Oleh H FANSURI
Perdebatan mengenai kebebasan akhbar tidak habis-habis dibicarakan dalam kalangan wartawan serta pengamal media, termasuk orang awam. Tetapi, adakah mereka itu penggubal dasar mengenai akhbar?
Golongan yang sedar tentang kepentingan akhbar yang bebas ini memang ramai, tapi jumlahnya datang daripada golongan bawahan, iaitu kumpulan yang tidak boleh membuat keputusan.
Kumpulan yang sebenarnya mampu membuat keputusan berhubung Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) ini adalah ahli-ahli Parlimen. Mereka yang berhak menokok tambah, mengurangkan artikel, termasuklah membatalkan akta tersebut jika perlu.
Maka, dalam perbincangan antara pengamal media kali keempat yang lalu, terbit suatu cadangan untuk mewujudkan kaukus parlimen mengenai kebebasan akhbar dan media.
Dzulkarnain Taib, salah seorang yang hadir antara orang yang menyebutkan hal ini. Lalu, timbul suatu lagi persoalan baharu, mengenai siapakah yang wajar mengetuai kaukus kebebasan akhbar tersebut.

"Bukan ramai sangat ahli-ahli Parlimen kita yang faham sangat dengan permasalahan kaukus parlimen ini," tambah beliau lagi.
Maka, beliau membangkitkan syor supaya diwujudkan bengkel untuk menyediakan bekalan idea untuk berhujah dalam parlimen jika ada kalangan ahli-ahli parlimen yang berminat bangkitkan hal kebebasan akhbar dan media ini.
Contoh Pembentukan Kaukus Parlimen
Antara contoh kaukus parlimen yang pernah dibentuk sebelum ini adalah, jawatankuasa kaukus tentang royalti minyak di Parlimen yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang.
Ketua Pengimbang Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata di dalam suatu sidang medianya bahawa Kaukus Parlimen ini pernah dibentuk sebelum ini mengenai isu-isu berhubung hak asasi, kaukus kaum pekerja, kaukus hak-hak kaum wanita.
Seperti mana jawatankuasa kaukus parlimen mengenai royalti minyak yang dipengerusikan Tengku Razaleigh Hamzah, maka pernah juga wujud kaukus parlimen mengenai Hak Asasi Manusia yang telah dipengerusikan oleh Dato' Kamaruddin Jaafar.
“Dengan kewujudan kaukus parlimen berhubung petroleum ini, dan dengan kepakaran dan pengalaman beliau ini, kita harap beliau dapat membantu,” kata Anwar ketika mendedahkan kedudukan kaukus itu.
Dan, pada April 2008 misalnya sekumpulan wakil rakyat telah mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas kebebasan media di peringkat Parlimen selepas pengharaman akhbar berpengaruh Makkal Osai.
Sementara itu, pada 6 Jun 2005, terbit suatu laporan yang menyarankan supaya para tahanan penjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membuat aduan, melalui keluarga mereka, mengenai keadaan di kem tahanan Kamunting sebelum jawatankuasa kaukus Parlimen melawat kem itu pada 17 Jun, tahun yang sama.
Ertinya, kaukus parlimen adalah suatu jawatankuasa khas yang memberikan penumpuan terhadap isu-isu berat yang sepatutnya ditangani secara berkumpulan melibatkan keanggotaan ramai ahli-ahli dewan itu sendiri. Kaukus mungkin menyebabkan orang-ramai lebih mudah bertemu dan membangkitkan syor terhadap apa-apa permasalahan yang berlaku dalam perkara-perkara besar.
Kaukus akhbar, media dan penglibatan masyarakat
Barangkali, dengan kewujudan kaukus kebebasan akhbar dan media ini menyebabkan pengamal media boleh melantunkan syor dan cadangan kepada mana-mana ahli parlimen mereka dengan lebih berkesan.
Dalam keadaan hari ini, kita sangat menyedari tentang bagaimana hebatnya kawalan kerajaan terhadap akhbar dan media-media itu sendiri. Tentu banyak persoalan yang ingin wartawan itu timbulkan.
Malah, mereka yang berada di luar lingkungan bidang kewartawanan juga amat menyedari kewajipan sosial dan moral kewartawanan itu sendiri. Dalam kes di luar negara misalnya, John Paul II pada 2000 pernah berucap sebagai berikut:

"Dengan pengaruhnya yang besar dan terus ke atas pendapat awam, kewartawanan tidak boleh dipandu hanya dengan kekuatan ekonomi, keuntungan, dan kepentingan khusus.
"Sebaliknya kewartawanan harus dihayati dengan misi yang dalam batas tertentu dianggap suci, ia juga bertindakbalas dengan kefahaman bahawa cara komunikasi yang kuat telah pun diperkukuhkan kepada anda demi kebaikan semua."

Tokoh agamawan Kristian itu mengucapkan hal ini dalam suatu perisytiharan pada Hari Tahun Suci Vatikan untuk Wartawan pada 4 Jun, 2000.
Lalu, mengenangkan hal ini, maka Bill Kovach dan Tom Rosenstiel dalam bukunya yang berjudul The Elements of Journalism, What Newspeople Should Know and the Public Should Expect, merumuskan sebagai berikut:-
"Misi demokratik ini bukan hanya gagasan moden. Konsep penciptaan kedaulatan telah bergema daripada setiap pernyataan dan hujah hebat mengenai akhbar selama berabad-abad.

"Bukan hanya daripada wartawan, tapi juga daripada kaum revolusioner yang berjuang untuk demokrasi, baik di Amerika mahu pun di setiap sudut tempat di mana demokrasi tumbuh," kata mereka.
Ya, sehingga catatan ini ditulis tidak diketahui apakah sudah wujud kaukus mengenai akhbar dan media itu. Mungkinkah kaukus parlimen berhubung kebebasan akhbar ini sudah pun wujud.
Tapi jika ia telah pun wujud, sejauhmanakah ia berperanan setakat ini dalam membincangkan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh KDN bermodalkan AMCP yang patut kita mansuhkan itu?

No comments:
Post a Comment