Oleh H FANSURI
Ada hal yang sangat misteri darihal Rosmah dan Puteri Gunung Ledang (PGL) sebagai yang tercantum kisahnya di dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) itu.
Maka, berangkat daripada hal kemisterian dan teka-teki itulah, maka tulisan akademik ini dirangka tulis bertujuan mencari persamaan dan perbezaan antara kedua-dua sosok wanita terkenal lagi ternama ini.
Dalam kajian siri pertama ini, kita merujuk Sulalatus Salatin, di bawah tajuk 'Meminang Puteri Gunung Ledang'. Tun Seri Lanang, sebagai pengarang dan penyuntingnya telah menulis sebagai berikut:-
Kisah Tun Mamad bertemu 'orang ghaib'?
Maka, Tun Mamad pun hairanlah mendengar rencana taman itu, seraya berjalan ke tengah taman itu. Maka Tun Mamad pun bertemu dengan sebuah balai, semua perkakasnya tulang dan atapnya rambut; di atas balai itu ada seorang perempuan tua, baik rupanya, menyampai kain pendukung; empat orang perempuan muda-muda mengadap dia.
Maka ia bertanya pada Tun Mamad, katanya, “Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu? Maka kata Tun Mamad, “Kami ini orang Melaka, nama hamba Tun Mamad, dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan Sang Setia ada di bawah gunung ini, tiada boleh naik, akan hamba disuruhnya; dan tuan hamba, siapa nama tuan hamba?”
Maka sahut perempuan itu, “Nama hamba Dang Raya Rani, hambalah pengetua Puteri Gunung Ledang; nantilah hamba di sini, biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba itu pada tuan puteri.”
Setelah ia berkata, maka kelimanya lenyaplah; ada kadar sesaat maka kelihatan pula seorang perempuan tua, bongkak belakangnya lipat tiga.
Maka ia berkata pada Tun Mamad, “Adapun segala kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada tuan Puteri Gunung Ledang; akan titah tuan puteri...
“Jikalau raja Melaka hendakkan aku, perbuatkanlah aku jambatan emas satu dan jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang itu. Akan peminangnya hati nyamuk tujuh dulang; hati kuman tujuh dulang; air mata setempayan; air pinang muda setempayan; darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau ada demikian kabullah tuan puteri akan kehendak raja Melaka itu.”
Setelah sudah ia berkata demikian lenyaplah ia. Pada suatu riwayat, orang tua yang berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang, merupakan dirinya seperti orang tua.
Setelah itu maka Tun Mamad pun turunlah dari sana kembali pada Laksamana dan Sang Setia. Maka, segala kata Puteri Gunung Ledang itu semuanya dikatakannya pada Laksamana dan Sang Setia. Setelah itu sekaliannya pun turunlah dari Gunung Ledang, berjalan kembali ke Melaka.

Berapa lamanya di jalan sampailah ke Melaka. Maka Laksamana dan Sang Setia dan Tun Mamad pun masuklah mengadap Sultan Mahmud Syah; maka segala kata yang didengarnya daripada Puteri Gunung Ledang itu semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Mahmud.
Maka, titah baginda, “Semua kehendaknya, dapat kita adakan, mengeluarkan darah anak kita itu juga apatah daya; kerana tiada sampai hati kita.” --- {Sulalatus Salatin, penyelenggara A Samad Ahmad, hal. 212 – 215}
Tafsiran ke atas beberapa kisah di atas
Di sini, mungkin terbit beberapa persamaan antara PGL dan Rosmah. Pertanyaan awal yang wajar kita tanyakan di sini ialah siapa PGL ini?
Maka, Tun Mamad pun hairanlah mendengar rencana taman itu, seraya berjalan ke tengah taman itu. Maka Tun Mamad pun bertemu dengan sebuah balai, semua perkakasnya tulang dan atapnya rambut..
Petunjuk awal yang ditemui oleh Tun Mamad adalah sebuah balai yang perkakasnya diperbuat daripada (1) tulang dan beratapkan (2) rambut. Kita patut bertanya, tulang siapakah yang menjadi perkakas untuk membina balai pemujaan itu? Rambut siapakah pula yang berjuntaian dari atas sebagai atap bumbung balai itu?
Apakah mereka ini pengamal sihir yang mengorbankan darah manusia bagi memenuhi upacara memuja syaitan? Lalu, tulang dan rambut yang tersisa itu digunakan sebagai balai tempat pemujaan mereka? Wallahu ta'ala 'alam...
Kita harus berfikir keras mencari jawapan ke atas hal ini semua kerana hal ini menyangkut nasib negara yang kini berada di tangan seseorang yang akrab dengan pemimpin utama negara.
PGL mungkin orang baik. Kemungkinan ini tidak boleh ditolak. Mungkin syarat itu sebenarnya sebagai seni menolak peminangan sultan. Jadi, ini kemungkinan pertama.
Tetapi, mari menyemak kemungkinan kedua, bagaimana jika PGL itu zalim? Semak semula kenapakah syarat itu menyusahkan sehingga umat terpaksa menukang emas untuk dibuat jambatan ke gunung dan rakyat didera untuk mencurahkan air mata setempayan?
Belum terjadi pernikahan, umat sudah menderita, jika berlangsung pernikahan apatah lagi? Hari ini, tak semena-mena, Belanjawan Seluar Dalam peruntukkan RM111 juta untuk Permata Negara.
Kita pernah dengar amalan nasi kangkang dan lain-lain upacara kebatinan gelap yang menggunakan seluar dalam. Kita tidaklah tuduh apa-apa. Cuma tertanya-tanya, sesekali terfikir dan terlintas di hati. Itu pun kita bertanya atas nama kajian dan penyelidikan akademik.

No comments:
Post a Comment