Oleh H FANSURI
Setelah kita bercerita mengenai kota sastera, kota budaya dan perkampungan warisan dan desa kebudayaan, maka tiba-tiba entah dari ceruk mana, bertiup kencang perkhabaran angin berita yang berhembus menitipkan pesan, lelaki 1Malaysia perlu cari gadis Maghribi.
Setelah kita bercerita mengenai kota sastera, kota budaya dan perkampungan warisan dan desa kebudayaan, maka tiba-tiba entah dari ceruk mana, bertiup kencang perkhabaran angin berita yang berhembus menitipkan pesan, lelaki 1Malaysia perlu cari gadis Maghribi.
Kononnya, wanita Maghribi bersopan santun, terpelihara budi bahasa dan bicaranya tersusun berpantun. Marah kaum ibu dan gadis di negara ini. Mujur belum ada gesaan menikahi gadis Mongolia. Kalau tidak, isteri Perdana Menteri akan melompat sama sanggup berperang menghunuskan parang.
"Aku khuatir Perkasam berdemonstrasi kerana hal ini disifatkan menyanggah Ketuanan Gadis Melayu," seorang rakan mengata. Akan sia-siakah rancangan Gadis Melayu di TV9 yang selama ini berjuang mencari dan melatih kelembutan anak dara kita?
Akan sia-siakah perjuangan Jamal Abdillah, penulis lirik, penggubah lagu Gadis Melayu yang melaungkan semboyan, "Siapa bilang gadis Melayu tak menawan?..."
Wanita-wanita di Malaysia, khasnya gadis Melayu ini juga punya perasaan dan hati (walaupun ada juga yang menyatakan jantung).
Gesaan Melayu sendiri?
Mungkin gesaan menikahi wanita Maghribi datang daripada orang Melayu yang mahu wanita baik. Namun, hari ini, atas nama budaya 1Malaysia, orang kita memendam geram kepada gadis Korea dan Jepun. Mungkin kerana mereka terlalu banyak menonton drama, filem dari negara itu.
Kebudayaan kita banyak dicorakkan politikus. Ketika wujud Dasar Pandang Ke Timur, ditayangkan Oshin yang berjuang memperbaiki nasib dirinya sehingga berjaya membina gedung pasaraya selepas kejatuhan Jepun.
Ia menceritakan kegigihan gadis pingitan yang kental jiwa. Oshin menolak peperangan. Pernah Oshin mengasak pertanyaan, kenapa harus ada peperangan? Seolah-olah, dia menolak perang Jepun ke atas Malaya dan menolak perang Amerika meletupkan Nagasaki dan Hiroshima. Apakah Oshin juga menolak kepenggunaan alat letupan perang seperti bom C4 ke atas wanita Mongolia? Wallahu'alam.
Tapi, Oshin gadis pingitan, anak petani yang tidak terlibat merumuskan dasar negara. Itu dahulu, ketika Malaysia menonjolkan drama Jepun Oshin yang bersopan.
Kemudian, gempuran kebudayaan Jepun bermula apabila diasak arus kemodenan Barat. Datang Great Teacher Onizuka (GTO) dan lain-lainnya yang menampilkan wanita-wanita yang tidak lagi tersusun susila.
Dasar penyiaran bercanggah dengan dasar negara
Agak ganjil ketika merenung hubungan dasar negara dengan dasar penyiaran televisyen negara. Kita boleh faham, Oshin disiarkan kerana menyahut Dasar Pandang ke Timur. Tetapi, Mis Tres Hermanas, La Usurpadora dan lain-lain drama Venezuela yang tonjolkan paparan wanita seksi berpakaian terdedah itu berkiblatkan dasar yang mana pula?
Kalau kita ada dasar baharu, misalnya Dasar Pandang Sosialis bagus juga. Umpamanya, kita memilih Cuba, sebuah negara Sosialis yang memberi rawatan dan pendidikan percuma kepada rakyat, lalu kita tayang drama, filem dari Cuba, bukankah itu lebih afdal?
Kita tulis begini kerana kita bercita-cita tinggi meningkatkan syiar agama, menegakkan hukum hudud dan menegakkan kebudayaan Melayu setelah Gapena teraba-raba merumuskan tujuannya mencari Melayu di seluruh dunia. Kes Melayu Suriname di Amerika Latin antara contohnya. Syiar Islam, kebudayaan Melayu, kesusasteraan dan persuratan Melayu perlu disebarluaskan ke serata alam.
Pemikiran bukan jenayah
Tidak salah berfikir, berangan kerana pemikiran bukan jenayah. Mengadakan hubungan dengan model Mongolia hingga meletupkannya dengan bom C4, barulah dikira sebagai jenayah. Berangan, berfikir termasuk dalam daerah niat, wilayah qasad. Dan, ia bukannya amal tindakan yang boleh dihukum sebagai betul atau salah.
Maka, atas nawaitu itu, kita berangan mencari pemuda untuk buka desa Melayu di Maghribi. Nama bangsa Melayu baharu ini adalah Merabi; hasil kacukan Melayu yang menikahi wanita Maghribi.
Atas mimpi menegakkan hudud, persuratan, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di seluruh dunia, kita ingin cari pemuda untuk buka desa Melayu di Turki. Bangsa Melayu baharu itu kita namakan Merki; kacukan Melayu dan Turki. Turki pernah membina Bani Dinasti Uthmaniyyah.
Turki bersaudara se'aqidah' dengan Mongolia saat era Jahiliah. Mereka percayakan Tuhan yang sama; Tengri. Oleh itu, selepas jatuhnya Bani Dinasti Mughal Mongolia, saudara Mongol iaitu Turki terpilih menguasai dunia dengan Islam.
Tidak salahnya bermimpi membuka desa Melayu di Mongolia dengan mencari pemuda untuk dinikahkan dengan gadis Mongolia di sana. Bangsa Mengalia (Melayu kacukan Mongolia) itu diharapkan dapat sebarkan persuratan, kebudayaan, kesusasteraan Melayu di sana. Juga, menegakkan hudud setelah Malaysia di bawah Umno-ini menolaknya.
Setelah bermimpi begini, siapa yang sudi menyahut seruan angan ini? Jangan marah, kita tanya sahaja. Seperti mimpi, berangan dan berfikir yang bukannya kesalahan, maka bertanya juga bukanlah salah kan?
No comments:
Post a Comment