Monday, January 24, 2011

Rosmah, jelmaan isteri Abu Lahab yang berlagak 'menteri' di Arab Saudi

Oleh H FANSURI

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kesan godaan Hawa ke atas Nabi Adam a.s itu menyebabkan baginda turun ke dunia. Dan, dalam Surah Al-Masad itu turut disebut kedudukan isteri Abu Lahab yang hidup terseksa di neraka.

Al-Masad adalah sejenis alat seksaan yang digantung dileher isteri Abu Lahab. Maka, dengan sebab itulah surah itu disebut sebagai Al-Masad. Begitu besar peranan yang dimainkan oleh kaum wanita khasnya isteri Abu Lahab itu.

Nama isterinya tidaklah disebut, hanya nama Abu Lahab, tetapi peranan jahat yang dimainkan isterinya itulah yang menyebabkan nama surah tersebut dikenali sebagai Al-Masad di dalam Al-Quran itu.

Inilah yang membuatkan kita berasa perlu membuat pertalian antara Rosmah dan isteri Abu Lahab itu kali ini. Tambahan pula, baru-baru ini, alkisahnya, si Rosmah telah membuat lawatan tiga hari ke Tanah Arab bermula 8 Januari. Jadi Rosmah sudah kembali ke Jazirah Arab tempat yang hampir dengan kisah penentangan isteri Abu Lahab ke atas Rasulullah s.a.w.

Bernama melaporkan Menteri Pelajaran Arab Saudi Putera Faisal Abdullah Mohamad Al-Saud melakukan kunjungan hormat ke atas Rosmah di Royal Suite, Intercontinental Hotel di Riyadh.

Laras bahasa akhbar yang digunakan ialah 'kunjungan hormat'. Kita masih teringat kisah Rosmah berlayar lalu beliau terjumpa kotak milik putera Arab di atas bot layar itu. Adakah pertemuan dan penemuan kotak ajaib itu ada rencana lain di sebaliknya? Wallahu'alam.

Khabarnya, mereka mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja dasar Permata Negara sekitar 30 minit mengenai pendidikan awal dan pembangunan modal insan. Putera Faisal diiringi timbalannya, Nora Abdullah Al-Fayez, menteri wanita pertama Arab Saudi dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dengan tugas-tugas khas bagi pendidikan wanita.

Dua naib NC wanita, Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (UKM) dan Aminah Ayob (Upsi) selain 10 anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) turut menghadiri delegasi lawatan itu.

Dalam kesempatan itu, Rosmah melawat Princess Noura Abdul Rahman University (PNU), salah satu daripada enam universiti untuk wanita di Riyadh. Ketibaannya disambut Rektor PNU, Puteri Dr Aljohara Fahad Al-Saud.

Difahamkan, PNU kini masih beroperasi di bangunan sementara. Khabarnya, institusi itu akan menjadi universiti wanita yang terbesar di dunia tahun depan.

Peruntukan khas di Jabatan Perdana Menteri?

Setelah membaca laporan ini, rakyat yang berasa tidak terganggu tentu sahaja 'sakit jiwa'. Orang yang normal pasti marah-marah melihat gelagat laku Rosmah. Banyak pertanyaan yang boleh dibangkitkan.

Pertanyaan biasa - siapa Rosmah ini? Menteri Pelajarankah dia ketika membuat lawatan dengan Menteri Pelajaran Arab Saudi? Ini sudah mengganggu hal ehwal urusan Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran. Hanya dua sebab Muhyiddin tidak marahkan Rosmah. Pertama, Rosmah isteri ketuanya dan kedua, Muhyiddin sibuk dengan urusan parti sehingga mengabaikan urusan kerajaan.

"Ada peruntukan khas di Jabatan Perdana Menteri. Kalau nak berkempen atau tugas-tugas tertentu, peruntukan diambil daripada situ. Mungkinkah dana untuk membuat Persidangan Wanita Pertama itu datang daripada situ juga?" seorang rakan Umno mula bersuara.

Sebenarnya Rosmah adalah 'Menteri Pelajaran' merangkap 'Menteri Pengajian Tinggi' kini. Pertamanya beliau bertemu Menteri Pelajaran luar negara lalu bermesyuarat dengan mereka itu.

Keduanya beliau menemui golongan pentadbir kampus universiti untuk wanita; PNU. Ini adalah bidang tugas untuk Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin. Seperti biasa, Khaled juga akan menutup mulut.

Muhyiddin Yassin terdiam, Khaled Nordin pun membisu

Tidak akan ada sebarang bantahan di pihak Khaled mahu pun Muhyiddin berhubung tindakan Rosmah yang mengambil bidang tugas yang diamanahkan kepada mereka sebelum ini.

Tidak pernah terjadi dalam sejarah negara, seorang isteri PM mengambil tugas dua menteri sekali gus. Hampir kesemua isteri Perdana Menteri sebelum ini bersikap baik dan tidak berbuat onar, menghangus duit rakyat dengan pelbagai program yang tampak baik di luaran.

Ketika umat menderita dengan kenaikan harga barang, Rosmah sungguh tega membazirkan duit rakyat dengan alasan lawatan kerja. Siapa yang beri 'tugas' dan mandat ini kepada beliau?

Siapakah si Rosmah ini hingga sanggup mengadakan lawatan kerja seperti ini? Beliau hanya isteri PM, kenapa beliau seolah-olah diangkat menjadi wakil kerajaan dalam urusan-urusan rasmi ini?

Siapa Rosmah ini yang seolah-olah sudah 'mengambilalih' tugas Muhyiddin itu? Bukankah, Muhyiddin sudah dilantik untuk tugas seperti itu? Jadi, kenapa Rosmah yang dikirim ke Arab untuk merumuskan keputusan mengenai 'pendidikan negara'?

Sebelum ini isteri Najib Razak ini bazirkan jutaan wang kita demi Sidang Wanita Pertama. Kini dengan jumlah kehadiran juak-juak Rosmah, berapa juta wang umat yang mengalir keluar ke negara lain?

PR perlu menyiasat bagaimana Rosmah berbelanja saat umat menderita kerana kenaikan harga barang, minyak dan barang keperluan lainnya. Inilah usaha-usaha yang dilakukan Rosmah seperti usaha isteri Abu Lahab yang menjadi sia-sia dan mungkin dikenakan balasan setimpal di akhirat kelak. Amin...

No comments: