Oleh H FANSURI
Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dalam ucapannya di Pekan berkata, pencapaian cemerlang akademik pelajar perlu diseimbang dengan penyertaan dalam ko-kurikulum.
"Pelajar perlu cemerlang secara holistik, dari segi akademik dan cergas dalam kokurikulum, barulah dapat bangunkan pimpinan di hari muka," katanya.
Tambahnya ibu bapa termasuk guru-guru dan pelajar itu sendiri adalah tonggak utama bagi menjayakan misi melahirkan kepimpinan masa depan negara yang berkualiti.
Kesilapan Najib selaku bekas Menteri Pendidikan
Ucapan Najib di atas bukanlah 'wahyu' dan 'sabda' baharu buat kita. Ia tak akan mengubah apa-apa dan mengubah sesiapa. Kini ketika Najib Razak menjadi PM, beliau masih menasihatkan guru-guru, pelajar dan ibu bapa mengenai ko-kurikulum dan tatacara akhlak yang baik.
Walaupun, hal pendidikan ini terletak di bawah Muhyiddin, tetapi oleh kerana Najib pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan, maka ada baiknya beliau bermuhasabah mengenai dasarnya yang lalu ketika menjadi Menteri Pendidikan.
Dahulu, Najib pernah mencadangkan Malaysian University English Test (Muet). Ia suatu hal yang tidak diperlukan. Dan ia masih kekal hingga kini. Saat itu juga, Najib membuat keputusan terburu-buru, iaitu memendekkan tempoh masa pengajian di universiti.
Tempoh pengajian selama 4 tahun dipendekkan kepada 3 tahun atas dasar ucapan PM Dr Mahathir. Dr Mahathir dalam ucapannya berkata, menjelang 2020, negara memerlukan lebih ramai tenaga kerja.
Maka dengan sebab itu, tempoh pengajian dipendekkan agar universiti dapat mengeluarkan graduan ini dengan lebih cepat bagi menampung kekosongan pasaran kerja. Tapi, hakikat yang berlaku sebaliknya.
Ramai graduan menganggur apabila peluang pekerjaan semakin mengecil dengan kelembapan ekonomi selepas 1997. Kezaliman ini berlaku dalam keadaan Najib masih bebas tidak terhukum.
PLKN agenda kroni?
Ketika Mohd Najib menjadi Menteri Pertahanan, maka anak-anak muda pula dikerah memasuki PLKN – Program Latihan Khidmat Negara. Desas-desus menyatakan bahawa dengan projek itu juga, ada laba besar yang diperolehi dengan perniagaan baju-baju seragam PLKN itu.
Sekarang, mari direnung semula adakah pelatih PLKN yang dilatih secara ketenteraan itu, dilatih lasak sebagaimana yang disarankan baginda Rasulullah s.a.w.
Hal yang kita maksudkan di sini ialah, hal menunggang kuda, memanah dan berenang. Rasulullah s.a.w bersabda, "Segala yang tidak berkaitan dengan zikir (menyebut) nama-nama Allah, maka itu adalah senda gurau belaka, kecuali empat perkara, iaitu berjalannya seseorang antara dua tujuan (untuk memanah), latihan menunggang kuda, bermain dengan keluarganya dan belajar berenang." (At-Thabarani).
Maka, sekiranya kita tidak berzikir, namun ke atas empat perkara ini, selama mana kita melakukannya, maka ia terhitung dalam hal-hal yang berfaedah yang terhitung pahala juga.
Iaitu, sukan memanah, berlatih menunggang kuda, bersuka-sukaan dan berliburan dengan keluarganya dan belajar berenang. Soalan awal kepada Najib Razak, adakah dalam sistem persekolahan dahulu dan di bawah PLKN kini, beliau melaksanakan saranan nabi ini?
Ketika Mohd Najib Abdul Razak menasihati ibu bapa, guru-guru dan pelajar di Pekan, Pahang, adakah beliau menyemak demikian banyaknya hadis-hadis berhubung keperluan anak-anak muda menunggang kuda, berlatih ilmu memanah termasuk belajar berenang ini?
Pesan nabi, "Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu."(Riwayat Bazzar, dan At-Thabarani).
Sementara itu, dalam sabda Rasulullah s.a.w yang lain pula, "Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda)." (Riwayat Muslim)
Ko-kurikulum di sekolah perlu rombakan semula
Hal ini yang mesti diperhatikan Mohd Najib Abdul Razak dan Muhyiddin Yassin. Ko-kurikulum yang ada hari ini, adakah memberi perhatian yang berat ke atas sukan memanah, menaiki kuda dan berenang. Kalau pun ada, ia mungkin tidak begitu menyeluruh.
Sejak bapa Mohd Najib, iaitu Abdul Razak membuat rumusannya berhubung pendidikan kebangsaan di dalam Penyata Razak, adakah menunggang kuda, memanah dan berenang itu ditulis dalam penyata itu?
Rasa-rasanya tidak ada. Ia hanya tumpukan aspek penyatuan bangsa ini melalui bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Maka, Mohd Najib perlulah bermuhasabah semula-Islam jenis apakah yang sedang beliau amalkan sekarang ini dalam dunia pendidikan dan dalam pentadbiran negaranya selama ini?
Walaupun sukan kuda itu dikatakan sebagai sukan yang mahal kerana harga kuda itu mahal, tapi hujah itu tertolak kerana lewat 'Belanjawan Seluar Dalam', ratusan juta dibelanjakan demi projek isteri beliau Rosmah; Permata Negara. Nilai sebanyak itu boleh digunakan untuk membeli kuda-kuda.
Jika seekor kuda berharga RM30,000, maka dengan RM100 juta, Najib boleh membeli lebih 3,000 ekor kuda untuk sekolah-sekolah sebagai ko-kurikulum. Kembalilah kepada nabi, jangan taat perintah isteri. Setidak-tidaknya Rasulullah ada syafaat, sedangkan Rosmah itu miskin di akhirat.
Imam Bukhari dan Imam Muslim sudah bersepakat melaporkan sabda nabi ini, "Ajarilah anak-anakmu berkuda, berenang dan memanah."
Sekarang, pilihan terletak di tangan Mohd Najib. Mahu ikut pesan Rasulullah atau arahan Rosmah?

No comments:
Post a Comment