Oleh H FANSURI
PEPATAH Mongolia menitipkan pesan kepada kita, "Berdebat dengan sabar itu lebih afdal berbanding perdamaian yang berpura-pura." Manakala Voltaire berkata, "Saya tidak bersetuju dengan pendapat anda, tapi hak anda untuk bersuara tetap saya berikan."
Inilah antara asas ramuan yang perlu dipegang dalam menjunjung tradisi demokrasi yang kita pertahankan. Sejauh ini, kita lihat pelbagai rusuhan kaum dalam masyarakat kita. Sebenarnya, ia tidak hanya bermula pada 13 Mei, malah sudah banyak rusuhan berlaku.
Sejarah riwayat rusuhan kaum ini jangan dipadamkan. Di sinilah kesilapan Barisan Nasional khasnya Umno ketika melarang sebarang bentuk perbahasan untuk meneliti semula lembaran sejarah berhubung kebangkitan rusuhan kaum sebelum ini.
Pada petang mendung 10 Januari lalu, kira-kira lima persatuan termasuk Pena dan Gapena membuat laporan polis di IPD Dang Wangi. Presiden Pena Mohamad Saleeh Rahamad dalam kenyataannya berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan membakar gambar sasterawan negara Abdullah Hussain.
"Beliau menerima anugerah daripada Yang Dipertuan Agong," katanya. "Dan, pembakaran gambar beliau ini adalah suatu penghinaan yang melampau."
Turut berucap di depan IPD Dang Wangi itu Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan. Beliau berkata, sebuah persidangan meja bulat mesti dilakukan untuk membincangkan semula isu novel Interlok itu dengan adil.
"Novel itu sebenarnya mempamerkan sikap perpaduan antara kaum ketika berjuang bersama-sama menuntut kemerdekaan dan bukan menghina bangsa lain," kata beliau lagi.
Kata-kata ini semua terlafaz sebagai usaha meraih pembelaan ke atas seorang sasterawan negara. Selain itu, agar lebih adil, saya titipkan juga pesanan daripada seorang sahabat dalam lapangan sastera. Beliau mengirim pesan yang sedikit berbeza dengan pendirian persatuan penulis arus perdana.
"Mungkin, ini hukuman ke atas sasterawan negara kita itu kerana beliau pernah mengeluar kenyataan ke atas novel Shit Shahnon Ahmad," kata rakan itu. "Bagaimanapun, saya sendiri tidak bersetuju dengan pembakaran gambar Abdullah Hussain dan pembakaran novel Interlok tersebut."
Pesan beliau itu sebagai suatu rakaman agar persatuan penulis sama-sama bermuhasabah mengenai pendirian Abdullah Hussain ke atas novel Shit yang terbit sebagai bantahan ke atas pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada era Reformasi 1998.
Pendirian Abdullah Hussain ke atas novel Shit Shahnon Ahmad, 1999
Abdullah Hussain ketika itu menyebutkan bahawa beliau berasa berdosa ketika membaca novel Shahnon Ahmad yang banyak memaparkan carutan serta makian. Kenyataan beliau termuat di Utusan Malaysia pada 22 April, 1999.
"Saya tidak mahu terus membaca novel ini walaupun sempat menyelak dua muka surat kerana dalam keluarga saya seumur hidup tidak pernah cakap perkataan begini. Setiap kali membaca, nanti pasti saya akan berasa berdosa kerana saya tidak mahu 'benda' yang tidak baik," kenyataan beliau dalam akhbar itu dipetik.
Maka sahabat yang enggan dikenali itu berkata, "Sekarang zaman Interlok Abdullah Hussain dihakimi setelah Shit Shahnon Ahmad dihakimi sebelum ini. Peristiwa lebih kurang sama, cuma wataknya berbeza."
Bangsa ini akan berterusan belajar menghormati pendirian orang lain. Negara ini akan terus belajar. Najib, Muhyiddin wajib terus belajar. Khasnya Najib, beliau wajib akrab dengan pendirian failasuf Voltaire dari Perancis; negara penjual kapal selam Scorpene yang akhirnya menatijahkan letupan bom C4 ke atas model Mongolia itu.
Baik pepatah belahan dunia Timur Mongolia, mahu pun pendirian failasuf belahan dunia Barat Voltaire di Perancis, kedua-duanya mengirim kebijaksanaan berguna. Najib dan Muhyiddin sepatutnya lebih peka terhadap hal-hal sebegini.

Mekap 1Malaysia dan dandanan bicara yang terhias di sebalik kalimat perpaduan tidak mencairkan kebekuan berfikir. Dengan berani dan sabar, berdebatlah dengan hangat guna mencairkan kebekuan bongkah fikiran.
No comments:
Post a Comment