampung Chubadak dan Kampung Sungai Mulia) berhati-hati dengan Borang F dan Borang H.

"Kedua-dua borang ini perlulah diteliti. Ramai orang yang terperangkap apabila tidak membaca borang ini," pesannya lagi. "Tapi, mungkin sekarang strategi bertukar dan borang-borang pun sudah diubah."
Menyentuh taktik pemaju sebelum ini, Mohd Azmi berkata, pada peringkat awalnya, pemaju akan cuba pecahkan jawatankuasa itu, seorang demi seorang dengan habuan duit yang tinggi kepada beberapa ahli jawatankuasa awal yang menentang hal pengambilan tanah itu.

Dalam pengalaman kami, hal itu pernah dilakukan pemaju, sehingga wujud pula jawatankuasa baharu untuk menolak jawatankuasa lama yang sebelum ini sudah berjuang menentang pengambilalihan tanah.
"Kemudian, jawatankuasa baharu yang menyokong pengambilan tanah itu pula tuduh kami hasut orang kampung agar jangan jual tanah ini. Saya khuatir hal yang sama terjadi terhadap Paksi dan Budayawan Bertindak ini. Jangan-jangan nanti, mereka pula yang dituduh sebagai penghasut," katanya.
Tambah beliau, ini taktik awal kaum pemaju sebelum mereka menghantar kumpulan samseng, gangster untuk membuat onar dan mengganggu keseimbangan di kampung-kampung sebelum ini.
Apa pun, Kg Bandar Dalam diharapkan dapat menjadi titik awal permulaan yang menuju ke arah usaha memelihara kampung warisan ini. Ishak Surin telah menyuntik semangat dengan paparan kisah lampau dan sejarah silamnya.
Dr Siti Zainun tampil dengan gagasan masa depan, sementara Mohd Azmi membangkitkan kekhuatiran beliau berhubung cabaran yang mungkin dihadapi oleh para penduduk kampung ini pada masa depan.
Bagaimana pula dengan kedudukan kita yang melihat semua ini? Tidakkah kita juga berhak menyemak dan memeriksa keadaan yang pincang ini?

No comments:
Post a Comment