Oleh H FANSURI
Perkataan hijrah mungkin berasal dan berawal daripada 'hajar'; batu. Sebab itu, Melayu mengembara dan menyukat jalanan mereka dengan batu.

Kalau hari ini mereka masih berkelana berjalan kaki ke benua Mongolia contohnya, mereka akan sukat jalanan dari kerajaan Funan (Bugis purba) ke benua Mongolia itu dengan batu jua adanya.
"Wah! Jauhnya jalanan ke benua Mongolia itu kira-kira sejuta batu jua adanya," kata Laksamana Hang Najib. Selain itu, mereka akan sukat jalanan dengan masa.

Mungkin kelana ke Mongolia sekitar dua tiga bulan perjalanan menaiki kuda dan gajah. Demikian antara contoh sukatan Melayu purba berdasarkan ruang (batu, time) dan waktu (masa, bulan, hari).
Di sini ada persoalan baharu; nama ibu bangsa Arab adalah Siti Hajar (Hagar dalam Bible). Hasil pernikahannya dengan Ibrahim a.s menyebabkan lahirnya Ismail a.s, iaitu nenek moyang kepada bangsa Arab.
Adakah Hajar diberi namanya kerana Hajar adalah bangsa pengembara? Atau perkataan 'hajara' (hijrah, kembara, petualang) hari ini memang berasal daripada nama Siti Hajar sendiri?
Apa pun, di sinilah letaknya persamaan antara Melayu purba dan Arab purba. Seperti yang disebut awal tadi, Melayu menyukat jalanan dengan batu (hajar dalam Arab) dan Siti Hajar ditinggalkan di Mekah oleh Ibrahim a.s bersama anak mereka yang masih kecil; Ismail a.s. Mekah saat itu adalah tanah gersang.
Hajar dinikahi setelah Sarah didapati belum dapat melahirkan zuriat buat Ibrahim a.s. Namun, setelah melahirkan Ismail, Hajar dibawa mengembara lalu ditinggalkan di tempat yang kini dikunjungi ramai bangsa di seluruh buana ini.
Ia tidak sama dengan 'hijrah' Altantuya mencari peluang yang lebih baik di Malaysia. Kerana komisen kapal selam, maka wanita Mongolia itu dan anaknya mati diledakkan oleh bom C4 dan bakal dilupakan dalam ingatan manusia.
HIJRAH, NIAT DAN PENGORBANAN
Tersebut dalam hadis berhubung 'niat' mengenai hal-ehwal hijrah ke Madinah ini. Ada sahabat yang berkorban meninggalkan aset dan komoditi buah-buahan dan ranum termasuk haiwan ternakan.
Oleh itu, hijrah terkait dengan nilai-nilai pengorbanan. Sabda nabi, "Sesiapa yang berhijrah kepada dunia, dia akan mendapat habuannya dan (kalau hijrah) untuk mendapatkan wanita, dia akan menikahinya..."
Tidak salah hijrah demi dunia dan wanita selagi mana ia bukan dosa. Cuma, tujuan hijrah dalam maksud itu, mutunya bernilai rendah dibanding hijrah demi agama.
Hijrah berlaku sekali dalam hidup. Setelah itu, Rasulullah bersabda, "Selepas ini, tiada lagi hijrah..." Ini bermaksud, umat Islam bukan lagi kaum pelarian seperti muslimin terawal yang wajib berhijrah ke Madinah guna mencari pemerintahan baharu.
Hari ini, ramai anak desa berhijrah ke kota memburu wanita liar di kelab-kelab malam di ibu kota, juga kerana mencari peluang kerja baharu, gadis berhijrah setelah dihasut lelaki ke bandar atas nama nafkah hidup atau kerana terlanjur bercinta.
Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
tinggal emak buang saudara
kerana kekasih saya turutkan.

Juga, atas nama pembangunan, perkampung warisan di ibu kota dilanyak jengkaut, dihumban dan diratakan dan penduduknya dipaksa berhijrah atas nama pembangunan. Inilah makna hijrah yang telah digelapkan dan dinodai kesucian pengertian yang asalnya.
Semua ini dan banyak lagi termasuk cerita Altantuya adalah tema kisah yang pernah menghiasi dada akhbar. Ia tidak sama dengan kisah pengorbanan hijrah Rasulullah, hijrah Siti Hajar, hijrah exodus Musa bersama Bani Israel pergi membuka Palestin.
Anak Altantuya yang tewas dalam kandungan gara-gara bom C4 tidak sama dengan anak Hajar; Ismail yang menerbitkan bangsa Arab yang mana bahasa mereka terpilih sebagai bahasa Al-Quran.
Kita mesti berhijrah daripada takut kepada berani. Daripada faham seni untuk seni, seni demi keuntungan dan kepuasan peribadi kepada faham seni untuk rakyat.
Namun, kalimat rakyat seperti terbatas kepada lingkungan Malaysia. Ia sesuai ketika penjajahan Jepun, British di Malaya. Kita perlu berhijrah daripada 'seni untuk rakyat' kepada 'seni untuk umat' kerana umat lebih luas, melibatkan Palestin, selatan Thai dan lain-lain wilayah yang masih terjajah.
Itu tujuan matlamat akhir seni kita; seni untuk umat; sastera pembebasan; seni demi kemerdekaan. Oleh itu, kita perlu hijrah seni!

No comments:
Post a Comment